Selasa, 6 Disember 2016

Insyaallah... Kembali Aktif Berblog



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera... Alhamdulillah lama juga saya tak berblog sejak 5 Mei 2012 last entry tu 'Percubaan Pertama Menggunakan Aplikasi Adroid Untuk Blogger', memang jengkel jugak dia punya apps time tu. Sekarang ni alhamdullilah dengan kemajuan teknologi agak mudah dan ok laaa, insyaallah saya akan kembali berblog walaupun sekarang dah kurang dah orang berblog sebab ramai rakyat Malaysia lebih senang dengan adanya facebook, twitter, instagram, dan lain2.

Macam biasa lah sebab saya mendiamkan diri dari berblog agak hampir 5 tahun menumpu perhatian dalam pekerjaan animasi dan vfx dengan pelbagai cabaran dihadapi sehingga lah pada 31 Oktober 2014 syarikat itu terpaksa 'short notice' diberhentikan 5 staff (termasuk saya) atas sebab masalah kewangan tempias dari isu kehilangan kapal terbang MAS MH370 dan MAS MH17. So berehat sehingga 25 November 2014 dapat kerja Viper Studios Sdn Bhd sebuah syarikat penghasilan kesan visual dan animasi untuk filem tempatan dibawah SKOP Production Sdn Bhd sehingga kini. Setakat itu jer lah kisah.

Ok lah... Timbul nak berblog semula ni sebenarnya dah lama cuma masa itu tak mengizinkan so sekarang ni insyaallah tak ada apa2 dengan ada masa terluang saya fikir baik saya kembali berblog walaupun zaman sekarang dah ramai kurang berblog kerana laman sosial popular makin maju, upgrade, kemudahan dan bertambah pembaharuan seperti facebook, twitter, instagram, whassap, telegram dan lain2 sehingga lah friendster dah tak der dibeli oleh syarikat Malaysia terkenal dan myspace plak terpaksa buat untuk apa2 artis untuk meneruskan legasi.

Jadi blog yang mempunyai domain http://azwan2011.blogspot.my/ dah tak pakai ditukar kepada http://azwanalaman.blogspot.my/. Asalnya nak buat blog terbaru satu lagi tapi fikir balik elok pakai lama cuma just tukar jer nama domain. Dan template blog ni saya akan upgrade skit2 kasi kemas dan nampak ok. 😎

P/S:- Tak buat tukar domain mengikut peredaran semasa tahun macam azwan2009, azwan2010, azwan2011 sebab saya buat tu saja2 test ok tak sebenarnya ia merosakkan teknikal blog. Nama pun explorer tapi tak bertempat. 😓

Sabtu, 5 Mei 2012

Percubaan Pertama Menggunakan Aplikasi Adroid Untuk Blogger

Assalammualaikum...


Lama tidak berblog kerana kesibukan kerja. Sekarang ini saya saja mencuba aplikasi adroid untuk blogger khas untuk HandPhone Samsung.


Tak tahu lah mana yang best & senang menggunakan aplikasi android.


So... Minta pendapat anda aplikasi android manakah paling best dan senang digunalan untuk buat post di blog personal saya. ;-)

Buat masa ini saya pakai Blogger-droid boleh layari https://play.google.com/store/apps/details?id=and.blogger. Ia agak mengjengkelkan juga. Semasa nak ubah suai balik kena guna HTML code...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 23 Januari 2012

HURRY UP!!! Vote Haiya BidDoa for NEF Awani ICT Award 2011 and win IPad2.



Assalammualaikum and hello to all...

"Like" (Vote) and support us for NEF Awani ICT Awards 2011...

Just follow this step:

1) Please 'LIKE' NEF Awani ICT Awards couse only fans of the page can answer the poll.

2) Click on this active link https://www.facebook.com/NEFAwaniICTAwards?sk=app_126231547426086

3) Scroll down and vote or Checking box:
'ICT Category: Best Animation/Games - Haiya BidDoa 'Tulus Fikir Sdn Bhd' (like the picture above)

4) 'Submit' and 'Log In', done...

Please Vote (^_^)

HURRY UP!! Closing date 25/01/2012.

Thank You Very Much!
Jazakumullah khairan kathira!
Terima kasih!

