Firstly... Kecewa... Kecewa weh ambil gambar kredit title tak clear ada masalah kamera handphone tapi tahu kedudukan nama 'Azwan Alaman' yang ada saya tandakan. π₯²
Aduhyai... Gambar tak clear pula bahagian kredit title ada nama saya.
Ok lah... Filem #MalamTerlarang sudah mula ditayangkan. Walaupun kerja secara freelancer, alhamdulillah dan terima kasih turut serta team ini menjayakan kerja-kerja VFX 'KesanVisual'.
Dalam trailer ada 3 gambar babak ini antara saya edit kerja² cleanup, compositing, tracking, dan ada guna programming script (radio meter bergerak).
Suis lampu bergerak sendiri
Meter jarum radio bergerak menggunakan menggunakan programming script
Cleanup dan edit Pamakbu
Nak menonton filem ini hanya sesuai umur 16 tahun keatas kerana ada unsur ganas, seram, dan tahyul berkaitan mistik Nusantara. Oh ya... Tidak digalakkan bagi ibu mengandung, lemah jantung, dan lemah semangat.
Jangan lupa Like, Comments, Share, Reshare, Repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.
Cuti hari Deepavali teringat 15 tahun lalu bermulalah pengalaman pertama terpilih turut serta proses pembikinan CGI & VFX movie tempatan genra komedi berkaitan perpaduan bangsa Melayu dan India di Malaysia bertajuk Estet (2010) dari pengarah Arwahyarham Mamat Khalid.
Proses sangat mencabar tidak macam zaman sekarang spesifikasi komputer canggih banyak upgrade kurang sangkut. Ketika itu komputer pun prosesor Intel Pentium I7 tak silap lah, RAM dan Grafik Kad NVIDIA....... Huhuhuuu... Lupa lah... π
Nak play footage lepas edit dalam real-time pun makan masa lama dan sangkut², nak render bahagian VFX untuk cleanup dan compositing perlahan, dan lagi pening CGI cuba sedaya upaya realistik babak peluru sampai 4 orang buat termasuk saya...
Walaupun pengalaman pertama dengan hanya tahu compositing, dan 3d bahagian animasi ketika itu pun sebab terpilih (3 orang tak silap) kerana percepatkan proses CGI. Alhamdulillah suatu pengalaman mahal saya mengorak langkah ke hadapan dalam industri ini. Terima kasih warga produksi Digilogic Sdn Bhd.
Wokey lah... Happy Deepavali kepada rakan saya berbangsa India.
Trailer filem Estet. Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid
Jangan lupa Like, Comments, Share, Reshare, Repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.
Gambar dari babak movie Gila-gila Pengantin Remaja.
Ini dikira fakta kot setakat ini... Huhuhuuu.. Tahu kah anda...
Filem Malaysia kita secara tidak langsung ada satu lagu paling terpendek berada nombor 3 di dunia. Eh! Tiberrr ...π ππ€£
Yang nyanyikan lagu soundtrack movie Gila-gila Pengantin Remaja ini dari kumpulan Les Sekinchan, tajuk lagu Bila. Lirik lagu sangat simple jer dan sangat mudah diingati hanya 2 patah perkataan sahaja...
[Lirik LAGU]
Les Sekinchan - Bila
Bila... Aduhhhh!!!
Video klip original setakat saya cari ada pun dari potongan babak movie Gila-gila Pengantin Remaja tahun 2004. Saksikan video penuh di bawah:
Sumber gambar dan video babak filem: Gila-gila Pengantin Remaja
Jangan lupa Like, Comments, Share, Reshare, Repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.
Dulu dunia muzik Islamik antarabangsa terkenal seperti Maher Zain, Sami Yusuf, Humood AlKhudher, Harris J dan lain-lain dibawah naungan Awakening Records didominasi oleh lelaki. Terbaharu ada seorang muslimah dikenali sebagai Jaqlyn menandakan satu titik perubahan yang berani dan bersejarah. Beliau bukan sahaja membawa suara segar ke pentas muzik inspirasi, tetapi juga menjadi wanita Muslimah pertama yang bernaung di bawah label terkenal Awakening Records.
