Sabtu, 30 Mei 2009

Tragedi Bangunan Runtuh Di Petaling Jaya (Tempat Saya Membeli-belah...)

Dekat seminggu saya tak buat entry kat blog kerana kesibukan kerja-kerja kat office, dan juga hal-hal berkaitan dengan peribadi (Bukan peribadi pasal awekz. Hehehee... Saya pun masih belum ada lagi, ada tue pun kawan jee...;-p ).

Oklah... Saya amat terkejut juga satu kejadian bangunan runtuh berlaku di sekyen 14 Petaling Jaya bersebelahan dengan Digital Mall. Secara kebetulan sebelum saya nak masuk Digital Mall coz tengah cari kamera video. Saya sempat juga ambil gambo dengan menggunakan telefon mudah alih "Hand Phone", itu pun saya terpaksa ambil dari jauh kerana tidak mahu mengganggu kerja-kerja anggota Pertahanan Awam, Polis, Bomba, dan Ambulan tengah sibuk.

Jika anda ingin melihat gambo besar, anda klik sahaja gambo tue...

Untuk pengetahuan anda semua, bangunan itu sudah mencecah 30 tahun lebih. Tempat itu pada asalnya memang sebuah Super Market, kat bahagian bangunan runtuh tue tempat parking kereta jee, bahagian bawah "kaki lima" hanya kedai makan.

Masa dulu tempat tue lah saya selalu pergi untuk mencari atau membeli buku, barangan, dan juga bahan makanan. Selain itu ada juga makan kat kedai situ... Sekarang bangunan tue sudah runtuh sehingga berlaku kejadian tak diingini. Jika anda mahu perkembangan kejadian itu cuba-cuba lah search berita online kat berita harian, utusan, harakah, new straitt ime, metro, dan lain-lain.


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net