Jumaat, 31 Oktober 2025

Terlibat Malam Terlarang



Firstly... Kecewa... Kecewa weh ambil gambar kredit title tak clear ada masalah kamera handphone tapi tahu kedudukan nama 'Azwan Alaman' yang ada saya tandakan. πŸ₯²


Aduhyai... Gambar tak clear pula bahagian kredit title ada nama saya.

Ok lah... Filem #MalamTerlarang sudah mula ditayangkan. Walaupun kerja secara freelancer, alhamdulillah dan terima kasih turut serta team ini menjayakan kerja-kerja VFX 'KesanVisual'.

Dalam trailer ada 3 gambar babak ini antara saya edit  kerja² cleanup, compositing, tracking, dan ada guna programming script (radio meter bergerak).

Suis lampu bergerak sendiri

Meter jarum radio bergerak menggunakan menggunakan programming script 

Cleanup dan edit Pamakbu

Nak menonton filem ini hanya sesuai umur 16 tahun keatas kerana ada unsur ganas, seram, dan tahyul berkaitan mistik Nusantara. Oh ya... Tidak digalakkan bagi ibu mengandung, lemah jantung, dan lemah semangat.






Jangan lupa Like, Comments, Share, Reshare, Repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.

Ahad, 19 Oktober 2025

Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses CGI Filem Estet, Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid


Saya dan pengarah filem Arwahyarham Mamat Khalid

Cuti hari Deepavali teringat 15 tahun lalu bermulalah pengalaman pertama terpilih turut serta proses pembikinan CGI & VFX movie tempatan genra komedi berkaitan perpaduan bangsa Melayu dan India di Malaysia bertajuk Estet (2010) dari pengarah Arwahyarham Mamat Khalid.



Proses sangat mencabar tidak macam zaman sekarang spesifikasi komputer canggih banyak upgrade kurang sangkut. Ketika itu komputer pun prosesor Intel Pentium I7 tak silap lah, RAM dan Grafik Kad NVIDIA....... Huhuhuuu... Lupa lah... πŸ˜…


Nak play footage lepas edit dalam real-time pun makan masa lama dan sangkut², nak render bahagian VFX untuk cleanup dan compositing perlahan, dan lagi pening CGI cuba sedaya upaya realistik babak peluru sampai 4 orang buat termasuk saya...


Walaupun pengalaman pertama dengan hanya tahu compositing, dan 3d bahagian animasi ketika itu pun sebab terpilih (3 orang tak silap) kerana percepatkan proses CGI. Alhamdulillah suatu pengalaman mahal saya mengorak langkah ke hadapan dalam industri ini. Terima kasih warga produksi Digilogic Sdn Bhd.

Wokey lah... Happy Deepavali kepada rakan saya berbangsa India.

Trailer filem Estet. Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid





Jangan lupa Like, Comments, Share, Reshare, Repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.

Selasa, 14 Oktober 2025

Lagu Malaysia Antara Top 3 Paling Terpendek Didunia!

Gambar dari babak movie Gila-gila Pengantin Remaja.

Ini dikira fakta kot setakat ini... Huhuhuuu.. Tahu kah anda...

Filem Malaysia kita secara tidak langsung ada satu lagu paling terpendek berada nombor 3 di dunia. Eh! Tiberrr ...πŸ˜…πŸ˜‚πŸ€£

Yang nyanyikan lagu soundtrack movie Gila-gila Pengantin Remaja ini dari kumpulan Les Sekinchan, tajuk lagu Bila. Lirik lagu sangat simple jer dan sangat mudah diingati hanya 2 patah perkataan sahaja...

[Lirik LAGU]

Les Sekinchan - Bila

Bila... Aduhhhh!!!


Video klip original setakat saya cari ada pun dari potongan babak movie Gila-gila Pengantin Remaja tahun 2004. Saksikan video penuh di bawah:

Untuk menonton saluran laman Youtube layari ke https://www.youtube.com/shorts/nH_7twOrhqw

Boleh juga anda tonton versi lain di:

Sumber gambar dan video babak filem: Gila-gila Pengantin Remaja

Jangan lupa Like, Comments, Share, Reshare, Repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.

