Selasa, 31 Ogos 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke - 53 Tahun

Seperti biasa saya juga memberikan ucapan sambutan ini cuma simple2 jee... Negara kitalah antara paling unik kerana kita mempunyai pelbagai bangsa dan agama mampu duduk satu negara ini. Dan seluruh dunia mengenali negara Malaysia atas inisiatif dari Menteri2 dan juga rakyat dahulu dan sekarang.


Walau apa pun UNIKNYA HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2010 KERANA KITA BERADA DI BULAN RAMADHAN, sama-samalah kita panjatkan doa untuk meraihi keberkatan daripadaNya dan selamat semuanya semoga Negara Malaysia Sentiasa aman dan damai. Moga Rakyat berbilang kaum Sentiasa Hidup didalam keadaan HARMONI.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-53 Tahun...

Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!



3D Animasi ini hasil dari rakyat Malaysia sendiri yang pernah ditayangkan di kaca Televisyen dahulu di RTM. Untuk hari Merdeka video ini tidak ditayangkan di TV cuma hanya di online sahaja. Jadi sama-samalah kita sokong animasi Malaysia.

"MAJULAH ANIMASI UNTUK NEGARA!!!"

P/S:- Ucapan ini saya bagi khas untuk orang-orang Islam di Malaysia... Nak Merdeka jadikan lah sebagai seorang Mujahid 'Orang Yang Berjuang Di Jalan Allah.', bukan menjadi Mung Jahat 'Awak Jahat'... ;-)

Jumaat, 27 Ogos 2010

Siaran Langsung (Live) Solat Tarawih Di Masjidil Haram Melalui Online.

Syukur Alhamdullilah... Akhirnya jumpa juga laman sesawang untuk siaran langsung Solat Tarawih di Masjidil Haram melalui online. :'-)

Gambar Laman Sesawang Siaran Langsung
Solat Tarawih Di Masjidil Haram...

Bagi Malaysia untuk menonton siaran langsung Solat Tarawih di Masjidil Haram diantara pukul 1:30pagi.

Selasa, 24 Ogos 2010

Oh! Malaysia... Adakah kita berbangga seperti ini. (i_i)

Baru beberapa bulan lepas BBC News tertarik Malaysia yang menghasilkan program realiti TV iaitu Iman Muda, boleh baca paper online tajuk ini Malaysian TV show to pick imam with youth appeal. Ini baru beberapa hari lepas keluar berita tak best pasal pembuangan bayi, Nak tahu baca tajuk ini Growing problem of abandoned babies in Malaysia. Di manakah kesilapan masyarakat kita sehingga paper online dari luar negara bagi kenyataan ini???

Punca sebenar pembuangan bayi:-

Isnin, 23 Ogos 2010

Iklan Arab Paling Best. Part - 03

Sekarang dah masuk entri 'Iklan Arab Paling Best. Part - 03'. So tanpa berlengah lagi saya saji kan 5 video. Kasi tambah 1 video untuk entri nie... (^_')

Ramadhan Bulan Sedekah

Sedekah Sirri <- Korang tau apa maksud nie. Tolong bagi tau...

Pandanglah orang yg di bawah mu

Dah tiba piala dunia <- Kalu saya tau time Piala Dunia beberapa bulan lepas. Bleh laa publich yang ni. Sekarang dah lepas... ;-P

Sunnah Tayammun (mengawali sesuatu dari sebelah kanan)

-> Video yang saya upload ambil dari FaceBook Fun Page 'Kesadaran Amar ma'ruf Nahi mungkar', jika korang ada FaceBook masuk Fun Page nie yea. Untuk melihat video nie seterusnya saya akan upload mengikut hari yang sesuai, biasalah setiap manusia pun ada urusannya. ;-)

Tak sempat tengok entri2 lepas pasal iklan arab:-

Sabtu, 21 Ogos 2010

Mandi Wajib Yang Betul (WAJIB SESANGAT BACA TERUTAMANYA SUKA SIMPAN RAMBUT PANJANG DAN WARNA RAMBUT)


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.

Mandi wajib yang juga dipanggil sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara :
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis dibadan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib : "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah : "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah : "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala."

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Imam Nawawi, "jika ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib." Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat.

Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran didalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib untuk mandi wajib pula, sebab-sebabnya terdiri daripada enam sebab.
Tiga sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.
Manakala tiga sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur, itu adalah sunat. Manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh Muslim dan Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu mandi hadas ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA!

Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimin dan Muslimat

(Amirul Amin)

Kredit - Hilmi Halim (Member FaceBook)

-> Saya nak publich sambungan pasal 'Iklan Arab Paling Best. Part - 03'. Secara kebetulan saya ada terbaca pasal nota dari member FB. Jadi saya copy dan paste nota member FB ke dalam blog saya untuk tatapan semua sebab ia sangat penting dan kadang2 kita pun ada terlepas pandang. InsyaAllah saya akan publich pada malam nie atau esok untuk sambungan 'Iklan Arab Paling Best. Part - 03'. :-)

Selasa, 17 Ogos 2010

Iklan Arab Paling Best. Part - 02

Ok lah... Sekarang dah masuk 'Iklan Arab Paling Best. Part - 02' yang banyak mesej bagus disampaikan. Jika korang belum lagi tengok yang Part - 01 boleh klik kat tajuk nie 'Iklan Arab Paling Best. Part - 01'. Apa pun layanzzz 4 video ini... (^_^)

Jagalah Puasamu Jangan Marah

Jangan Dekati Zina

Memakan Daging Saudaramu Yang Telah Mati

Taubat

Video yang saya upload ambil dari FaceBook Fun Page 'Kesadaran Amar ma'ruf Nahi mungkar', jika korang ada FaceBook masuk Fun Page nie yea. Untuk melihat video nie seterusnya saya akan upload mengikut hari yang sesuai, biasalah setiap manusia pun ada urusannya. ;-)

-> Ada cadangan lain tak nak upload video mana2 laman web video yang kurang view coz ada member2 online kata ada masalah tengok video yang saya gunakan disediakan oleh http://www.blogger.com. Kalau ikutkan saya tidak mahu menggunakan Youtube untuk upload video2 nie, ia membuatkan jumlah penonton ramai dan komen kadang2 ada kita pun tak sedap nak baca. Maklumlah Youtube antara laman web paling ramai melayari nombor 3 didunia jika dibandingkan FaceBook dan Google.com...

Ahad, 15 Ogos 2010

Iklan Arab Paling Best. Part - 01

Pada mulanya saya nak taruk tajuk entri 'Iklan Ramadhan Yang Tiada Di Malaysia...'. Last-last saya fikir elok taruk tajuk 'Iklan Arab Paling Best. Part - 01' sebab iklan arab banyak pengajaran, dan taruk 'Part - 01' saya ada banyak nak kongsikan untuk semua. Apa pun kita layan 4 video nie dulu... (^_^)

Dalam Makan Sahur Terdapat Berkat

Bulan Ramadhan Bulan Membaca Al-Quran

Bersyukurlah Kerana Anda Adalah Seorang Muslim

Ramadhan Bulan Perubahan. ^_^

Video yang saya upload ambil dari FaceBook Fun Page 'Kesadaran Amar ma'ruf Nahi mungkar', jika korang ada FaceBook masuk Fun Page nie yea. Untuk melihat video nie seterusnya saya akan upload mengikut hari yang sesuai, biasalah setiap manusia pun ada urusannya. ;-)

-> Pertama kali juga saya upload video yang disediakan http://www.blogger.com. Saya ada juga akaun Youtube cuma saya fikir elok kat sini. (^_^)

Khamis, 12 Ogos 2010

Awas Kurma Israel Laknatullah! Jangan Jadi Pembunuh!


Menjelang Ramadhan yang penuh barakah ini,sudah tentu ada antara kita yang mencari cari kurma sebagi pemula semasa berbuka puasa. Namun anda semua mesti AWAS dengan kurma dari jenama "JORDAN RIVER"

Walaupun kurma ini didatangkan dengan kotak dan dicetak Jordan River,namun ia bukanlah dari Jordan tetapi dihasilkan dari Israel Laknatullah! Kurma ini telah diimport serta dikotakkan di Singapura dan diedarkan di pasaran Malaysia.

Kurma ini telah ditanam di suatu kawasan luas di bahagian timur Israel Laknatullah yang bersempadanan dengan Negara Palestin dan dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya serta ramai pekerjanya yang juga berbangsa yahudi.

Hasil jualan kurma kurma ini akan disalurkan kepada tabung pertubuhan pertubuhan yahudi. Pendedahan ini telah dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.


Terkini kurma ini juga dipasarkan dengan nama "KALAHARI" dengan tulisan Jordan River dicetak kecil pada kotak. Jangan kita turut sama menjadi pembunuh saudara saudara kita di Palestin sedangkan dalam masa yang sama kita melaungkan jihad dan kebencian kepada Israel Laknatullah!

SILA SEBAR SEBARKAN untuk MAKLUMAN RAMAI

-> Dapat info dari FaceBook "Sutera Biru"

Penyanyi Nasyid Terkenal Mahir Zain Wish Dalam Bahasa Melayu Sempena Bulan Ramadhan!!!

