Isnin, 4 Disember 2017

Artwork Animasi Ku Kena Banned Babak Pertarungan Di Program TV!!!


Menonton video ini perlu sign-in akaun Youtube kerana kategori Age-restricted

Ada beberapa artwork animasi lama saya kena banned cuma yang ini saya ingat dari siri animasi Puteri Hang Li Po untuk stesen TV di RTM. Babak pertarungan dari durasi minit 0:26 hingga 0:38 sekali disiarkan dalam stesen televisyen di RTM, tanpa tapisan beb!

Bila tayangan ulangan dipotongkan babak pertarungan ini. Mungkin staff RTM yang bahagian penapisan menganggap babak ini tidak sesuai dipertontonkan kerana ada unsur ganas dan kejam.

Dari segi jalan cerita ia berkisahkan sejarah kehidupan sri kandi Puteri Hang Li Poh berhadapan dengan rakyat di negeri Melaka dan juga kerjasama menghadapi musuh . Klasifikasi animasi ini bagi saya sesuai tontonan 13 tahun maybe untuk kanak-kanak bawah pengawasan ibubapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net