Ahad, 12 Oktober 2025

Jaqlyn, Penyanyi Muslimah Pertama di Awakening Records


Dulu dunia muzik Islamik antarabangsa terkenal seperti Maher Zain, Sami Yusuf, Humood AlKhudher, Harris J dan lain-lain dibawah naungan Awakening Records didominasi oleh lelaki. Terbaharu ada seorang muslimah dikenali sebagai Jaqlyn menandakan satu titik perubahan yang berani dan bersejarah. Beliau bukan sahaja membawa suara segar ke pentas muzik inspirasi, tetapi juga menjadi wanita Muslimah pertama yang bernaung di bawah label terkenal Awakening Records.

Saya cari sumber berkaitan artis islamik ini nama sebenar Jaqlyn adalah Jacqueline Haider berasal dari Graz, Austria, dan mula dikenali ramai selepas dia menyertai The Voice of Germany 2024. Penampilannya yang berhijab di pentas rancangan realiti itu menarik perhatian media dan penonton, bukan sahaja kerana bakat vokalnya, tetapi juga kerana keberaniannya membawa identiti Muslimah ke arus perdana hiburan Eropah.

Jaqlyn ialah seorang mualaf, dan dalam beberapa temubual, beliau menyatakan bahawa Islam memberinya kekuatan dan kedamaian yang mendalam. Perjalanan spiritualnya menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya generasi muda Muslim yang mencari ruang untuk mengekspresikan diri secara autentik.

Video bertajuk "Ich hatte das GefΓΌhl, dass das meine Religion ist“  dalam terjemahan "Saya merasakan bahawa ini adalah agama saya"

Lagu sulung baharu yang pertama bersama Awakening Music bertajuk “This Is Who I Am” bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga sebuah manifesto identiti. Liriknya menyentuh tentang penerimaan diri, kekuatan dalaman, dan keyakinan terhadap jalan hidup yang dipilih. Lagu ini diterima baik oleh peminat muzik Islamik dan menjadi simbol keterbukaan label tersebut terhadap suara wanita Muslim.

Ok lah... Saksikan video muzik terbaharu dari Jaqlyn bertajuk “This Is Who I Am”. Suaranya memang lembut, dan merdu...



P/S: Harap-harap penyanyi muslimah ini datang Malaysia. 😎





Selasa, 7 Oktober 2025

Koleksi Video Lawak Kucing AI

Dulu ramai kongsi video telatah dan ragam lawak kecomelan kucing sebenar.

Sekarang ini dengan ada teknologi AI 'Artificial Intelligence' makin canggih dan maju sangat sukar kita mengenali sama ada ia video betul atau hasil janaan AI!?!?

Ok lah... Kali ini video saya kumpulkan untuk perkongsian tatapan anda semua sama ada ia adalah AI atau sebenar? 😼

Saksikan video penuh di Youtube:
Untuk menonton saluran laman Youtube layari ke https://www.youtube.com/shorts/tMTRKowZJGE

Boleh juga anda tonton versi lain di:

Jangan lupa Like, Comments, Share, reshare, repost dan kalau boleh Tag kawan anda suka video ini. Selain itu Add Friend, Follow, Subscribe, dan Connect saya di platform laman media sosial. Layari https://linktr.ee/wanmanmedsos.

Sabtu, 27 September 2025

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright. πŸ₯²

Ermmm... Bila tukar FBPro nak upload video jer pun dah kena isu copyright pula! Sistem diorang dapat kesan melalui background music saya terguna.

Nampaknya selepas ini upload video pakai muzik free copyright, guna apps AI buat muzik, atau buat muzik sendiri.

Ada masa saya reupload balik video ringkas tutorial AI image (gambar pertama) dan yang pasal video AI lawak behind the scene KPop Demon Hunters konon live action saya akan delete. πŸ₯΄

Ok lah... Jika sudi lah... Add friend Facebook saya pergi link dibawah... 😁

Jumaat, 26 September 2025

Komik Epik Lagenda Hang Tuah Akan Diterbit!

Lama tak update di blog personal hampir-hampir nak masuk 2 tahun kerana urusan kerja dan hanya fokus perkongsian di media sosial lain. πŸ˜…

Ok lah... Pada 24 September 2025 lepas saya berkesempatan pergi ke Pesta Buku di Sungai Petani, Kedah. Terjumpa komik terbaharu Hang Tuah sangat cantik dan kemas.

