
Khamis, 31 Disember 2009
Selamat Tahun Baru 2010

Sabtu, 26 Disember 2009
King Of Fighter The Movie... Aduyaiii
Tentu anda pernah main video game K.O.F sejak tahun 1994 sampai sekarang. Ok... K.O.F The Movie akan ditayangkan tahun depan tapi banyak orang dah kritik dekat komen youtube pasal movie ini. Nak tahu tengok jee lah trailer bawah ini...
Rabu, 23 Disember 2009
>>Nasihat Kehidupan<<
Khamis, 17 Disember 2009
Kelibat KB Mall
Jumaat, 27 November 2009
Salam Aidil Adha 1430 Hijriah
Funscrape.Com | More Hari Raya AidilAdha Comments
Rabu, 18 November 2009
DJ Cincai
Khamis, 12 November 2009
Pelakon Hollywood Terkenal Menunaikan Haji
Jangan tak tengok siapa masuk Islam... From Hollywood Actor... RUSH HOUR... Chris Tucker (Omar Regan)... :-D
Terima kasih Mohamad Fahizuan Amri bagi info melalui FaceBook pasal video nie... ;-)
Ahad, 8 November 2009
Negeri Sembilan 3 : 1 Kelantan
Mung tengok lah sendiri video kat bawah nie. Renung2lah oghe Klate...
P/S:- Saya tengok perlawanan bola sepak Piala Malaysia melalui TV online sambil berchat kat FaceBook dan Twitter. Kadang2 terpaksa tengok TV gak coz online ada problem skit. InsyaAllah... Next saya akan buat entry pasal cara2 guna online TV tanpa menggunakan driver card TV... :-)
Ahad, 11 Oktober 2009
Berkahwin Pahala, Kukuh Iman
Berkahwin Pahala, Kukuh Iman
Anda perlu buka lorong untuk jodoh mudah sampai
Benarkah jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya.
Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yang berusia 35 tahun pula tidak gundah jika sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecermelangan.
Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba.
Namun, tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalu memikirkan soal jodoh sehingga menggangu perasaan, ia bukanlah sesuatu yang baik.
Baik wanita yang berpandangan jauh, boleh saja menyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soal rezeki, jodoh, mahupun ajal.
Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi.
Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar.
Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh.
Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.
Persoalannya, apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atau ibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga?
Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan:
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Ia baik sebab ramai orang yang berkahwin hidpunya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutanya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu risau anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Harian Metro
Susunan Noriah Idris
Khamis, 4 Disember 2008
Rabu, 7 Oktober 2009
Buat E-Book (PERCUMA)
Saya baru saja membaca sebuah ebook yang bernilai amat tinggi yang bertajuk "Mari Buat Duit Dengan Ebook" hasil tulisan usahawan ebook terkenal tanahair iaitu saudara JaMaL.
