Agak lama juga saya tidak update entry blog di sini kerana kesibukan kerja di office yang terpaksa saya kena struggler dan kena fokus betul-betul kerana melibatkan projek besar dan sangat penting untuk disiapkan secepat mungkin.
Hari ini saya nak kongsi info saja-saja yang asalnya saya taip dengan menggunakan HandPhone Nokia 5200 untuk Nota FaceBook, dan saya ubah sedikit entry di sini (Entry ini pakai komputer kerana tidak tahu setting bagi penggunaan HandPhone... ;-P).
Ok lah... Apa yang saya nak kongsikan ialah Cara-cara Mendapatkan Top-Up RM2:00 Percuma Dari Maxis.
Jikalau pengguna Maxis dah tahu tak per lah, tetapi bagi yang tidak tahu boleh lah baca entry blog saya ini. ;-p
Cara-caranya ialah:-
Taip *100# -> Tekan "Answer" -> taip nombor 4 (Tambah Nilai) -> Tekan "Answer" -> Taip nombor 5 (S.O.S Top Up) -> Tekan "Answer" -> Dan Terus taip 1 (Teruskan)
Selepas selesai anda akan dapat RM2:00 percuma, dan Maxis akan tolak caj 50sen apabila anda beli top up baru.
Syarat-syarat mendapatkan RM2:00 percuma dari Maxis ialah anda kena ada kredit antara 0sen atau 9sen. Tidak boleh buat lebih sekali untuk mendapatkan RM2:00 percuma, kecuali anda Top-Up baru dan guna sampai habis kredit antara 0sen atau 9sen.
So... Selamat Mencuba. ;-)


