Rabu, 7 Disember 2016

Ada Apa Dengan... Desolasi?!


Ini bukan review filem Desolasi yea. Huhuhuuu... 😅

Alhamdullilah... Sedar tak sedar bermula saya start kerja Viper Studios Sdn Bhd  pada 25 November 2014 tetiba terus turut join penghasilkan filem ni. Semasa tempat kerja dulu-dulu tak silap pertengahan tahun 2009 hanya satu filem melayu jer lah saya dan jugak team animasi (kesan visual terpaksa blajaq member2 berpengalaman) untuk hasilkan CGI filem dalam keadaan hampir dekat 2 atau 3 bulan sebelum trailer dan tayangan perdana. Itu kisah lama lah...

Sekarang sejak saya masuk kerja sampai lah pertengah bulan November 2016 baru siap CGI sepenuhnya filem melayu ni pada asalnya tayangan tahun lepas tapi memang very2 crazy hardwork and stress woooo saya dan juga team CGI cuba sedaya upaya menjaga kualiti dan buat terbaik.

Control macho. Dah lah time tu tengah stress kejar dateline plak terpaksa lah berlakon untuk behind the scene. Nak tengok saya sedang buat kerja tu lihat di https://youtu.be/KPCdEkcZLrg?t=7m7
Bagi yang tak berkesempatan menonton 'Disebalik Tabir Filem Desolasi' di channel TV Astro boleh tonton bawah ini atau klik link di http://youtu.be/KPCdEkcZLrg. Anda boleh lihat bagaimana mengosongkan orang ramai di KL, bilik hukuman (gerudi), TRex, dan lain-lain.


Semasa saya dan kawan2 berada di One Utama untuk tayangan eksklusif ya
ng datang menonton ramai jugak bukan sahaja orang ternama, artis, para sidang media dan pengkritik filem jer, jemputan orang biasa2 pun turut menonton tak kira bangsa dan agama ramai memberikan feedback sangat positif filem ini.



Memang patut kena sokong filem melayu macam niSaksikan filem melayu memang lain dari yang lain, luar biasa dan diluar kotak pada 8 Disember 2016... So apa lagi booking tiket wayang awal2. Sebelum itu apa kata tonton trailer ini. 😍


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net