Sabtu, 9 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Entry nie untuk sempena Hari Ibu, cuma saya pelik tarikh sebenar untuk Hari Ibu, ada yang katakan 15 hari bulan, ada juga 10 hari bulan, kalau kat web-site wikipedia tulis 2 Mei kat jadual disitu. Yang saya tahu 10/05/2009 memang sambut Hari Ibu pun... Tapi bagi saya... Hari Ibu tak semestinya sambut hanya 10/05/2009, tiap-tiap hari kita kenalah ingat selagi ibu masih ada...;-)

Ada satu petikan teks dari masjid negara daripada pandangan Dr. Abdul Fattah ‘Asyur yang antara lain di dalam responnya “Perayaan Hari Ibu tidak boleh dikatakan salah satu hari raya bagi umat Islam. Namun demikian, ia tetap dikira sebagai satu peluang yang perlu diambil untuk menzahirkan kemuliaan kepada ibu, di dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan anak ini pada hari-hari yang lain. Dan sekiranya dipilih satu hari untuk anak-anak masing-masing memuliakan ibu mereka dengan cara tersendiri, maka itu tidaklah dicegah oleh hukum syarak. Bahkan kita mengadakan sambutan ini sebagai memenuhi perintah Allah s.w.t.”

Jadi... tak salah kan kita sambut hari ibu. Marilah sama-sama memberikan ucapan atau hadiah kepada ibu kita sama ada menghantar SMS, kad ucapan online/offline, atau pun Kek... :-)

Oh ya... Ini ada satu doa anda patut amalkan khas untuk ibu bapa:-


Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapa ku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
Doanya tidak lah panjang sangat, anda mampu menghafalnya. Gunakan doa ini selepas solat, dan saya teringat tips daripada pakar motivasi terkenal Dr Fadzilah Kamsah. Dia pun ada memberikan tips-tips yang bernas pasal penggunaan doa ini, tak semestinya doa ini hanya selepas solat, untuk sebelum nak keluar rumah, sebelum nak buat kerja, amalkan semasa kita bersantai, dan sebelum tidur pun boleh guna doa ini.

Beramal doa ini merupakan satu tanda anak yang soleh dan solehah. Jadilah hamba Allah yang sentiasa mengigantinya dengan tidak mensyirikkannya dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.

P/S:- Saya baru tukar entry sikit...
P/SS:- Saya ucapkan Selamat Hari Ibu khas untuk Mak saya....:-D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net