Sabtu, 21 Mac 2009

Premiere Screening Of DragonBall Evolution

Asyik dok post artikel lain sampai terlupa hajat nak post pasal 2 tiket free tengok tayangan perdana "Dragom Ball Evolution".

Nuffnang.com post e-mail kat saya...Wow...

Ok... kali pertama saya dapat 2 tiket free nie daripada iklan banner nuffnang.com coz dia ada buat competition untuk hasilkan pose dan grafik ala-ala macam Son Goku buat seranggan Gelombang Kame Hame Haa... Nak tahu klik kat link nie http://azwan2009.blogspot.com/2009/03/im-going-kame-hame-ha-with-dragonball.html

Ramai ahli nuffnang.com nak tengok Dragon Ball Evolution

Selepas dapat tiket free kat GSC One Utama saya pun agak terkejut jugak coz sebelum nak masuk bilik panggung tue, anggota RELA buat pemeriksaan sama ada penonton-penonton bawa HP, Kamera, dan Laptop untuk rakam filem Dragon Ball Evolution. Pendek kata, takut filem dicetak rompakkan. Jadi saya sendiri terpaksa bagi HP kat security GSC untuk menjaga barang2...

Pasal filem Dragon Ball Evolution tue. Bagi saya ok, best gak citer dia walaupun watak dia tidak sama dengan anime Dragon Ball. Cuma sayangnyer, jalan criter dia nak cepat habis... bayangkanlah saya tengok dalam pukul 9:45mlm sampai ngam-ngam pukul 11:00mlm... Kejap kan... Jalan criter dia memang jauh beza coz kalu dibandingkan dengan anime time tue Son Goku masa kecik jee"Tak Sekolah", filem plak Son Goku dah Remaja "Dah blajar Sekolah/Kolej plak...???". Nak tahu sinopsis filem nie gi laman web http://www.imdb.com/title/tt1098327/ (Maaf... Malas nak ulas panjang filem nie...;-p)

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada nuffnang.com kerana mengalakkan blogger membuat aktiviti-aktiviti bagus, dan disamping itu juga menambahkan pelayar-pelayar ke laman blog...

Korang nak join aktiviti-aktiviti nie... Apa kata korang layari laman web http://www.nuffnang.com/.

P.S:- Sedekah skit bleh... Just klik jee kat banner nuffnang.com kalu dia kuar gambo laa...;-p

Ahad, 15 Mac 2009

Rahsia Lulus Temuduga SPA Sudah Terbongkar

Walaupun saya kerja disektor swasta... Saya nak promote skit kat saudara dan saudari yang ingin kerja kerajaan tapi tak tahu cara macam mana nak temuduga... Sebelum itu kita layan ilustrasi komik kat bawah nie dulu...

Macam mana... Ermmm... Kalau nak kerja kerajaan kena tahulah selok-belok macam mana nak temuduga... Jangan jadi keadaan Si A tahu mencuba jee tapi bila Penumuduga bagi soalan terus hilang keyakinan.

Jadi, kalau anda tidak mahu berlaku keadaan situasi seperti Si A, apa kata anda dapatkan E-book ni dulu untuk memahami sedikit sebanyak cara dan tips untuk lulus temuduga. Nak tahu sila klik kat banner bawah ni:-




"Kali ini anda hadir temuduga kerja kerajaan berbekalkan keyakinan yang tinggi untuk lulus... Dijamin!"

Daripada Penulis E-Book:- Jamaluddin Bahari

Khamis, 12 Mac 2009

Street Fighter Legend Of Chun-Li...Boleh laa...

Game Pertarungan Lama... Hehehee... Chun-Li kena letrik dari seranggan Blanka.

Tentu anda pernah main game pertarungan masa kecik2 dulu tak salah saya dalam tahun 1987. Saya pun peminat gak main game pertarungan sejak sebelum keluar konsol PS1/PSOne, masa tu game pakai kantrij. Ooopss...!!! Skali tukar topik plak daa pasal game... Ok kembali pada tajuk artikal yang saya taip kat atas tadi...;-p, tapi Street Fighter nie sebenarnya asal dari permainan video pertarungan yang memang popular sampai sekarang nie...

Filem lama tahun 1994 "Street Fighter"

Bagi saya filem Street Fighter Legend Of Chun-Li lebih baik daripada filem Street Fighter yang lama punya sejak ditayangkan tahun 1994 lakonan Jean Claude Van Dam membawa watak Guile. Filem nie lebih menumpukan kepada watak Chun-Li sahaja. Nak tahu siapa pembawa watak Chun-Li...Ok pembawa watak Chun-Li ialah Kristin Kruek yang pernah berlakon dalam siri SmallVille. Selain itu watak2 lain macam Bison (Neal McDonough), Balrog (Michael Clarke Duncan), dan Nash (Chris Klein) pun ada. Untuk mengetahui sinopsi filem Street Fighter Legend Of Chun-Li ini sila layari laman web ini http://www.imdb.com/title/tt0891592/.