Saya cari sumber berkaitan artis islamik ini nama sebenar Jaqlyn adalah Jacqueline Haider berasal dari Graz, Austria, dan mula dikenali ramai selepas dia menyertai The Voice of Germany 2024. Penampilannya yang berhijab di pentas rancangan realiti itu menarik perhatian media dan penonton, bukan sahaja kerana bakat vokalnya, tetapi juga kerana keberaniannya membawa identiti Muslimah ke arus perdana hiburan Eropah.
Jaqlyn ialah seorang mualaf, dan dalam beberapa temubual, beliau menyatakan bahawa Islam memberinya kekuatan dan kedamaian yang mendalam. Perjalanan spiritualnya menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya generasi muda Muslim yang mencari ruang untuk mengekspresikan diri secara autentik.
Lagu sulung baharu yang pertama bersama Awakening Music bertajuk “This Is Who I Am” bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga sebuah manifesto identiti. Liriknya menyentuh tentang penerimaan diri, kekuatan dalaman, dan keyakinan terhadap jalan hidup yang dipilih. Lagu ini diterima baik oleh peminat muzik Islamik dan menjadi simbol keterbukaan label tersebut terhadap suara wanita Muslim.
Ok lah... Saksikan video muzik terbaharu dari Jaqlyn bertajuk “This Is Who I Am”. Suaranya memang lembut, dan merdu...
P/S: Harap-harap penyanyi muslimah ini datang Malaysia. π
Dulu ramai kongsi video telatah dan ragam lawak kecomelan kucing sebenar.
Sekarang ini dengan ada teknologi AI 'Artificial Intelligence' makin canggih dan maju sangat sukar kita mengenali sama ada ia video betul atau hasil janaan AI!?!?
Ok lah... Kali ini video saya kumpulkan untuk perkongsian tatapan anda semua sama ada ia adalah AI atau sebenar? πΌ
Jangan lupa Like, Comments, Share, reshare, repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.
Ermmm... Bila tukar FBPro nak upload video jer pun dah kena isu copyright pula! Sistem diorang dapat kesan melalui background music saya terguna.
Nampaknya selepas ini upload video pakai muzik free copyright, guna apps AI buat muzik, atau buat muzik sendiri.
Ada masa saya reupload balik video ringkas tutorial AI image (gambar pertama) dan yang pasal video AI lawak behind the scene KPop Demon Hunters konon live action saya akan delete. π₯΄
Ok lah... Jika sudi lah... Add friend Facebook saya pergi link dibawah... π
Lama tak update di blog personal hampir-hampir nak masuk 2 tahun kerana urusan kerja dan hanya fokus perkongsian di media sosial lain. π
Ok lah... Pada 24 September 2025 lepas saya berkesempatan pergi ke Pesta Buku di Sungai Petani, Kedah. Terjumpa komik terbaharu Hang Tuah sangat cantik dan kemas.
Saya ada lihat dalam komik kualiti lukisannya...... PERGH!!! Professional, sangat cantik, kemas, dan paling sangat-sangat saya puji ialah stroke lukisannya memang sangat tepat dengan identiti Malaysia!!! Sangat sesuai dijadikan koleksi dan boleh dijadikan khazanah. π€―
Oh ya... Siapa tidak kenal yang melukis komik ini sangat terkenal dan memang lagenda lah. Kartunis Jaafar Taib. Pengasah Majalah Gila-Gila, Bambino, dan Humour.
Ikut kata penerbit, komik ini akan diedarkan ke sekolah rendah dan menengah. Ada rezeki saya nak miliki juga komik ini. Sebelum ini yang ada pun komik Ranjau dari arwah kartunis Zoy.
~> Bahagian dalaman komik ini saya tidak dikongsikan atas arahan penerbit buku. Untuk mengetahui harga boleh bertanya pihak ITBM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) atau DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka).