Isnin, 22 Mac 2010

Cara-cara Mendapatkan Top-Up RM2:00 Percuma Dari Maxis.

Agak lama juga saya tidak update entry blog di sini kerana kesibukan kerja di office yang terpaksa saya kena struggler dan kena fokus betul-betul kerana melibatkan projek besar dan sangat penting untuk disiapkan secepat mungkin.

Hari ini saya nak kongsi info saja-saja yang asalnya saya taip dengan menggunakan HandPhone Nokia 5200 untuk Nota FaceBook, dan saya ubah sedikit entry di sini (Entry ini pakai komputer kerana tidak tahu setting bagi penggunaan HandPhone... ;-P).

Ok lah... Apa yang saya nak kongsikan ialah Cara-cara Mendapatkan Top-Up RM2:00 Percuma Dari Maxis.

Jikalau pengguna Maxis dah tahu tak per lah, tetapi bagi yang tidak tahu boleh lah baca entry blog saya ini. ;-p

Cara-caranya ialah:-

Taip *100# -> Tekan "Answer" -> taip nombor 4 (Tambah Nilai) -> Tekan "Answer" -> Taip nombor 5 (S.O.S Top Up) -> Tekan "Answer" -> Dan Terus taip 1 (Teruskan)

Selepas selesai anda akan dapat RM2:00 percuma, dan Maxis akan tolak caj 50sen apabila anda beli top up baru.

Syarat-syarat mendapatkan RM2:00 percuma dari Maxis ialah anda kena ada kredit antara 0sen atau 9sen. Tidak boleh buat lebih sekali untuk mendapatkan RM2:00 percuma, kecuali anda Top-Up baru dan guna sampai habis kredit antara 0sen atau 9sen.

So... Selamat Mencuba. ;-)

Jumaat, 19 Februari 2010

3D Animasi Arnab Kura Kura: Putih Terhitam

Hasil kerja saya sejak pertengahan tahun 2008. Menyiapkan 1 scene animasi ini memakan masa hampir 2 minggu masa itu. Saya akui masih ada masalah teknikal dari segi warna rumput (Shot bahagian kucing cakap "Tepung???"). Apa pun kita saksikan video ini. ;-)


P/S:- Animasi ini sudah pun ditayangkan sekitar tahun 2008 di TV2 pada hari Selasa pukul 9:00pagi yang lalu. (^_^)

P/S/S:- Sesiapa berminat berkaitan dengan bidang ini sila layari http://tulusfikir.blogspot.com/.

Jumaat, 12 Februari 2010

Timun Dan Belimbing Buluh

Jika anda makan sate jangan lupa mentimun. Mentimun akan mengeluarkan karbon dari tubuh badan akibat dari arang pembakaran sate. Begitu juga dengan nasi dagang. Carilah kuah nasi dagang yang mengandungi belimbing buluh di dalamnya kerana ia menurunkan lemak. Lemak terkumpul boleh membekukan darah, mengakibatkan perjalanan darah tidak lancar. Inilah yang akan menimbulkan penyakit.

Timun

Belimbing Buluh



Petikan dari Majalah Seni Beladiri diruangan Menjejak Tumbuhan Rimba Belantara.

Rabu, 10 Februari 2010

Ini Bukan Video Game!!!

Masa saya boring main Internet kebetulan saya tengok 2 video di YouTube. Saya mula-mula ingat ia rakaman video game rupanya bukan. Bagi saya orang yang buat video ini betul-betul rajin. Jadi kita saksikan 2 video ini sangat menarik... ;-)

Ryu VS Scorpion


Street Fighter VS Mortal Kombat 3

Selasa, 2 Februari 2010

PELUANG PEKERJAAN 3D ANIMATOR DESIGN!!!



Assalamualaikum, Bagi mereka yang berminat, boleh respond pada iklan tertera. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://tulusfikir.blogspot.com/

salam,




Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

babab.net