Filem Baru tahun 2009 "Street Fighter Legend Of Chun-Li"

Saya katakan filem nie bosan skit coz jalan citer dia lebih kurang cam yang anda pernah tengok kat TV, senang citer cam CSI, itu pendapat sayalah. Dari segi aksi2 pertarungan cuma sedikit sama apa yang anda pernah main game, tak ada la sampai tahap POWER MAX LEVEL-03...;-P. Pakaian plak memang tak sama dengan game. Itu jelah saya komen pasal Street Fighter Legend Of Chun-Li yang membosankan skit...

Kristin Kruek (Chun-Li)


P/S:- Watak Ryu dan Ken memang tak ada pun dalam filem nie... Cuma sebelum kredit title Gen cakap kat Chun-Li pasal penyertaan pertarungan Street Fighter, dan menceritakan pasal Ryu masuk Pertarungan nie...

Isnin, 9 Mac 2009

Geng The Adventure Begins (Geng Pengembaraan Bermula)

Pada 28/02/2009 hari Sabtu. Baru siap semua kerja kat office. Time nie lah saya ambil kesempatan nak tengok sendiri filem 3D animasi yang pertama di Malaysia iaitu Geng The Adventure Begins (Geng Pengembaraan Bermula) di panggung wayang GSC One Utama dekat Bandar Utama Damansara. Sebab saya nak tahulah apa yang bagus cerita ini sampai surat khabar Malaysia pun sudah heboh pasal kejayaan filem 3DAnimasi ini.

Fisrt saya pergi dekat TGV Cinemas. Pergh... Memang dah Sold Out. Itu yang saya terpaksa pergi satu lagi panggung wayang GSC. Bila masuk beratur nak beli tiket, saya selalu tengok dekat screen TV coz nak tahu perkembangan pembelian tiket sama ada dah Available, Limited, dan Sold Out. Saya tunggu punya tunggu... last2 dah Sold Out. Itu yang saya rasa dah naik malas nak balik rumah. Bila dah giliran saya pergi kaunter beli tiket wayang tue. Saya cuba cakap jelah kat penjual tiket tue pasal Geng Adventure Begins ada ke tak walaupun dah Sold Out...??? Tapi... Apakah dayanya memang dah Sold Out. Jadi saya ambil keputusan tengok filem Street Fighter Legend Of Chun-Li. Penjual tiket tue check kat Komputer ada ke tak tempat duduk. Last2 komputer corrupt. Dan penjual tiket tue mintak saya gi satu lagi kaunter. Jadi dapat la gak beli tiket tengok filem Geng Adventure Begins, dapat tempat duduk tengah2. Sorang plak tue (Hehehee... Memang saya tengok sorang pun).



Pukul 9:30mlm saya masuk bilik no,11 kat panggung memang lenggang. Dalam pukul 9:45mlm terus full tempat duduk... Saya sendiri tak jangka. Kebanyakan penonton yang tengok cerita nie family, budak2 prasekolah, dan sekolah rendah/menengah.


Terus teranglah saya katakan. Filem Geng Adventure Begins tidak membuatkan anda bosan pun coz jalan cerita dan kualiti 3D Animasi OK...;-) Dari segi rekaan 3D iaitu character, props(perkakasan), modeling dan Environment kemas. Lipsycn (Bibir mulut) dan Mimik Muka dia ok...

Jadi kalau anda mahu menonton filem 3D Animasi yang pertama kali di Malaysia "Geng Adventure Begins" ini, tempah awal2 tiket... Memang ramai orang tengok filem nie sampai sekarang... Sebelum itu apakata kita layan trailer ini...



P.S:- Mungkin filem 3D animasi dalam minggu nie last kot...!!!


Khamis, 5 Mac 2009

I’m Going Kame Hame Ha with Dragonball Evolution

I'm ready...

KAME HAME HAA....!!!

Hurry up...!!! Dragon Ball is coming up at... Aduuuyaie'...!!! Nak taip bahasa inggeris kat blog nie pun susah... Sorry...;-p

Ok laa... tak lama lagi ada satu cerita yang bakal ditayangkan kat panggung wayang pada pertengahan bulan nie... DRAGON BALL EVOLUTION dalam bentuk LIVE ACTION, bukan animasi macam kartun dahulu...

Gambar Anime Dragon Ball (Son Goku)
Yang ini...:-D
DRAGONBALL EVOLUTION
(Live Action)

Tanpa menceritakan panjang lebar. Saya ada satu berita baik untuk blogger-blogger yang ada daya kreatif. Cuba join competition ini, untuk mendapatkan sepasang tiket ke Premiere Screening of Dragonball Evolution di GSC One Utama pada 10 Mac nanti (Hehehee...bleh jumpa saya coz saya duk kat area tue...Hehehee...)! Anda akan dapat memenangi hadiah seperti gambar dibawah ini. Dan juga poster kepada 50 bloggers pertama, akan dapat poster Dragonball Evolution!!!

Hadiah menanti anda...

So... kalu nak tahu macam mana nak buat peraduan ini. Sila klik kat banner bawah nie...
nuffnang_logo_dragonball.jpg


Sebelum itu...Saksikan trailer DRAGON BALL EVOLUTION kat Youtube.com...

=> http://www.youtube.com/watch?v=zJ_gVa6pAIY



babab.net