Khamis, 16 Disember 2010

Kisah Benar Gurauan Membawa Padah [Motor Kawan Kena Curi]

Bila teringatkan kisah dulu masa saya menjalani latihan praktikal bersebelahan bangunan Hotel Sri Petaling sebagai Animator Authoring 'Penghasilan animasi untuk CD interaktif' membuatkan betul-betul sakit hati disebabkan gurauan sangat melampau seorang rakan sekelas tapi akhirnya menerima balasan yang teruk.

Kisahnya masa rehat rakan sekelas mengajak saya, seorang staff, dan manager pergi tempat makan tapi dia siap cakap saya "Pi lah pinjam helmet dekat kawan. Kita nak pergi makan tempat jauh". So saya pun usaha cari kawan yang ada helmet untuk dipinjam. Bila saya ikut rupanya bukan pergi makan tempat jauh, hanya depan Hotel Sri Petaling 'yang ada gerai'.

Apa lagi dia berkata "HAHAHAAA!!! Aku gurau lah. Makan dekat depan hotel jee". Bertapa sia-sia pinjam helmet dan sakitnya hati saya sanggup dia bergurau melampau sangat. Ikutkan hati helmet yang saya pinjam tue mau nak ketuk kepala dia.

Saya hanya mampu berkata dalam hati "Dalam masa singkat dia akan menerima padah". Pada pukul 5:30 petang sebelum nak balik saya terpaksa siapkan separuh kerja tiba-tiba dia tension dan panik terus report kepada manager mengatakan motornya kena curi. Semua staff cuba menenangkan tapi ada seorang member perempuan pratikal dari UITM tetiba bela saya mengatakan "Itu lah... Lain kali jangan bergurau melampau terhadap orang lain. Kan dah kena sumpah motor curi". Terus diam rakan sekelas tue.


MORAL :- Nak bergurau tak salah cuma jangan melampau membuatkan kawan sakit hati. Itu yang membawa padah...

-> Perkongsian kisah ku dulu. Jika post nie ada kesilapan atau tidak faham saya minta maaf. Apa pun bagi tau yea agar dapat memperbaiki di mana silap ku dalam membuat post panjang lebar nie. Huhuhuuu... (^^,)

2 ulasan:

  1. balasan lah tu..x baik buat org mcm tu..huh

    BalasPadam
  2. Sekali sekala bergurau tu ok gak.. kalau serius semacam nanti tak mesra dan tak rapat dgn kengkawan.. yang tak boleh tu org yang suka berbohong.. apa salahnya bergurau tapi bercakap benar.. ini pendapat aku je.. kalau kita suka berbohong.. sudah tentu orang tak akan percaya lagi pada kita walaupun ketika itu kita bercakap benar...

    BalasPadam

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net