Tentang Saya



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai semua... Nama saya Azwan Bin Alaman, pemilik blog peribadi https://azwanalaman.blogspot.com/ [ Personal / Explore / Information ] sekadar perkongsian santai harian diri, explora sesuatu perkara berkaitan yang sesuai (kebiasaan bidang CGI, VFX, dan Animasi) dan informasi yang mana menarik untuk dikongsikan. Senang kata dalam bahasa inggeris 'sharing is caring'. Nama panggilan mesra dalam kalangan rakan-rakan mengenali saya biasanya panggil Awe'yWe'r, dan kadang-kadang ada juga panggil Wan.

Bermula menulis blog peribadi ini sejak tahun 2006 di laman blog lain cuma kerana terlalu jarang post sampai data-data utama hilang di email lama agak old skool dan ketinggalan zaman. Sehingga saya ambil solusi lain untuk kekal kan. Jadi lah cipta email baru 'gmail' dan ada juga explore macam-macam nama alamat laman blog peribadi ini tapi akhirnya yang betul-betul saya guna ialah https://azwanalaman.blogspot.com/ sehingga sekarang.

Selain itu perkongsian santai harian biasanya yang aktif pun 2 platform media sosial di Facebook, dan TikTok sekadar reshare dan repost. Ada masa terluang rasa menarik dan sesuai nak buat posting pun akan guna 8 platform media sosial termasuk blog ini.

Walaupun sudah ada kemudahan platform media sosial lain lagi mudah buat perkongsian cuma saya masih meneruskan post di blog ini kerana ia ada perbezaan dari sudut teknikal penyebaran info, menyimpan semua artikel secara teratur, dan mudah dicari semula berbanding yang lain. Ok lah untuk nak Add Friend, Follow, dan Connect di sosial media saya boleh lah saudara/saudari layari di https://linktr.ee/wanmanmedsos.

Itu sahaja Tentang Saya di blog peribadi ini untuk perkongsian santai-santai di alam media sosial. Semoga segala usaha di berkatinya. Selamat berkongsi...


Sekian, Terima kasih... 😎



P/S: Jika berkaitan berkongsian CGI, VFX, dan Animasi atau kerjaya boleh lah layari saya di https://www.linkedin.com/in/azwanalaman/



~> Artikal Tentang Saya akan berlaku kemaskini mengikut situasi dan peredaran semasa.

babab.net