Jumaat, 8 Oktober 2010

Pertama Kali Beraya Aidil Fitri Di Singapura

Seperti saya janjikan sejak entry Video 3D Animasi Ucapan Hari Raya Aidil Fitri (T.T.S) cuma mintak maaflah saya lambat membuat entry disebabkan banyak urusan kerja di office yang terpaksa kejar dateline, tapi walau apa pun syukur Alhamdullilah dapat juga saya buat entry nie seblum masuk 1 Zulkaedah 1431 'Sabtu'. Cuma sayang saya tertinggal kamera di KL. Saya hanya mampu memberikan gambaran dengan menaip di entry blog saya.

Saya katakan memang best beraya di Singapore walaupun cara perayaan tidak sama di Malaysia. Waktu menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri saya, ayah dan datuk saudara terpaksa keluar pergi ke Masjid dalam pukul 6:30 pagi kerana di Singapore mempunyai bilangan Masjid tidak sebanyak di Malaysia. Sebab itu Imam membuat dua kali memberikan peluang kepada jemaah tidak sempat atau terlalu penuh jemaah untuk menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri. Jika nak tahu gambaran jemaah boleh lihat laman web ini http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1080451/1/.html.

Bab menderma di masjid saya lihat terkejut juga ada orang memasukkan tabung duit masjid dengan menggunakan duit Malaysia!!! Kebanyakan yang memasukkan duit ke tabung adalah terdiri dari Bangladesh Muslim. Apa saya dapat pengajaran ialah menggunakan wang untuk menderma tidak penting pada mata wang.

Jamuan makanan di Singapore untuk perayaan Aidil Fitri menjadi kebiasaan ialah Lontong tetapi jika nak bandingkan di Malaysia huhuuu memang jauhlah kesedapan sebab memang bermacam-macam. Selain lontong ada juga makanan melibatkan nasi, bihun, mee, dll tapi saya terlupa nak buat catatan nama2 makanan untuk juadah raya. Macam biskut biasalah hampir sama macam Malaysia, macam2lah. Kalu bab kuih raya memang kurang di Singapore, sebab2 kenapa kurang kuih Singapore saya pun tak tahulah cuma apa saya lihat harga kuih Singapore 80sen jika bandingkan Malaysia hanya antara 40 atau 50 sen.

Dari segi kunjung mengunjugi rumah saudara mara dan keluarga lebih kurang sama cuma di Singapore dalam 20 atau 30 minit next beraya ke rumah sedara lain. Mengabiskan masa kunjung mengunjugi kadang2 ada sampai 2:30pagi, jika di Malaysia memang jarang sangat ada macam nie Raya. Mungkin sebab cuti raya untuk Hari Raya Aidil Fitri di Singapore hanya sehari sahaja jika dibandingkan Malaysia.

Ok lah itu sahajalah saya dapat ceritakan dan minta maaf banyak2lah saya tak dapat nak ambik gambar family2 saya dan saudara mara disebabkan terlupa bawa kamera. Apa pun hari ini hari terakhir 29 Syawal 1431 mengikut Kalendar Islam dan Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin... :-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net