Selasa, 7 Oktober 2025

Koleksi Video Lawak Kucing AI

Dulu ramai kongsi video telatah dan ragam lawak kecomelan kucing sebenar.

Sekarang ini dengan ada teknologi AI 'Artificial Intelligence' makin canggih dan maju sangat sukar kita mengenali sama ada ia video betul atau hasil janaan AI!?!?

Ok lah... Kali ini video saya kumpulkan untuk perkongsian tatapan anda semua sama ada ia adalah AI atau sebenar? 😼

Saksikan video penuh di Youtube:
Untuk menonton saluran laman Youtube layari ke https://www.youtube.com/shorts/tMTRKowZJGE

Boleh juga anda tonton versi lain di:

Jangan lupa Like, Comments, Share, reshare, repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.

Sabtu, 27 September 2025

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright. 🥲

Ermmm... Bila tukar FBPro nak upload video jer pun dah kena isu copyright pula! Sistem diorang dapat kesan melalui background music saya terguna.

Nampaknya selepas ini upload video pakai muzik free copyright, guna apps AI buat muzik, atau buat muzik sendiri.

Ada masa saya reupload balik video ringkas tutorial AI image (gambar pertama) dan yang pasal video AI lawak behind the scene KPop Demon Hunters konon live action saya akan delete. 🥴

Ok lah... Jika sudi lah... Add friend Facebook saya pergi link dibawah... 😁

Jumaat, 26 September 2025

Komik Epik Lagenda Hang Tuah Akan Diterbit!

Lama tak update di blog personal hampir-hampir nak masuk 2 tahun kerana urusan kerja dan hanya fokus perkongsian di media sosial lain. 😅

Ok lah... Pada 24 September 2025 lepas saya berkesempatan pergi ke Pesta Buku di Sungai Petani, Kedah. Terjumpa komik terbaharu Hang Tuah sangat cantik dan kemas.

Saya ada lihat dalam komik kualiti lukisannya...... PERGH!!! Professional, sangat cantik, kemas, dan paling sangat-sangat saya puji ialah stroke lukisannya memang sangat tepat dengan identiti Malaysia!!! Sangat sesuai dijadikan koleksi dan boleh dijadikan khazanah. 🤯

Oh ya... Siapa tidak kenal yang melukis komik ini sangat terkenal dan memang lagenda lah. Kartunis Jaafar Taib. Pengasah Majalah Gila-Gila, Bambino, dan Humour.

Ikut kata penerbit, komik ini akan diedarkan ke sekolah rendah dan menengah. Ada rezeki saya nak miliki juga komik ini. Sebelum ini yang ada pun komik Ranjau dari arwah kartunis Zoy.

~> Bahagian dalaman komik ini saya tidak dikongsikan atas arahan penerbit buku. Untuk mengetahui harga boleh bertanya pihak ITBM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) atau DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka).

Isnin, 12 Februari 2024

EP01 Berkenalan - Motion Comic | Lawak Sengal Cincai


Buat pertama kali menghasilkan motion komik komedi untuk tatapan penonton semua melalui saluran Youtube dan juga Tiktok personal dalam segmen Lawak Sengal Cincai dari saya.

Gambar menggunakan janaan dari Bing Image Creator dan panjangkan gambar guna Uncrop. Video hanya guna 2 shot jer menggunkan Pixverse bahagian establish shot (permulaan) dan 2 orang berjalan (itu pun sekejap jer duk jauh2... 😅).

Suara pelakon dari upah orang lain pakai jer TTS (Text To Speech) jer dari capcut jer. Free jer kan... 😅

Dua link video saya kongsikan untuk anda semua menonton sama ada melalui YouTube atau Tiktok.

Youtube

Tiktok

Semoga anda terhibur jenaka motion komik terbaharu dari saya. 😁😎

Jumaat, 10 Februari 2023

KRU (Collaboration PEPSI) - Never Let The Spirit Die [Interactive CD-ROM '1998']


Antara album CD lagu melayu dari kumpulan artis rap terkenal, KRU. Masih saya simpan tetapi ia lain dari kebiasaan berbanding album lagu artis melayu biasa yang lain.

Album ini dikatakan release sebelum bersempena Sukan Komanwel, Kuala Lumpur 1998. Seperti biasa acara sukan berprestij akan ada lagu tema jadi beberapa artis turut menjayakan walaupun akhirnya ia lagu tema sampingan dinyanyikan oleh KRU bertajuk ‘Never let the spirit die’. Yang best kolaborasi Pepsi tuuu!

Album ini dikategorikan ‘CD Single’ atau ada panggil ‘Maxi Song’ tidak sama seperti kebiasaan album track dicampurkan. Kuantiti pengeluaran tersangat terhad ia hanya untuk DJ dan pengulas membuat promosi lagu.

Selain itu diselitkan interaktif CD atau juga panggil Koswer. Tidak terjangka program interaktif Macromedia (sekarang Adobe ambil alih semua pegangan) masih boleh dimainkan di Windows 11 walaupun dikatakan defunct.

Apa pun saksikan video ini tentang album CD agak lain dari yang lain ada apa dalam kandungan interaktif/koswer CD-ROM di https://youtu.be/0eYWnrqgQiA

babab.net