Beliau yang sememangnya berpengalaman dalam menerbitkan dan menghasilkan banyak ebook telah mengongsikan pengalaman dan kejayaannya di dalam sebuah ebook PERCUMA tulisan dan terbitan beliau sendiri.
Apa yang anda perlu tahu mengenai penulis ebook ini:
- Beliau telah berjaya menghasilkan 5 ebook berbayar
dalam tempoh masa tidak sampai setahun
- Beliau berjaya menghasilkan jualan ebooknya lebih
5000 unit dalam tahun ini
- lebih RM200k telah berjaya dihasilkannya dari jualan
ebook
Siapakah beliau yang sebenarnya?
Beliau ialah Jamaluddin Bahari yang juga dikenali sebagai JaMaL di internet.
Usah tunggu lagi, semua rahsia kejayaan dan pengalaman beliau telah beliau kongsikan dalam ebook lebih 80 muka surat ini. Terus saja ke link download di bawah:
http://www.buatebook.com
oppps....selepas mendownload ebook dari JaMaL itu, anda juga boleh menjana wang dengan affiliate PPL (Pay Per Lead) yang disediakan...
50 sen untuk setiap orang download dari link affiliate anda....
Jadi, mari kita menjana wang di samping mendapatkan ilmu yang sangat berguna dari JamaL ini...
Sekian,
[Azwan2009]
Selasa, 6 Oktober 2009
Aku Dan Corntoz (Reject)
P/S:- Jika anda nak tahu video yang saya masuk pertandingan nie layari http://adf.ly/eeB (Klik butang "Skip Ad" untuk terus melihat video)
Competiton nie sudah tamat. Pemenang sudah diketahui. Nak tahu layari blog saya http://adf.ly/eeQ (Klik butang "Skip Ad" untuk terus ke blog saya)
Khamis, 24 September 2009
Jumaat, 18 September 2009
Selamat Hari Raya AidilFitri
AIDILFITRI
DAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Sabtu, 5 September 2009
Sabtu, 29 Ogos 2009
Keputusan Muktamad Pertandingan Video Corntoz - Express Yourself
Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada penganjur yang mengadakan pertandingan video Corntoz - Express Yourself. Tak dilupakan kepada member2 office, kolej, sekolah, dan sedara mara turut menyokong untuk undi/vote video yang saya hasilkan. Dan paling saya tak jangka yang undi/vote saya bukan orang biasa-biasa jee, orang kenamaan pun ada seperti penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook (Nasrul Amri Samsudin "dia juga memberikan kata2 semangat kat saya"), Kartunis Ubi, Kartunis Gandum, Brader Joe, dan juga Editor Komik PTS Alif Firdaus Azis memberikan semangat. Disamping itu usahawan online dan offline pun turut undi/vote saya.
Oklah... Kalau korang nak tahu siapa pemenang video untuk Corntoz - Express Yourself layari laman-web http://www.corntoz.com.my. Oh ya... Kalu korang nak tahu video yang saya buat untuk pertandingan ini. Tengok kat bawah nie "Aku Dan Corntoz". So Layan... ;-)
Isnin, 24 Ogos 2009
Khamis, 13 Ogos 2009
Siri 3D Animasi Arnab & Kura-kura Disiarkan Jumaat
Ahad, 28 Jun 2009
Aku Dan Corntoz... Undilah saya
Oklah... Kali nie entry saya pasal contest "Aku Dan Corntoz". Baru semalam saya publich video ke dalam youtube dan terus masuk kat web Corntoz. Boleh katakan saya buat semua tue first time dengan upload kat youtube, dan lain-lain (dan lain-lain sebenarnya ada lagi saya nak bagi tahu, nantilah saya akan buat entry kemudian...).

