Jumaat, 31 Disember 2010
Domain Dan Theme Blog Ku Akan Bertukar
Khamis, 30 Disember 2010
3 Filem 3D Animasi Tempatan Bakal Ditayangkan Tahun Depan.
Selasa, 28 Disember 2010
Trailer Filem 3D Animasi Tempatan: SEE FOOD...
Sijil Itu Hanya Sebuah Perhiasan...
Apa ada pada sebuah kertas bernama sijil...
Ia tidak memberi erti..
Apa ada padanya..
Jika sombong bertali -tali
"aku graduan ekonomi Universiti Harvard..sudah tentu aku bijak ekonomi"
Maka sehelai kertas itu membawanya ke Neraka...
Sehelai kertas itu
hanyalah perhiasan dunia
Tidak mampu dibawa ke kubur apa lagi akhirat...
Mungkar Nankir tidak pernah bertanya
"kamu ijazah atau PHD?"
'kamu diploma atau Master?"
Tidak....sudah tentu tidak....
Sijil itu hanya perhiasan dunia...
menjadikan seseorang graduan dan mahasiswa
memberikan ilmu pengetahuan dan pekerjaan
namun jika tidak dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan
dan ditanam keangkuhan dan kesombongan
pasti Neraka memanggil pergi...
"Mari ke sini..kamu layak masuk !"
Betapa di sana sini manusia angkuh
kerna pendidikan tinggi..
"penyapu sampah itu malas dan tidak bersekolah,sebab itu dia hanya menyapu sampah.."
Itulah ayat sering dilontar manusia berpendidikan...
Betapa kesombongan lahir akibat tiada keimanan...
Ya Allah...
aku takutkan Neraka-Mu...
Jangan lalaikan daku dengan pendidikan
jangan lalaikan daku dengan sehelai kertas bernama sijil...
Sijil itu...
hanya tergantung di almari buruk...
ditemani debu-debu melayang ...
Sijil itu..
tidak pernah memberikanku pekerjaan..
ia hanya sebuah perhiasan...
sekadar perhiasan...
Kerna aku belajar dan belajar hanya untuk ilmu
untuk mengabdikan diri pada-Nya...
bukan mahu berbangga diri
atau menghina insan lain...
Ya Allah,jernihkan hatiku
Tanamkan keihlasan dan tawadduk
agar aku bisa menjadi manusia biasa
bukan manusia luar biasa...
Aku mahu bebas membaca
di bawah pokok ru
di Cameron Highlands
tanpa pengawal keselamatan
atau wartawan pengganggu...
inilah kebebasan yang aku mahukan...
sebagaimana Khalifah Omar bebas tidur di bawah pokok nan rendang
hingga menghairankan ketua panglima kerajaan Rom...
"Raja kami dilingkungi 10 lapisan pengawal...Khalifah kamu tidur seorang diri di bawah pokok nan rendang tanpa pengawal...."
Akhirnya si panglima masuk Islam....
Sijil itu...
hanya perhiasan dunia...
dan tidak mampu menolong kita...
di akhirat nanti.....
Hanya iman dan takwa
teman setia di akhirat.....
Saat Sulaiman:-
-> Dapat info dari Fan Page Facebook di Kisah Teladan. (^^,)
Ahad, 26 Disember 2010
(Video Kata-kata Mutiara Dan Hikmah) - Semangat Rerumput | Roots Of Courage

Sabtu, 25 Disember 2010
Lagu Twinkle Twinkle Little Star Diterbalikkan Membawa Message Yang Sangat Menyinggungkan Orang Islam.
Rabu, 22 Disember 2010
Kucing VS 2 Ekor Buaya Alligator!!!
Selasa, 21 Disember 2010
[Repost Khas GB] Kisah Benar Penemuan Telur Masin Berwarna Kuning Bentuk 'Hati'.

