Ahad, 8 Ogos 2010

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umatIslam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Copy Artikal Dan Picture Dari FaceBook :- Azhar Nmj

7 ulasan:

  1. Rujuk ini juga: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/apps/forum/forum_viewtopic.php?1152

    BalasPadam
  2. biasa baca produk terkenal disahkan haram esp kat luar negara termasuk wrigley's chewing gum n etc.

    ribena di malaysia pun termasuk sekali ke?
    masih ragu2 wpun wrigley's dah ada tanda halal skrg

    Entry terbaru grafik novel aku ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa? Bangang?

    BalasPadam
  3. yeker?? aduss..
    aku pernah minum ribena nih..
    da2..ak xmau minum lah...:(

    jom bace entri terbaru nas klik:

    jom
    berkaraoke!!

    BalasPadam
  4. Saya ada terbaca komen last skali dari Mamot berkaitan isu nie.

    ASM,

    Hal Rabina dan alkohol ini penah kami bincang di emel pejabat. Mengikut pengetahuan saya, setiap bahan yang kaya dengan gula akan mengalami fermentasi beralkohol (alcoholic fermentation) terutama dalam keadaan anaerobic (tanpa udara) sekiranya ada pencemaran yeast (ragi). Dalam kes Rabina, ada 2 kemungkin berlaku :
    1. Alkohol (disini ethyl alcohol) terbentuk hasil fermentasi gula.
    2. Alkohol digunakan sebagai pelarut untuk pewarna

    Dalam kedua-dua kes di atas, kandungan alkohol adalah terlalu sedikit dan mengikut sesetengah pendapat, ia dibolehkan.

    Wallahu-alam.

    School of Chemical Sciences and Food Technology
    Faculty of Science and Technology
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 UKM-Bangi
    SELANGOR
    Tel : 017-8703282

    -> Kalu saya walaupun terminum seblum kuar isu nie. Better jangan minum...

    BalasPadam

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net