Transformers: Revenge Of The Fallen memang best...
Pratonton tidak sama yang anda lihat dengan tayangan serentak kerana jalan ceritanya agak lama, ada babak tidak dipotong kecuali satu babak tidak senonoh "lucah" (Malaysia, atau sesetengah negara). Intro atau Outro(Ending) ada tambah sikit, dan lain-lain...
Jadi kepada anda yang belum tengok filem tue beli cepat2 tiket. Dah ramai orang suka tengok filem tue... Saya sendiri nak tengok sekali lagi
Isnin, 8 Jun 2009
Domain Terpaksa Ditukar Ke Blogspot
Jadi kepada semua pembaca di blog saya... Saya memohon maaf atas kesilapan teknikal blog saya dari segi domain. Tapi sekiranya anda tidak dapat memasuki blog saya ke azwan2009.blogspot.com. Anda cuba gunakan domain via.my. Kalau tak jugak pakai blogspot .com coz saya dah ubah setting domain blog yang asal "Blogspot.com".
Apa pun nasihat saya kalau anda mengurus blog anda sama ada personal, business, information, dan lain2... Uruslah blog dengan betul-betul kerana pengguna Internet sentiasa mencari maklumat melalui internet, ada juga yang pembaca setia. Tapi anda jangan terkejut kalau kita serius menghasilkan blog sehingga pengguna internet tertarik dengan kreativiti, information dan lain-lain. Boleh dapat duit tue... :-)
P/S :- Saya ghairah dengan domain tue, sedar tak sedar saya punya page view atau page visitor terus menurun. Last2 pakai domain blogspot gak. Maklum lah suka sangat x-plore... ;-p
P/SS :- Ada satu projek saya akan buat untuk contest dari nuffnang. Sekarang dalam pembikinan. Bila dah siap saya akan post melalui blog ini. Saya harap bila saya siap sokonglah saya yea... :-)
Khamis, 4 Jun 2009
Mencari Bakat Baru
Setelah tarikh dipersetujui, kami akan buat satu screen test di studio kami.
Lelaki atau perempuan tak kisah. Mesti sekolah rendah atau paling-paling form 1. Suara belum pecah, dan minat nak berlakon.
P/S:- Siri 3D animasi Arnab & Kura-Kura pernah disiarkan di RTM2. Jadi... Rebutlah peluang ini yea... :-D
Sabtu, 30 Mei 2009
Tragedi Bangunan Runtuh Di Petaling Jaya (Tempat Saya Membeli-belah...)
Oklah... Saya amat terkejut juga satu kejadian bangunan runtuh berlaku di sekyen 14 Petaling Jaya bersebelahan dengan Digital Mall. Secara kebetulan sebelum saya nak masuk Digital Mall coz tengah cari kamera video. Saya sempat juga ambil gambo dengan menggunakan telefon mudah alih "Hand Phone", itu pun saya terpaksa ambil dari jauh kerana tidak mahu mengganggu kerja-kerja anggota Pertahanan Awam, Polis, Bomba, dan Ambulan tengah sibuk.
Masa dulu tempat tue lah saya selalu pergi untuk mencari atau membeli buku, barangan, dan juga bahan makanan. Selain itu ada juga makan kat kedai situ... Sekarang bangunan tue sudah runtuh sehingga berlaku kejadian tak diingini. Jika anda mahu perkembangan kejadian itu cuba-cuba lah search berita online kat berita harian, utusan, harakah, new straitt ime, metro, dan lain-lain.
Rabu, 20 Mei 2009
Joel Armstrong 'Duck Man' Selamatkan Itik
Nie pun saya tengok kat TV3 semasa ending Buletin Utama. Menarik jugak... Sampai orang panggil Joel Armstrong 'Pekerja Bank' sebagai Duck Man. Kalau anda tak sempat menonton tue apakata anda layan video youtube nie...
Anda boleh mendapatkan sumber info ini di laman web http://www.dailymail.co.uk.
Ahad, 17 Mei 2009
Hafiz juara AF musim ke-7...!!!
Khamis, 14 Mei 2009
AVG 8 atau 8.5... Lebih baik pakai AntiVirus Lain.
Sabtu, 9 Mei 2009
Selamat Hari Ibu
Oh ya... Ini ada satu doa anda patut amalkan khas untuk ibu bapa:-