Isnin, 20 Disember 2010
Lawak Mesin ATM

Ahad, 19 Disember 2010
[18 SG] Babak Aksi Bertarung Terburuk 'Worst Fight Scene'
Jumaat, 17 Disember 2010
Best Dan Tak Best Menonton Filem Seorang Diri.
- Fokus menonton filem tanpa gangguan.
- Peluang dapat seat mudah walaupun sudah SOLD OUT
- Jika jumlah penonton sedikit sangat korang boleh nak berbaring, letak kaki depan seat, dan bersila atas seat sesuka hati. Nak letak barang pun ok...
- Penonton simpati minta pindah tempat seat yang ok.
- Jimat kos kerana beli tiket seorang jee... ;-P
- Dapat elakkan dari perbuatan maksiat.
- Kena control perasaan takut, ketawa, terkagum, dan lain-lain. Kalau tak orang sebelah tetiba mengata-gata pasal kita dan sanggup pindah seat lain.
- Kejadian tidak diingini terutama seorang penonton wanita.
- Nak bercakap pasal filem tue tak dapat sebab orang sebelah bukan kenal kita.
- Dapat seat tak best atau orang sebelah buat peel, memang tak fokus menonton.
- Termuntah sebab tonton babak yang sangat ganas tahap brutal, orang sebelah pun tak nak tolong.
- Mungkin Gold Class tak dapat...

Khamis, 16 Disember 2010
Kisah Benar Gurauan Membawa Padah [Motor Kawan Kena Curi]

Selasa, 14 Disember 2010
Kesan Visual 'Special Effect/CGI' Paling Terburuk.
Berfikiran Positif Melahirkan Positif.
Keajaiban akal dan hati adalah mampu mempengaruhi manusia sama ada melakukan kebaikan atau kejahatan. Akal dan hati juga boleh memberikan dosa atau pahala.
Ramai manusia tersilap cetusan dalam hati tidak memberi makna sedangkan ia didengari Malaikat Raqib dan ‘Atid dan mencatatnya. Apabila seseorang melihat wajah wanita yang hodoh dan berkata dalam hati “Alangkah buruk wajah wanita itu” pastinya dicatat sebagai dosa. Ia dikira dosa mengumpat dan adalah dosa besar.Jika tidak dimaafkan wanita tersebut mungkin kita terhumban dalam Jahannam.
Kehidupan kita perlu dihidupkan dengan mentaliti positif sama ada akal atau pun hati. Manusia berminda positif akan melahirkan kehidupan yang lebih baik .
Contoh yang mudah adalah seorang suami mendapati isterinya lambat memasak. Suami yang negatif akan memaki hamun isterinya sedangkan suami yang positif akan sabar menanti dan berfikir isteri juga kepenatan bekerja dan perlukan rehat sebentar sebelum memasak. Malah suami positif akan mencari punca isteri lambat memasak iaitu isteri perlu menyelesaikan urusan rumah tangga seperti membasuh pakaian, mengemas rumah dan sebaginya, maka suami akan membantu isteri melakukan pelbagai urusan rumah tangga. Amat besar perbezaan manusia positif dan negatif.
Manusia negatif akan menghina orang lain apabila melihat kereta buruk di jalanan.” Buruknya kereta itu.....” Manusia positif akan bersyukur kerna diberikan kereta yang lebih baik dan berdoa kpd empunya kereta buruk itu agar bertambah rezekinya hingga mampu membeli kereta yang lebih baik. Nampak tak perbezaan?
Apabila melihat wanita yang berpakaian seksi tentu ramai berkata “Perempuan ini mahu ke Neraka?”
“Tidak beriman betul....”,” Perempuan maksiat...” dan sebagainya. Adalah lebih baik kita mendoakannya dalam hati agar dia mendapat hidayah dan menutup aurat dengan baik jika tidak mampu berdakwah dengan kata-kata...Itulah berfikiran positif.
Ramai ibu bapa menasihati anak-anak pabila bertemu penyapu sampah “Anak..nanti belajar pandai-pandai..kalau belajar bodoh nanti jadi penyapu sampah”...Sepatutnya menasihati anak “Tengok pakcik penyapu sampah itu..besar jasanya kepada kita. Kalau jumpa pakcik penyapu sampah,ucapkanlah terima kasih kerna mereka amat berjasa kepada kita”. nampak tak perbezaan manusia positif dan negatif?
Ramai manusia memiliki otak yang sihat dan sempurna tetapi sering melakukan perkara kurang bijak. Ini disebabkan seseorang itu tidak memahami fungsi otak. Antara fungsi otak ialah:-
- Otak adalah pusat maklumat kepada semua anggota badan.Semua pancaindera tidak akan berfungsi dengan baik jika otak mengalami kerosakan.
- Otak adalah punca segala kebijaksanaan dan kurang bijak.Otak membantu manusia membaca.Otak juga memimpin seseorang mencipta pelbagai virus dan pepijat untuk merosakkan komputer orang lain.Ini adalah bukti otak sumber setiap kelakuan manusia.
- Otak mampu memberi petunjuk antara kebenaran dan kepalsuan.
- Otak mampu memberi perbezaan perkara positif dan negatif.
- Otak membekalkan maklumat yang positif dan negatif.
- Otak memberi idea.
- Otak mampu memberi arahan.
- Otak memberi ketenangan.
- Otak memberi tekanan.
- Otak mampu menimbulkan kemarahan.
- Otak memberi tidur yang lena atau mengganggu keselesaan tidur.
- Otak juga mampu merangsang kemahuan seseorang.
- Otak mematikan keinginan dan kemahuan.
- Otak mampu melemahkan fizikal.
- Otak mampu memberi semangat.
- Otak mampu berfikir dengan baik.
- Otak menambah atau mengurangkan tekanan.
- Otak menjadikan manusia waras dan gila.
- Otak membuat manusia lupa dan ingat akan sesuatu.
- Otak adalah pakar kejahatan dan kebaikan.
Manusia waras memiliki otak ,namun ramai tidak menggunakan otak untuk memiliki hati dan minda positif. Akibatnya ramai manusia berfikiran dan berminda negatif dan minda negatif akan melahirkan jiwa yang jahat dan keji.
Manusia yang tidak menggunakan akal dengan baik pasti ke Neraka kerna akal yang negatif akan melahirkan dosa sepanjang hidup.. Dosa yang ditimbunkan pasti membawa seseorang ke Neraka.
Quran menceritakan penyesalan manusia ke Neraka melalui firman-Nya :
“Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal amal baik untuk hidupku (di sini)!”
surah al-Fajr ayat 24.
Bertemu lagi insya-Allah..........................................
Saat Sulaiman
-> Dapat info dari Fan Page FaceBook Kisah Teladan. Apa pun yang bagus kita kongsi bersama jika tuannya diizinkan... (^_')
Ahad, 12 Disember 2010
Pisau VS Payung... Rahsia Senjata Payung
Juara Piala Emas Raja-Raja 2010 Milik Kelantan
Sabtu, 11 Disember 2010
[3D Animasi PeriBahasa] Belum Menetas Sudah Di Bilang...
[3D Animasi PeriBahasa] Berakit Ke Hulu Berenang Ketepian Bersakit Dahulu Bersenang Kemudian...
Berakit Ke HuluBerenang KetepianBersakit DahuluBersenang Kemudian...
Apa pun layan jee lah 3D animasi ini yang penuh pengajaran...
(^_^)
Jumaat, 10 Disember 2010
Trailer Terbaru Transformers 3 Dark of the Moon
Khamis, 9 Disember 2010
Komik Lawak Khas Pelajar Sekolah Menengah Sedang Menjalani Peperiksaan

