Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Kejap2 dah masuk tahun 2010. Saya tak naklah taip kat blog personal pasal azam baru kerana kadang2 situasi tue datang secara tak sengaja kat saya. Jadi saya hanya dapat taip dalam hati jee lah (Faham2lah ayat saya walaupun nampak kelakar tapi ada makna). Oklah... Saya nak ucapkan semua yang baca blog saya SELAMAT TAHUN BARU, semoga azam baru anda akan tercapai.

Oh ya... Saya nak bagi tahulah domain blog saya akan tukar kepada 2009 ke 2010 mulai awal tahun depan. So jadi saya punya link url blog http://azwan2010.blogspot.com. Itu sajalah saya nak bagi tahu untuk semua pembaca blog saya... (^_^).

Selamat Menyambut
Tahun Baru 2010.
Semoga Azam Baru
Anda Tercapai...

P/S:- Saya agak kelam kabut gak kerana akhir tahun 2009 terlalu banyak kerja sangat...

Sabtu, 26 Disember 2009

King Of Fighter The Movie... Aduyaiii

Tentu anda pernah main video game K.O.F sejak tahun 1994 sampai sekarang. Ok... K.O.F The Movie akan ditayangkan tahun depan tapi banyak orang dah kritik dekat komen youtube pasal movie ini. Nak tahu tengok jee lah trailer bawah ini...





P/S:- Kalau nak tahu orang kritik trailer ini klik 2 kali dekat video atas...


Rabu, 23 Disember 2009

>>Nasihat Kehidupan<<

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

=> Nie saya dapat artikel kat member FaceBook kat nota 'Misz Roses', disiarkan kat blog di sini untuk renungan anda semua... :-)

Khamis, 17 Disember 2009

Kelibat KB Mall

Saya ingat nak taruk nama entri Hantu KBMall seperti yang tajuk kat youtube tue. So saya fikir2 taruk jee lah entri nie nama dia Kelibat KB Mall. Ini pun saya terjumpa daripada member bernama Tandinh kat laman web youtube pasal benda nie. Apa pun layan jee lah video nie...



Rakaman video ini semasa kejadian kereta jatuh kat KB Mall...

P/S:- Tempat saya membeli belah dulu2 kat KB Mall. Sekarang berada kat Selangor... =)

babab.net