Isnin, 9 Ogos 2010

Jom... Layan lagu. Yusuf Islam & Ronan Keating - Father And Son

Masya'Allah... Ini sesuatu mengejutkan dan saya sangat tertarik diantara penyanyi terkenal Ronan Keating lagu paling hit 'When you say nothing at all' masa lalu berduet dengan penyanyi veteran yang sudah pun memeluk Islam (Yusuf Islam dulu Steven Cat). Ini pun semasa saya tengah saja-saja baca wall, komen, nota, video, dll member di FaceBook. Secara tak sengaja saya duk suka tengok video pasal nasyid terbaca komen Mohd Sallehuddin di member FB Fahmy Blitzer. Walaupun diorang dah lama upload video klip nie di Youtube sejak tahun lepas, apa pun kita layanzzz... :-D


Yusuf Islam & Ronan Keating - Father And Son

Father
It's not time to make a change
Just relax, take it easy
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know
Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I'm happy

I was once like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again
It's always been the same, same old story
From the moment I could talk I was ordered to listen
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go

Father
I was once like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
All the times that I cried
keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it
If they were right, I'd agree
but it's them THEY know not me
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go

P/S:- Entah2 Ronan Keating tertarik berkaitan Islam. Terus memeluk Islam. Apa pun kita doakan supaya ia dapat hidayah. InsyaAllah. Amin... :-)

Ahad, 8 Ogos 2010

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umatIslam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Copy Artikal Dan Picture Dari FaceBook :- Azhar Nmj

Tanyalah Ustaz - Mahram 'Complete' (Wajib Sesangat Tonton Dan Dengar)


Syukur Alhamdullilah... Dengan adanya kemudahan internet dapat jugalah saya mendengar balik program yang sangat bagus di TV9 Tanya Ustaz, berkaitan yang sangat kita perlu ambil berat dan wajib kita tonton dan dengar iaitu Mahram. Di kaca televisyen TV9 saya sempat melihat separuh jee.

Oklah... Tanpa bertaip panjang lebar saya kongsikan link URL dari isu 1 hingga 3:-

Tanya Ustaz - Mahram (Isu 01)

Tanya Ustaz - Mahram (Isu 02)

Tanya Ustaz - Mahram (Isu 03)

-> Saya cadangkan anda layari blog di http://ceramahislamonline.blogspot.com. Banyak video2 diorang ambil dari rancangan televisyen Malaysia berkaitan agama Islam yang kadang kita terlepas tonton... (^^,)

Selasa, 3 Ogos 2010

Disebalik Maksud Opening Theme Song Action Jepun Zaman Kanak2 80an atau 90an.

Ingat tak zaman kanak2 cerita-cerita yang kita layan macam Gaban, Suria Perkasa Hitam, Ultraman, dan Cyber Cop. Kita pun tak tahu maksud yang diorangnya nyanyi...

Apa pun kita layan jee lah 4 video nie. Sub-Title dari group MBB (Mari Berbaik Baik). Huahuahuaaa... X-D





-> Sub-title entah apo2 entah. HAHAHAAA!!! X-D

babab.net