Kucing Betina Paling Ganas Di Dunia!!! Anjing Kalah...
Rabu, 8 Disember 2010
Elakkan Berkata 'Kalau'.
Selasa, 7 Disember 2010
Teringin Menonton TV Hijrah Kerana Saya Jadi Lakonan Drama.

Isnin, 6 Disember 2010
Layan 3 Movie Lama Jackie Chan Di YouTube Berdurasi 1:45:00
Ahad, 5 Disember 2010
Pelik Dan Jelik Mengenai "Couple" (Renungan Bersama)
Aku banyak melihat pasangan yang bercinta dengan cara yang salah. Aku malas nak tegur, sebab korang pun tahu yang mana salah dan yang mana betul, yang mana halal dan yang mana haram… semua dah besar …faham agama kan?
Hari ini aku highlightkan beberapa point berdasarkan pemerhatian aku.
Yang pelik….
Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah ….
Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun ….
Yang pelik….
Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….Ni aku nak bagitau kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni aku cakap kat semua perempuan termasukla Wanita Pertama dan my future gf kih…kihh.“Awak nak keluar awak boleh keluar.. keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah …tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih takde hak ke atas diri awak.”
Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ?
Yang pelik….
Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela…
Yang jelik….
Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang ….
Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.
Yang jelik…..
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi.
Yang pelik….
Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.
Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.
Yang pelik….
Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala…
Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?
Pelik dan jelik ..tapi benar…
Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.
Err.. korang tak kan ?
Sumber : http://daliaalifmim.wordpress.com/
babab.net

10 penimbang digital terbaik paling tepat kiraan

ringgit weakens against us dollar amid ongoing tra...

dododots lancar koleksi istimewa powerpuff girls

norza leaves bam on a high

beli jam tangan di twg angsana

energy efficient shredders that don t compromise o...

chemical peel treatment in malaysia restore your s...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih