Ini antara disebalik tabir filem melayu Desolasi saya minta kebenaran copy paste dari Dinie Shuhaimi (Chief Creative Officer) post dari Facebook Group Facebook Group Movie Addict.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam semua. Di sini saya saje nak berkongsi sikit mengenai Visual Effects (VFX)/CGI dalam filem Desolasi terbitan Skop Production.
- Dihasilkan oleh Team Viper Studios Sdn Bhd
- Terdapat sebanyak 570 shot keseluruhan
- Proses mengambil masa hampir 2 tahun (Termasuk pre-pro, production dan post)
- Separuh daripada keseluruhan shot mempunyai elemen 3D
- Scene KL kosong semuanya adalah menggunakan VFX. Kami hanya tutup sebahagian jalan sekejap je untuk bagi ruang kepada pelakon. Makin Syamsul muncul, makin ramai org muncul haha.
- Scene KL kosong menggunakan teknik "cleanup"(paint, rotoscope, mapping,3D). Sangat susah sebab terlalu ramai orang sehingga tak cukup data untuk collect. Makin bergerak kamera makin susah.
- Scene dalam penjara dan bilik gerudi antara paling lama untuk render. Ada shot mengambil masa selama 14 jam satu frame. Satu saat ada 24 frame. Kalau satu minit?
- Terima kasih kepada pihak FINAS kerana memberi bantuan dana demi menaikkan VFX dlm Malaysia.
- Cabaran utama bagi kami adalah bilangan shot jauh melebihi tenaga kerja. So kami tak dapat nak fokus satu persatu untuk perfect.
Kami akui hasil kami tidak sehebat filem Hollywood. Diorang beribu-ribu orang tenaga kerja, kami tak sampai 20 orang pun. Mesti ada juga yang tak perfect. Kami berharap penonton dapat terima hasil kerja kami dan support kami. Maaf sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja kami ini. Sekiranya ada peluang dapat lebih kewangan, tenaga kerja, hardware power, dan masa yang cukup, Mungkin kami boleh buat jauh lagi baik.
Di sini saya kongsikan screenshot before & after sebahagian shot dalam trailer Desolasi.
Terima kasih
#desolasi
Kredit :- Dinie Shuhaimi
Sumber :- 'Facebook Group Movie Addict'
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang tak berkesempatan menonton 'Disebalik Tabir Filem Desolasi' di channel TV Astro boleh tonton bawah ini atau klik link di http://youtu.be/KPCdEkcZLrg. Anda boleh lihat bagaimana mengosongkan orang ramai di KL, bilik hukuman (gerudi), TRex, dan lain-lain.