Saya ada lihat dalam komik kualiti lukisannya...... PERGH!!! Professional, sangat cantik, kemas, dan paling sangat-sangat saya puji ialah stroke lukisannya memang sangat tepat dengan identiti Malaysia!!! Sangat sesuai dijadikan koleksi dan boleh dijadikan khazanah. 🀯

Oh ya... Siapa tidak kenal yang melukis komik ini sangat terkenal dan memang lagenda lah. Kartunis Jaafar Taib. Pengasah Majalah Gila-Gila, Bambino, dan Humour.

Ikut kata penerbit, komik ini akan diedarkan ke sekolah rendah dan menengah. Ada rezeki saya nak miliki juga komik ini. Sebelum ini yang ada pun komik Ranjau dari arwah kartunis Zoy.

~> Bahagian dalaman komik ini saya tidak dikongsikan atas arahan penerbit buku. Untuk mengetahui harga boleh bertanya pihak ITBM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) atau DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka).

Isnin, 12 Februari 2024

EP01 Berkenalan - Motion Comic | Lawak Sengal Cincai


Buat pertama kali menghasilkan motion komik komedi untuk tatapan penonton semua melalui saluran Youtube dan juga Tiktok personal dalam segmen Lawak Sengal Cincai dari saya.

Gambar menggunakan janaan dari Bing Image Creator dan panjangkan gambar guna Uncrop. Video hanya guna 2 shot jer menggunkan Pixverse bahagian establish shot (permulaan) dan 2 orang berjalan (itu pun sekejap jer duk jauh2... πŸ˜…).

Suara pelakon dari upah orang lain pakai jer TTS (Text To Speech) jer dari capcut jer. Free jer kan... πŸ˜…

Dua link video saya kongsikan untuk anda semua menonton sama ada melalui YouTube atau Tiktok.

Youtube

Tiktok

Semoga anda terhibur jenaka motion komik terbaharu dari saya. 😁😎

Jumaat, 10 Februari 2023

KRU (Collaboration PEPSI) - Never Let The Spirit Die [Interactive CD-ROM '1998']


Antara album CD lagu melayu dari kumpulan artis rap terkenal, KRU. Masih saya simpan tetapi ia lain dari kebiasaan berbanding album lagu artis melayu biasa yang lain.

Album ini dikatakan release sebelum bersempena Sukan Komanwel, Kuala Lumpur 1998. Seperti biasa acara sukan berprestij akan ada lagu tema jadi beberapa artis turut menjayakan walaupun akhirnya ia lagu tema sampingan dinyanyikan oleh KRU bertajuk ‘Never let the spirit die’. Yang best kolaborasi Pepsi tuuu!

Album ini dikategorikan ‘CD Single’ atau ada panggil ‘Maxi Song’ tidak sama seperti kebiasaan album track dicampurkan. Kuantiti pengeluaran tersangat terhad ia hanya untuk DJ dan pengulas membuat promosi lagu.

Selain itu diselitkan interaktif CD atau juga panggil Koswer. Tidak terjangka program interaktif Macromedia (sekarang Adobe ambil alih semua pegangan) masih boleh dimainkan di Windows 11 walaupun dikatakan defunct.

Apa pun saksikan video ini tentang album CD agak lain dari yang lain ada apa dalam kandungan interaktif/koswer CD-ROM di https://youtu.be/0eYWnrqgQiA

Khamis, 16 September 2021

Real Phoenix Red Bird Caught On Camera In Malaysia


Video of 2020 year but now I just shared. After I back to Selangor in airplane. So maybe I see this is real phoenix red bird caught on my camera.

Watch more my video πŸ‘‰ https://youtu.be/Y74QrmL8nb0

Original Video:

Jumaat, 10 September 2021

The Matrix Resurrections Jump Fail



The Matrix is coming after 20 years, The Matrix Resurrections... But... So what if Neo and Trinity try jump but fail? Ermmm... Watch this video till the end...

Isnin, 6 September 2021

3 video music 'DJ Cincai' will delete soon own YouTube channel

 



This 3 music created since college from 2003 and uploaded to own YouTube channel since 11 years ago.

Finally will delete soon but don't worry i will reupload my new YouTube channel with the DJ name changed and there will probably be created Music Video.

Khamis, 2 September 2021

SPIDER-MAN: NO WAY CINCAI - Hello Peter (Parody)


Hi everything... Opsss!!! Everyone... What just happened? This trailer is just a joke lah... Please watch the official teaser trailer on the youtube channel ‘Marvel Entertainment’.

Don't take so serious. So Have A Nice Day... ✌️πŸ˜…

SPIDER-MAN: NO WAY HOME - Official Teaser Trailer




~> We're apologies, there are some problems of technical issues with this video. Next video I will try to improve. πŸ˜‰

Isnin, 23 Ogos 2021

Police Malaysia [PDRM] Pet The Cat, Istana Negara (MALAYSIA)



So brave and cute cat... It takes just one cat to charm the police outside the Istana Negara, Malaysia. 😸

Credits editing :

Original Footage :

Azwan Alaman ArtWork Showreel 2014 - 2018


Assalammualaikum & hi everyone,  Alhamdullilah... I back now on own blog personal this years. So we sharing showreel artwork '3D Generalist & VFX Artist' from 2014 - 2018 years.

2017
KL Special Force (8 Mac 2018)

2016
Abang Long Fadhil 2
*  Festival Filem Malaysia Ke-23
    (Anugerah Filem Box Office)

2015
Desolasi
*  Festival Filem Malaysia Ke-29
    (Anugerah Khas Juri - Kesan Khas Visual)

Rempit Sampait Langit (23 November 2017)

Selasa, 17 September 2019

#AweRoad 1 : Perjalanan Ke Tempat Kerja II Honda Wave 110a (Eken H9R)



Buat pertama kali saya experiment rakaman perjalanan saya menggunakan camera action sport yang bajet, Eken H9R dari rumah saya ke tempat kerja.
Kebiasaan vlogger motorsikal meletakkan kamera di bahagian helmet, atau tempat dekat hampir meter sesuai tapi kali ini saya cuba letak di bahagian badan. πŸ˜…
Oh ya!!! Buat pertama kali saya upload video berdurasi panjang dalam masa 15 minit 40 saat. Kalau ikutkan video asal lagi panjang dalam 36 minit membuatkan saya terpaksa dipercepatkan tanpa potongan babak.

Saya sudah cuba sedaya upaya perkemaskan video dari segi visual cuma minta maaf di atas kekurangan dan kelemahan teknikal dari segi audio Eken H9R... Secara langsung anda boleh nilai kelebihan dan kekurangan bajet action camera.

Babak akhir korang boleh lihat anggaran masa dan jarak perjalanan dari Subang Bestari ke Taman Danau Kota. https://youtu.be/7soLDy_HKg0?t=909

Isnin, 9 September 2019

#FilemPendekAwe 1 : Kekurangan Bukan Penghalang Untuk Sihat


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama juga saya tak update blog saya sejak tahun 2018. Huhuhuuu...Video ini adalah asal dari 'Pertandingan Video Pendek (Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU)' pada tahun lalu (28 September 2018) tapi di ubah dan kemaskini sebelum upload video di YouTube channel saya.
Kalau ikutkan video tulen punya kurang memuaskan dan tidak sesuai disiarkan secara awam sebab dibawah syarat pertandingan (walaupun sudah tarikh tutup), kualiti video nampak flow kelam kabut dan juga ada 2 logo kementerian (tanpa penapisan).

Dalam video pendek ini saya jadi watak utama OKU cuba mencapai impian untuk cuba bersenam dengan bebas demi untuk kesihatan. Apa pun saksikan video kami ini sampai habis sebab akan ada plot twist pada babak akhir.

Ahad, 31 Disember 2017

Kisah Ku Cabaran Dan Strategi Selesai Hutang


Sebenarnya rasa nak cerita lama kisah bagaimana saya dapat selesai hutang sedikit demi sedikit cuma ada part perlu ditapis kerana hal-hal peribadi tak sesuai diceritakan. Di akaun media sosial saya lihat diorang ingat hanya 2 selesai hutang pinjaman pelajaran sahaja sedangkan ada 3 lagi hutang saya dapat selesai sebelum tahun ini.

Sebelum nak cerita 5 hutang selesai saya sejak dari Kolej hingga lah berkerja sekarang dipupuk sikap benci hutang cuma akhirnya terpaksa ada 2 situasi hal-hal peribadi terpaksa dilonggar syarat untuk buat pinjaman. Antara pinjaman saya buat:-
  • EasyRHB Pinjaman Peribadi RM4k.
  • EasyRHB Pinjaman Peribadi RM3k.
  • Pinjaman Pelajaran MARA RM25k++.
  • Pinjaman Pelajaran PTPK RM5k++.
  • Fee Guaman Perumahan RM650.


