Jumaat, 17 Disember 2010

Best Dan Tak Best Menonton Filem Seorang Diri.

Pernah tak korang tonton filem di panggung wayang seorang diri? Kita terfikir selalunya orang yang tonton filem seorang diri nie orang yang putus cinta, tak ada kawan nak bersama tonton filem, dan kawan tak ada minat. Tahukah korang tonton filem seorang diri selalunya pengarah filem, pelakon, dan pekerja2 yang melibatkan dalam bidang seni.

Saya nak kongsilah pendapat dan pengalaman tonton filem di panggung wayang seorang diri ada best dan tak best:-

Best Tonton Filem Seorang Diri
  • Fokus menonton filem tanpa gangguan.
  • Peluang dapat seat mudah walaupun sudah SOLD OUT
  • Jika jumlah penonton sedikit sangat korang boleh nak berbaring, letak kaki depan seat, dan bersila atas seat sesuka hati. Nak letak barang pun ok...
  • Penonton simpati minta pindah tempat seat yang ok.
  • Jimat kos kerana beli tiket seorang jee... ;-P
  • Dapat elakkan dari perbuatan maksiat.

Tak Best Tonton Filem Seorang Diri
  • Kena control perasaan takut, ketawa, terkagum, dan lain-lain. Kalau tak orang sebelah tetiba mengata-gata pasal kita dan sanggup pindah seat lain.
  • Kejadian tidak diingini terutama seorang penonton wanita.
  • Nak bercakap pasal filem tue tak dapat sebab orang sebelah bukan kenal kita.
  • Dapat seat tak best atau orang sebelah buat peel, memang tak fokus menonton.
  • Termuntah sebab tonton babak yang sangat ganas tahap brutal, orang sebelah pun tak nak tolong.
  • Mungkin Gold Class tak dapat...

So... Terpulanglah korang nak layan filem seorang diri. Tak pun mahu bersama kawan ke, adik-beradik, BF or GF (Nasihat ku bawa lah adik beradik, mak ayah si dia atau kawan yang dipercayai. Bawa BF or GF jee tak bagus...), dan Suami Isteri (jika ada anak bawak jee kan nampak mesra bersama... (^_') ). Apa pun janji filem kita layan tue best dan tak merugikan...

Nak besarkan klik jee gambar... (^^,)

-> Semalam saya sempat menonton filem Tron Legacy. Memang best dan gempakz... 5 bintang. Rasa nak tonton sekali lagi cuma yang 3D IMAX.

1 ulasan:

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net