Selasa, 6 Disember 2016

Insyaallah... Kembali Aktif Berblog



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera... Alhamdulillah lama juga saya tak berblog sejak 5 Mei 2012 last entry tu 'Percubaan Pertama Menggunakan Aplikasi Adroid Untuk Blogger', memang jengkel jugak dia punya apps time tu. Sekarang ni alhamdullilah dengan kemajuan teknologi agak mudah dan ok laaa, insyaallah saya akan kembali berblog walaupun sekarang dah kurang dah orang berblog sebab ramai rakyat Malaysia lebih senang dengan adanya facebook, twitter, instagram, dan lain2.

Macam biasa lah sebab saya mendiamkan diri dari berblog agak hampir 5 tahun menumpu perhatian dalam pekerjaan animasi dan vfx dengan pelbagai cabaran dihadapi sehingga lah pada 31 Oktober 2014 syarikat itu terpaksa 'short notice' diberhentikan 5 staff (termasuk saya) atas sebab masalah kewangan tempias dari isu kehilangan kapal terbang MAS MH370 dan MAS MH17. So berehat sehingga 25 November 2014 dapat kerja Viper Studios Sdn Bhd sebuah syarikat penghasilan kesan visual dan animasi untuk filem tempatan dibawah SKOP Production Sdn Bhd sehingga kini. Setakat itu jer lah kisah.

Ok lah... Timbul nak berblog semula ni sebenarnya dah lama cuma masa itu tak mengizinkan so sekarang ni insyaallah tak ada apa2 dengan ada masa terluang saya fikir baik saya kembali berblog walaupun zaman sekarang dah ramai kurang berblog kerana laman sosial popular makin maju, upgrade, kemudahan dan bertambah pembaharuan seperti facebook, twitter, instagram, whassap, telegram dan lain2 sehingga lah friendster dah tak der dibeli oleh syarikat Malaysia terkenal dan myspace plak terpaksa buat untuk apa2 artis untuk meneruskan legasi.

Jadi blog yang mempunyai domain http://azwan2011.blogspot.my/ dah tak pakai ditukar kepada http://azwanalaman.blogspot.my/. Asalnya nak buat blog terbaru satu lagi tapi fikir balik elok pakai lama cuma just tukar jer nama domain. Dan template blog ni saya akan upgrade skit2 kasi kemas dan nampak ok. 😎

P/S:- Tak buat tukar domain mengikut peredaran semasa tahun macam azwan2009, azwan2010, azwan2011 sebab saya buat tu saja2 test ok tak sebenarnya ia merosakkan teknikal blog. Nama pun explorer tapi tak bertempat. 😓

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net