Selasa, 17 September 2019

#AweRoad 1 : Perjalanan Ke Tempat Kerja II Honda Wave 110a (Eken H9R)



Buat pertama kali saya experiment rakaman perjalanan saya menggunakan camera action sport yang bajet, Eken H9R dari rumah saya ke tempat kerja.
Kebiasaan vlogger motorsikal meletakkan kamera di bahagian helmet, atau tempat dekat hampir meter sesuai tapi kali ini saya cuba letak di bahagian badan. 😅
Oh ya!!! Buat pertama kali saya upload video berdurasi panjang dalam masa 15 minit 40 saat. Kalau ikutkan video asal lagi panjang dalam 36 minit membuatkan saya terpaksa dipercepatkan tanpa potongan babak.

Saya sudah cuba sedaya upaya perkemaskan video dari segi visual cuma minta maaf di atas kekurangan dan kelemahan teknikal dari segi audio Eken H9R... Secara langsung anda boleh nilai kelebihan dan kekurangan bajet action camera.

Babak akhir korang boleh lihat anggaran masa dan jarak perjalanan dari Subang Bestari ke Taman Danau Kota. https://youtu.be/7soLDy_HKg0?t=909

Isnin, 9 September 2019

#FilemPendekAwe 1 : Kekurangan Bukan Penghalang Untuk Sihat


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama juga saya tak update blog saya sejak tahun 2018. Huhuhuuu...Video ini adalah asal dari 'Pertandingan Video Pendek (Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU)' pada tahun lalu (28 September 2018) tapi di ubah dan kemaskini sebelum upload video di YouTube channel saya.
Kalau ikutkan video tulen punya kurang memuaskan dan tidak sesuai disiarkan secara awam sebab dibawah syarat pertandingan (walaupun sudah tarikh tutup), kualiti video nampak flow kelam kabut dan juga ada 2 logo kementerian (tanpa penapisan).

Dalam video pendek ini saya jadi watak utama OKU cuba mencapai impian untuk cuba bersenam dengan bebas demi untuk kesihatan. Apa pun saksikan video kami ini sampai habis sebab akan ada plot twist pada babak akhir.

babab.net