Selasa, 5 Mei 2009
Masak Telur Dengan CPU...!!!




4. Apa lagi?? Makan la! Nyum...Nyum...
Artikel ini daripada layar_sambar di forumer ejoe.net...
Sabtu, 2 Mei 2009
Nasib baik... Dapat Settle bX-r1ezpk...
Selasa, 28 April 2009
Event Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
Saya (Sebelah kanan "Azwan") bersama seorang Pakar Lelong.com.my dan E-Bay. Eruwan Gerry Norsen (Sebelah kiri) selepas habis temubual...
Pasal saya berbual dengan Pakar Lelong.com dan E-Bay oleh saudara Eruwan Gerry Norsen, banyak dia bagi sedikit sebanyak rahsia, idea, dan teknik bagaimana nak jual beli barang-barang melalui lelong.com. Dan ada juga dia bagi tips bagaimana membeli barang secara berhati-hati di laman lelong.com. Selain itu, saudara Eruwan Gerry Norsen ada juga menceritakan kat saya berkaitan dengan Internet Market. Saya sendiri tak sangka... Rupa-rupanya Internet Market ini memang banyak cabang, bukan setakat buat duit blog, web-site, e-bay, lelong.com, dan Affiliate sahaja. Tapi lebih dari itu... Kalau nak cerita memang panjang pasal buat duit di Internet.
Manakala, saya juga dapat menemubual penulis buku "Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya" oleh Yusnizam Yusoff. Banyak beliau menceritakan tentang buku tue... Selain itu beliau ada juga bagi idea dan cara sedikit macam mana nak jadi Tutor, dan Mentor.
Ok lah... Setakat ini sajalah entry saya. Kalau anda duduk negeri lain saya rasa ada event Pesta Buku tue, kenalah ambil tahu melalui surat khabar, TV, radio, banner iklan, internet, dan lain-lain... Oh yaa.... Kalau anda tak sempat atau busy disebabkan kerja-kerja dan hal-hal lain, atau pun tak sempat beli buku yang anda suka, lagi-lagi anda malas nak pergi kedai... :-p. Jadi saya cadangkan anda belilah buku secara online di kedai-buku.com kerana banyak buku-buku paling TOP, Best Seller, dan terbaru dalam web-site kedai-buku.com... Klik banner di bawah:-
Mudah dan Jimat!
Sabtu, 25 April 2009
Google Nombor Satu Dalam Ranking Alexa

Kalau nak tengok ranking ini sila tekan gambar diatas...
Kenapa google jadi nombor satu...???. Kalau anda ingin tahu layari laman web http://alexa.com/topsites atau pun klik gambar di atas. Di situ dia ada description berkaitan laman web.
Selain itu, laman sosial masa dahulu Myspace menjadi ranking paling teratas. Sekarang FaceBook dapat melintasi ranking Myspace menjadi nombor 4 (MSN pun duduk nombor 5) walaupun ada kontroversi yang mengatakan disebalik FaceBook adalah ejen CIA. Anda boleh downloand di sini.
Saya sendiri menggunakan google kerana banyak kemudahan, semasa saya sekolah menengah dahulu hanya menggunakan Yahoo dan MSN. Tak pernah lagi dengar web-site google masa tue...
P/S:- Minta Maaf kepada pembaca... Saya ada buat post artikal lalu pasal buat Duit Dengan Youthsay. Terpaksa buang artikal itu disebabkan percanggahan Ads Network dari Malaysia... Sebab itu saya tidak ada mood nak buat artikal ini...
Isnin, 13 April 2009
Layan YouTube Sampai Ngantuk...

Antara muka Youtube berbentuk Movie
Perbezaan yang anda dapat melihat antara muka di youtube ini ialah anda boleh tekan butang berbentuk lampu untuk membuka atau menutup, ia akan mengelapkan bahagian-bahagian text comments, search engine, menu bar, related videos, featured videos, ranting, send video, view, Statistics & Data, dan Video Responses. Cuma satu tidak digelapkan iaitu iklan Google Adsense (Maklum laa youtube pun nak cari duit...:-p).
Ok lah... tanpa bercerita panjang lebar apa kata anda layan movie game Metal Gear Solid 4 Gun Of Patriot:-
Sebenarnya bukan setakat movie game MGS4 sahaja yang ada, anda boleh taip kat bahagian search youtube dengan menaip longplay. Diorang memang kaki main video game dan ia jadikan movie cam Halo 3, Ninja Gaiden, Final Fantasy, dan lain-lain. Siri Anime Yu-Gi-Oh pun ada juga masuk kat youtube dengan masa 25:00 minit, cuma saya tak tahu address dia...;-p. So cuba2lah search kat internet yea...
P/S:-Ini pun secara kebetulan saya search kat youtube nak tengok favorites game saya MGS.
babab.net

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih