Isnin, 14 Jun 2010

The Karate Kid (2010) Ada Bagus Dan Tidak Pun Skit Jee...

Kelmarin (Ahad) sempat juga melihat filem The Karate Kid (2010) saya katakan bagus dan ada juga yang tak bagus skit.

First apa yang saya katakan bagus filem ini ia ada mesej. Saya bagi point2 kenapa bagus:-
  • Erti sebenar seni beladiri bukan untuk bergaduh, menunjuk dan bertindak tiada belah kasihan tetapi seni beladiri sebenarnya untuk menambah ilmu, menguatkan jati diri, fokus, bertindak jika berlaku situasi bahaya, dan membalas dengan psikologi baik. (Sebenarnya terlalu banyak kebaikan seni beladiri tapi saya bagi point untuk filem ini sahaja)
  • Menghormati orang tua.
  • Terima hakikat dan budaya apabila berpindah ke luar negara.
  • Fokus betul-betul apa yang kita minat. Kepada kawan2 atau kekasih jangan kacau dan hancurkan minat seseorang, bagilah sokongan baik dan ambil tahu.
  • Ikut adat2 luar negara, bagi orang Islam ikut adat2 yang sepatutnya (Filem nie tak ada orang Islam cuma sekadar menambah jee).
  • Tanggungjawab seorang lelaki.
  • Jika ada kesilapan mengakulah. Jangan simpan, tunjuk ego bodoh dan biarkan. Yang penting berubah untuk lebih baik dan belajar kesilapan.
  • Sahut cabaran dan jangan mengalah.
Itu pandangan saya mesej2 bagus dalam criter nie. Ok... Apa yang saya kata tak bagus citer nie:-
  • Ada adegan watak utama dan awekznya mencium di tempat wayang kulit. (Biasalah... Filem Mat Saleh mesti ada selit adegan mencium... ;-P)
  • Seni Beladiri yang ditunjukkan bukan Karate-Do. 100% Kung-Fu, memang lari tajuk filem tue. Haish... Lain kali mengarah filem tue sepatutnya kena taruk The Kung-Fu Kid. Baik saya tengok filem The Karate Kid dulu2 dibintangi oleh Daniel Larusso dan mendiang Keisuke Miyagi (Meninggal dunia pada tahun 2005) kerana apa yang ditunjukkan seni beladiri memang betul. Filem The Karate Kid (2010) yang sekarang pengajar (Jackie Chan) pun Kung-Fu bukan Karate-Do... :-P
Itu jee lah pandangan saya berkaitan filem nie. Kesesuaian filem nie bagi saya digalakkan sangat budak2 remaja yang nakal2 dan lemah semangat tue tengoklah criter nie dan ambil pengajaran. Lepas layan nie joinlah mana2 persatuan2 bagus untuk membina Jati Diri yang baik. :-D

P/S :- Saya tengok filem nie ada sedikit sama budaya kita sekarang.
P/S/S :- Baru nak tayang kat Malaysia. Kat negara lain dah kuar VCD, DVD, dan Blu-Ray... :-P

The Karate Kid 1 hingga 4. Filem dulu-dulu...

Isnin, 7 Jun 2010

SIARAN ULANGAN SERI BUDI EMAS, SETIAP ISNIN, 10 pagi, RTM 1


Assalamualaikum dan Selamat pagi semua!

Pagi ni kami ada berita gembira untuk dikongsi bersama. Untuk pengetahuan peminat kartun 3D animasi Malaysia, mulai minggu ini setiap Isnin, jam 10 pagi, siri animasi SERI BUDI EMAS akan diulang tayang di RTM 1.

Seri Budi Emas adalah salah satu produk Digilogic (M) Sdn Bhd yang dulunya pernah bersiaran di RTM 1 pada tahun 2007.

Diharapkan dengan siaran ulangan siri SERI BUDI EMAS di RTM 1 ini dapat melepaskan rindu peminat animasi kepada Lagenda sanjungan kita seperti Mahsuri, Hang Li Po, Puteri Santubong, puteri Gunung Ledang dan ramai lagi.

Support Local 3D animation!!

EMIELZA
AWE a.k.a Azwan2010 (Ubah Suai dan Correction Skit)
31 Mei 2010

Selasa, 1 Jun 2010

Melukis Kucing Plak... ;-)

Semalam lukis orang dengan menggunakan mouse (Terlupa nak bagitau semalam... :-P). Ok lah hari nie saya melukis kucing dengan menggunakan Pen Table, senang dan cepat skit berbanding dengan menggunakan mouse. So bleh lah tengok step by step saya hasilkan lukisan kucing... ;-)








P/S:- Cuba korang slowkan speed seblum keluar teks. Saya ada buat animation skit, ada lawakz... ;-P

Isnin, 31 Mei 2010

Saje Test Aplikasi Graffiti Di Facebook...

Lama juga saya tak post entry kat blog personal nie kerana ada masalah teknikal Internet hampir nak masuk 2 bulan. Tapi alhamdullilah saya tukar moderm internet yang baru atas pendapat member office.

Ok lah kali nie saya baru jee test satu aplikasi Graffiti sejak tahun lepas lagi cuma saya sekadar bookmark aplikasi di FaceBook jee. Tetapi hari nie tetiba jee saya dah gatal tangan nak buat kerana saya ada tertengok kat member youtube dari korean (Deekay) menghasilkan Ninja Assasin dengan menggunakan aplikasi Graffiti di FaceBook. Klik Ninja Assasin.

Hasil yang saya cuba sehampir mungkin seperti gambar lukisan saya sejak tahun 1999 (time tue tingkatan 5). Lihat gambar di bawah:-


Hasil saya dapat.......... AAAARGH!!! Tak puas hatilah rasa nak buat blik walaupun dia ada sediakan save (Ia save secara automatik walaupun tidak sediakan butang save). Tapi apakah dayanya aplikasi Graffiti sekali publich jee kat wall, tidak boleh memperbetulkan balik. Apapun korang bleh tengok step by step saya hasilkan....








P/S:- Rasa nak melukis lagi kat aplikasi Graffiti di FaceBook nie. Kalu dah siap hasil seni saya akan publich kat blog personal. ;-)

babab.net