Nampak macam sikit tapi jumlah dalam RM37K++ tapi ada 2 lagi pinjaman saya tak senaraikan sebab masih bayar hutang besar jumlah.

Stress 5 Hutang Yang Menyeksakan Dan Tak Aman.

First saya buat EasyRHB Pinjaman Peribadi RM4k untuk settle urusan perumahan deposit 10% dan juga tunggakkan hutang rumah sewa dalam 5 bulan tak silap, kenapa jadi tunggakan bulanan sewa rumah tu tak sesuai saya ceritakan kerana melibatkan peribadi.

Next situasi... Lepas dapat rumah baru sendiri lagi hampir 4 bulan terpaksa buat 1 EasyRHB Pinjaman Peribadi RM3k kerana hal peribadi nampak sedikit tapi menyakitkan sampai satu tahap nak hampir tunda kahwin tapi alhamdullilah ada sumber lain macam freelance, pelaburan, dan duit kecemasan tanpa buat pinjaman.


Selepas kahwin dan selesai 3 hutang terpaksa lah 2 pinjaman pelajaran kena on balik daaa ada satu tahap penjamin push gila-gila saya selesaikan dan cuba penjarakan! Pelik rasa nak tergelak cuma terpaksa serius. Apakah dayanya penjamin tu adalah 2 anggota Polis pangkat tinggi. Nak atau tidak terpaksa teruskan jer lah tiap-tiap bulan bayar siap kena pelbagai cacian dan makian.


Masih Tak Mampu Bayar Hutang Sebab Gaji....

Saya ni tak lah macam orang kaya pun dan jugak gaji bukan lah tinggi pun. Saya start kerja pada pertengahan tahun 2004 secara kontrak pun RM1000 gaji pokok tapi nak selesai macam mana hutang gaji macam tu sehingga tahun 2005 berhenti kerja. Tak ada bayar 2 pinjaman pelajaran ketika itu kerana keadaan tersempit.


Sejak tahun 2006 pun gaji starting sangat ciput pada harga RM600 permulaan still tak mampu bayar. Betul-betul start pun tak silap tahun 2007 itu pun tunggang langgang bayar atas kemampuan siap kena maki.

Strategi Selesai Hutang.

Alhamdullilah... Kebetulan pada tahun ini MARA ada menyambut ulang tahun jubli perak beri diskaun sangat murah giler pinjaman bagi yang bertuah. Sedar atau tidak saya jugak tersenarai diskaun pinjaman sangat murah sehingga bulan 3 tahun 2017 tak silap saya selesai hutang untuk pinjaman MARA.

Dalam bulan 11 tahun 2017 dapat selesai hutang pelajaran PTPK dengan strategi agak lain sikit iaitu bantuan KWSP bayar rumah selama 11 bulan (limit tak silap 13 bulan). Ini pun saya baru tahu dari kawan kongsi bagaimana menggunakan bantuan KWSP bagi yang dah ada rumah sendiri bukan rumah sewa yea.

Lagi 3 tu bayar hutang (2 personal loan dan fee guaman perumahan) saya settle sejak tahun 2015 kebetulan dapat habuan agak lumayan tak sesuai saya ceritkan dari mana dapat sumber halal. Kalu ikutkan dapat selesai hutang dalam pertengahan tahun 2016.


Tinggal 2 Hutang Berat.

Selain 5 hutang saya dapat selesaikan. Sekarang tinggal 2 lagi hutang agak berat iaitu rumah dan kereta jer lah. Buat masa ni insyaAllah saya target 1 hutang cuba sedaya upaya selesai tahun 2018 sebab saya ada pergi kursus dan juga kawan-kawan kongsi tips tentang pelaburan membuatkan saya beranikan diri melaburkan yang High Risk (bukan skim cepat papa yea) dan juga kerja-kerja sambilan termasuk perniagaan.


Bestnyer Selesai Hutang Dapat Tenangkan Hati Dengan Aman.