P/S:- 'Don't forget to keep voting until the January 25, 2012: 3.00pm. Our sponsors will add one more IPad 2. If more than 50,000 fans.... Sharing with your  family dan friends!' Credit :~ NEF Awani ICT Awards


> Erk... Betul kee saya buat post dalam bahasa inggeris. Huhuhuuu... :-p

Isnin, 16 Januari 2012

JOM!!! Undi Animasi Haiya BidDoa Untuk NEF AWANI ICT AWARDS 2011 Dan Menangi Hadiah IPad 2.



Assalammualaikum,

Agak lama juga tidak berblogging sejak bulan ogos tahun lepas, sekarang alhamdullilah akhirnya dapat juga saya menaip di blog personal untuk buat post terbaru.

Apa pun alhamdullilah hasil kerja saya dan kawan-kawan di Tulus Fikir Sdn Bhd yang menghasilkan animasi pendek iaitu Haiya BidDoa telah tercalon pertandingan NEF Astro Awani ICT Awards dalam kategori Best Animation/Games.

Cuma saya nak minta kepada kawan-kawan semua vote (Undi) untuk animasi Haiya BidDoa bagi competition NEF Astro Awani ICT Awards dalam kategori Best Animation/Games sebagai sokongan. Tarikh tutup untuk undi sehingga 25 January 2012. Oh ya!!! Jangan terkejut... Selain anda jadi pengundi, jika bertuah anda berpeluang mendapat hadiah gajet IPad 2!!!. Tentu anda mahukan... :-D

Cara-cara mengundi:-

1.) Layari http://apps.facebook.com/my-polls/nefawani2011, atau klik 'Like' di fan page NEF Awani ICT Awards 2011 dahulu (Bagi yang belum 'Like').

2.) 'Like' yang anda inginkan. (Klik 'Like' bagi 'Category Best Animation/Games Haiya BidDoa - Tulus Fikir' seperti gambar diatas. Boleh!!! (^_^) )

3.) Selepas anda sudah 'Like'. Scroll sampai ke bawah dan Klik butang 'Submit'.

4.) Selepas klik 'Submit' ia akan keluar pop-up/New Tab, klik butang 'Log In'.

5.) Selesai dan anda boleh klik 'Post On Your Wall' atau 'Invite Friends' untuk berkongsi kepada kawan-kawan untuk memberikan sokongan.

Secara ringkas cara-cara undi tonton video dibawah ini (Dalam video ia agak terlalu ringkas)...


P/S:- Klik 'Like' yang 'Category Best Animation/Games Haiya BidDoa - Tulus Fikir' (Contoh seperti gambar diatas) sebagai sokongan anda kepada kami. Boleh!!! ;-)

P/S/S:- 3D Animasi Haiya BidDoa mungkin agak jarang anda dengar. Di online dikatakan agak popular kerana animasi ini mengajar doa-doa harian upload di Youtube. Layari http://www.youtube.com/playlist?list=PL3CA49DBE8CAC7965&feature=plcp. dan baru-baru ini ada masuk surat khabar HARIAN METRO bertajuk HaiyaBidDoa animasi pembelajaran Islamik.


Jumaat, 26 Ogos 2011

Salam AidilFitri 1432H Dan Video Ucapan Raya Terbaru


Assalammualaikum.

Lama tak update post blog sepanjang bulan Ramadan kerana kesibukan urusan kerja di office yang terpaksa saya fokus sebelum dateline. Ok lah... Sedar tak sedar beberapa hari lagi kita nak berhari raya. Seperti biasa lah saya ingin menguncapkan Selamat Hari Raya AidilFirti Maaf Zahir Dan Batin.

Oh ya... Saya ada nak kongsi satu video 3D animasi Haiya BidDoa untuk anda semua.


Sesiapa ada FaceBook tue mari lah kita Like Fan Page Haiya BidDoa. Ia merupakan siri capsule animasi 3D 1 minit yang mengajak adik-adik berdoa.. Mari Berdoa dalam bahasa melayunya, mengisahkan perihal Habib dan sepupunya Zara. Masing-Masing 6 dan 5 tahun. Mereka ke tadika, mereka di rumah dan mereka belajar doa..!

P/S:- Tahun ni balik kampung di Klate. Memang rindu sesangat dah hampir 2 tahun tak blik kampung kat klate.

babab.net