Rabu, 22 Mac 2017

Google Doodle P. Ramlee Teringat Gambar Ayah Berbual Dengan 2 Pelakon Terkenal.

Gambar dari (Google Doodles)

Bila lihat gambar lakaran tokoh artis lagenda termasyur Malaysia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atau nama sebenar Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih dari Search Engine Google (Google Doodles) membuatkan saya teringat gambar ayah saya bersama 2 artis terkenal.

Mengikut kata ayah saya masa tu kereta pelakon tu rosak so ramai datang membantu dan sambil itu berkesempatan berbual-bual dengan 2 pelakon terkenal sedang menunggu kereta selesai dibaiki. Kebetulan yang sangat luar biasa ayah saya dapat bertemu artis lagenda Malaysia. 😍

Sebelah kiri Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu ayah saya.

Ramai turut membantu untuk membawa kereta problem tu ke bengkel.

 Kereta berada di bengkel melihat apa problemnya? 😅

Jutaan terima kasih kepada Google Malaysia kerana memberikan penghormatan menerusi Doodles atau lakaran seniman agung itu pada enjin carian internet.

Khamis, 16 Mac 2017

[ Review Filem ] J Revolusi - Nice Idea Tapi Masih Fresh


Korang layan dulu trailer ni kejap. Kalu malas baca jer lah review bawah.

Katanya dah Box-Office hampir RM5 juta setakat permulaan tayangan tahun ini membuatkan saya cuba menonton sendiri filem melayu ni.

~> Erk... Ringkas sangat mukadimah Encik Awey (Azwan Alaman)! 😂

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.

~> Copy paste sinopsis dari http://seputarislammelayu.blogspot.my/2017/03/sinopsis-filem-j-revolusi-2017.html

REVIEW

Owh... Saya selidik latar belakang pengarah filem melayu (Zulkarnain Azhar) ni masih fresh dalam mengarah filem, kira pertama kali. Apa pun sesuatu yang baik untuk pengarah filem terbaru memberanikan diri menghasilkan filem bergenra aksi dan penyiasatan dan ada idea2 menarik. Kasi support skit untuk pengarah ini. Hohooo... Saya kata nice idea dalam filem J-Revolusi ada babak2 belum ada lagi mana2 filem melayu buat biar pun di ambil contoh2 filem luar, ada gaya Mission Impossible jer. Oh ya... 1 babak terakhir pertarungan antara Jay VS Andra agak menarik idea fight scene orang putih tak pernah buat lagi (Last saya akan cite) dan ada juga sedikit sangat babak2 tugasan UTK (Unit Tindakan Khas).

Story plak.......... Erk... Nak kata macam hampir2 telefilem drama tv3 pun tak kot atau hampir2? Ia berkaitan Bapa bekas Komando dan anak diantara Jay dan Dian senang cite pasal keluarga Polis lah. Plot dan subplot ada kekurangan dan sedikit terabur. Kisah silam pun kurang detail. Berkaitan virus pun sekjap jer tak detail sangat. Ada info mana entah kata movie ni nak tunjuk kan tugasan sebenar Polis bahagian UTK tapi apa saya menonton sedikit sangat. Ini kalu anggota Polis dapat cuti (Polis susah dapat cuti tau) meluangkan masa menonton filem ni di panggung comfirm geleng kepala bertambah stress kot.

Bab karakter. Sebelum nak cite pasal karakter saya respek untuk seorang pelakon Zul Ariffin sedaya upaya bentukkan badan nampak sado sebelum nak berlakon mana2 movie lasak sebelum ni banyak berlakon drama romantik jer dan cuba sedaya upaya memberanikan diri buat stunt. Ok...  Apa saya perhatikan semua karakter dalam cite ni macam tak di build kan dengan kemas sehingga nampak kaku tak kira lah protagonis dan antagonis. 3 contoh lah watak Jay sepatutnya nampak orang yang genius dan disegani tapi macam biasa2. Skodeng (Azad Jasmin) plak lawak cara dia bukan ala2 Mamak Pasembor tapi lawak dibuat-buat, dan Si Andra (Farid Kamil) kurang jahat sangat.

Teknikal... Banyak mistake dari segi konti (penetapan sesuatu sama antara babak sebelum dan selepas) dan logik. Bayangkan contoh sorang Si Jay kena belasah teruk2 gile sepatutnya bekas lebam dan parut ada tapi ada tak konti. Ada sponser mana2 produk kecantikan ker yang hilang parut dan lebam? Dasat!!! Bertambah keayuan Si Jay plak hilang kesadoannyer... CGI untuk senjata pistol view target bunuh mangsa terlalu canggih hakikat biasa2 jer digunakan Polis, dan Jay pakai helmet PERGH!!! Canggih cuma kurang natural CGI kalu nak natural apa kata beli smarthelmet jenama Skully AR-1 ada jual di Malaysia tak silap harga RM6k++, jika ada. Dan last scene [Sori sentuh skit jer spoiler] Jay melutut dihadapan Dian ramai penonton perasan mengatakan babak tak logik waktu dari siang hingga malam, bagi saya logik cuma kasi kreatif kan skit babak tu memang ada kes situasi tu nak selesaikan masalah mangsa memakan masa lama. Banyak lagi nak list mistake tapi korang tonton lah sendiri.

Ini contoh smarthelmet jenama Skully AR-1 memang dah jual di Malaysia.
Tak tahu lah sekarang ada lagi atau tak?

Fight scene plak expectation saya lagi gah dan gempak cuma sekejap2 jer!!! Aksi stunt pun ada nampak macam digunakan tali walaupun dah clean-up kan tali. Boleh jer memberikan peluang pelakon melakukan stunt sendiri tapi kalu nak aksi nampak terbaik apa salahnya kasi lah stuntman profesional lakukan. Last sebelum bagi ranting bintang [Sori sentuh skit jer spoiler] saya puji idea final fight scene Jay VS Andra lawan atas platform memang lain dari yang lain walaupun fighting sekejap jer saya percaya akan ada mana2 filem tiru aksi ini.

Tonton disebalik tabir macam mana diorang bertarung atas platform.

KESIMPULAN

Ermmm... Saya menonton filem ni sampai habis babak lawak pun tak lawak tapi babak serius dan sedih nampak lawak plak sampai tahan gelak dan facepalm. Huhuhuuu... Ini pandangan saya so is ok lah menonton filem melayu ni walaupun sedikit kelainan dan perlu di improve kan lagi. Jalan cite tak lah poning kepla kena perah2 otak. Enjoy jer lah... 😎

PENILAIAN:-

3.2/5 Bintang... Jika ada next sekual filem J Revolusi versi 2 akan datang lah kerana sambutan Box-Office setakat ini make sure Pengarah filem terbaru dan Penulis Skrip improve dan upgrade kan lagi untuk filem ini.

P/S:- Oh ya!!! Saya perkenalkan hastag pertama saya untuk review apa2 filem #ReviewFilemFromAwey . Mana2 laman sosial lah jika korang ada add, search atau perasan saya. 😎

babab.net