Sejak selesai hutang walaupun tinggal lagi 2 tapi rasa tenang dan aman sikit. Saya dapat saving banyak-banyak duit dan dapat belanja keluarga, anak, dan kawan memerlukan bantuan. Nasihat saya nak bergaya atau berhipster tu ketepikan sementara tak best kalu masih buat pinjaman. Kena cuba sedaya upaya pegang prinsip diri 'AKU BENCI HUTANG' sebab tak tenang beb sampai susah tidur, dan jugak boleh menyusahkan orang lain. InsyaAllah azam tahun 2018 sejak saya belajar kesilapan, berniaga dan baru celik ilmu pelaburan akan datang bila anak saya besar tak nak buat pinjaman sedaya upaya selain dapat biasiswa. Boleh jer kita hidup bersederhana tak perlu kejar sangat gaya hidup mewah. Orang dulu-dulu pakaian pun nampak kerja petani atau buruh kasar tetapi mempunyai aset harta dan hartanah banyak.

Isnin, 4 Disember 2017

Artwork Animasi Ku Kena Banned Babak Pertarungan Di Program TV!!!


Menonton video ini perlu sign-in akaun Youtube kerana kategori Age-restricted

Ada beberapa artwork animasi lama saya kena banned cuma yang ini saya ingat dari siri animasi Puteri Hang Li Po untuk stesen TV di RTM. Babak pertarungan dari durasi minit 0:26 hingga 0:38 sekali disiarkan dalam stesen televisyen di RTM, tanpa tapisan beb!

Bila tayangan ulangan dipotongkan babak pertarungan ini. Mungkin staff RTM yang bahagian penapisan menganggap babak ini tidak sesuai dipertontonkan kerana ada unsur ganas dan kejam.

Dari segi jalan cerita ia berkisahkan sejarah kehidupan sri kandi Puteri Hang Li Poh berhadapan dengan rakyat di negeri Melaka dan juga kerjasama menghadapi musuh . Klasifikasi animasi ini bagi saya sesuai tontonan 13 tahun maybe untuk kanak-kanak bawah pengawasan ibubapa.

Rabu, 29 November 2017

Kisah Ku Berhadapan Persepsi Orang Malaysia Dalam Industri Multimedia, Animasi & Kesan Visual



Assalammualaikum... Lama jugak saya tak update blog personal kerana busy kejar dateline sampai lebih 5 filem dalam dan luar negara tak sempat nak post review filem. Huhuhuuu... Teringat masa makan seorang diri di Restoran ada pasangan (saya tak kenal) saja-saja berbual dengan saya tentang 'Kerja apa?' terlintas nak post pasal berhadapan persepsi orang kita. Macam-macam orang kita yea... πŸ˜‚

2001 - Pertengahan 2004

Mula-mula kerja secara practical, freelancer, part time (walaupun masih belajar kolej dalam sekitar tahun 2001 hingga 2003) dan kontrak sebagai Animator Multimedia Designer persepsi biasa saya berhadapan kawan berlainan bidang atau client ialah "koa pakai software apa utk edit gambo?", "koa buat kartun macam mana?" dan macam biasa lari bidang "Koa boleh tak format PC?".

Pertengahan April 2006 - Akhir Oktober 2014

Dari sini saya bermulanya kerja sebagai 3d animator di sebuah company tidak terkenal dimata masyarakat tapi dalam industri animasi dan vfx di Malaysia ramai mengenali cuma... Persepsi biasa masyarakat "Kerja animasi!!! Koa ker buat animasi Upin Ipin atau BoboiBoy?" Aduhyai... Walaupun saya bukan buat pun tapi ramai pak/mak cik, pelajar (Sekolah, Kolej dan Universiti) dan juga masyarakat selalu lah kata macam tu. Ada tak boleh blah di hospital masa gi buat rawatan checkup (lepas kena kemalangan) tukang registration tu baca tulisan saya diborang dan bertanya "Juruanimasi! Kerja apa tu?". Dah lah tengah sakit terpaksa explain plak tapi alhamdulilah ada kawan dia tolong explain kan. Huhuhuuu... Stress wooo.

Akhir bulan 11 2014 - Sekarang

Kerja sebagai 3D Generalist untuk buat animasi dan VFX filem dan drama persepsi selalu lah orang mesti akan kata "Pergh!!! Best macam tu hari2 jumpa artis terkenal" sampai lupa terus orang nak cite pasal kerjaya, artis punya pasal lah kan.

Wallahualam... Ini antara persepsi biasa saya hadapi jumpa orang kita lah. Huhuhuuu... Macam-macam lah orang Malaysia. Teringat dulu boss tempat kerja lama ada kata di Jepun masyarakat diorang sangat menghormati dan tabik spring orang bekerja sebagai Animator atau VFX.




babab.net