Wow!!! Tak sangka yea penyanyi nasyid terkenal Sweden 'Mahir Zain' memberi ucapan dalam Bahasa Melayu di Fun Page FaceBook 'http://www.facebook.com/MaherZain' untuk bulan Ramadhan. Kalau korang ada FaceBook wish la kat dia... :-D


P/S:- Apa pun thankz Google Translate kerana menghubungkan kami.. :-)

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Saya pun turut jugak nak buat ucapan cuma lambat skit coz semalam busy tapi alhamdullilah saya sempat juga bawa bersama ayah saya ke masjid untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih, dan insyaAllah ingin menganjak mak, ayah dan adik ke masjid (Huhuhuuu... Yang bawa keretanya adik. ;-P). Apa pun ucapan saya tak lah panjang sangat ucapan pun. Simple jee. ;-)

Apa pun...
Selamat Menyambut Bulan
Ramadhan Al-Mubarak.


Bulan Yang Penuh
Dengan Keberkatan...

Oh ya... Saya nak sajikan 3 benda best, just saja-saja jee... ;-)

Opsss!!! Maskot MU cuti laa plak. Jangan marah yea penyokong MU.

Lagu sangat best dari kumpulan CoTu - Lord Of Ramadhan


Isnin, 9 Ogos 2010

Pengumuman Puasa lawak (senario)


-> Kejap yea... Selamat Berpuasa. (^^,)

Jom... Layan lagu. Yusuf Islam & Ronan Keating - Father And Son

Masya'Allah... Ini sesuatu mengejutkan dan saya sangat tertarik diantara penyanyi terkenal Ronan Keating lagu paling hit 'When you say nothing at all' masa lalu berduet dengan penyanyi veteran yang sudah pun memeluk Islam (Yusuf Islam dulu Steven Cat). Ini pun semasa saya tengah saja-saja baca wall, komen, nota, video, dll member di FaceBook. Secara tak sengaja saya duk suka tengok video pasal nasyid terbaca komen Mohd Sallehuddin di member FB Fahmy Blitzer. Walaupun diorang dah lama upload video klip nie di Youtube sejak tahun lepas, apa pun kita layanzzz... :-D


Yusuf Islam & Ronan Keating - Father And Son

Father
It's not time to make a change
Just relax, take it easy
You're still young, that's your fault
There's so much you have to know
Find a girl, settle down
If you want you can marry
Look at me, I am old, but I'm happy

I was once like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again
It's always been the same, same old story
From the moment I could talk I was ordered to listen
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go

Father
I was once like you are now
and I know that it's not easy
To be calm when you've found something going on
But take your time, think a lot
Think of everything you've got
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not

Son
All the times that I cried
keeping all the things I knew inside
It's hard, but it's harder to ignore it
If they were right, I'd agree
but it's them THEY know not me
Now there's a way and I know that I have to go away
I know I have to go

P/S:- Entah2 Ronan Keating tertarik berkaitan Islam. Terus memeluk Islam. Apa pun kita doakan supaya ia dapat hidayah. InsyaAllah. Amin... :-)

Ahad, 8 Ogos 2010

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umatIslam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Copy Artikal Dan Picture Dari FaceBook :- Azhar Nmj

Tanyalah Ustaz - Mahram 'Complete' (Wajib Sesangat Tonton Dan Dengar)


Syukur Alhamdullilah... Dengan adanya kemudahan internet dapat jugalah saya mendengar balik program yang sangat bagus di TV9 Tanya Ustaz, berkaitan yang sangat kita perlu ambil berat dan wajib kita tonton dan dengar iaitu Mahram. Di kaca televisyen TV9 saya sempat melihat separuh jee.

Oklah... Tanpa bertaip panjang lebar saya kongsikan link URL dari isu 1 hingga 3:-

Tanya Ustaz - Mahram (Isu 01)

Tanya Ustaz - Mahram (Isu 02)

Tanya Ustaz - Mahram (Isu 03)

-> Saya cadangkan anda layari blog di http://ceramahislamonline.blogspot.com. Banyak video2 diorang ambil dari rancangan televisyen Malaysia berkaitan agama Islam yang kadang kita terlepas tonton... (^^,)

Selasa, 3 Ogos 2010

Disebalik Maksud Opening Theme Song Action Jepun Zaman Kanak2 80an atau 90an.

Ingat tak zaman kanak2 cerita-cerita yang kita layan macam Gaban, Suria Perkasa Hitam, Ultraman, dan Cyber Cop. Kita pun tak tahu maksud yang diorangnya nyanyi...

Apa pun kita layan jee lah 4 video nie. Sub-Title dari group MBB (Mari Berbaik Baik). Huahuahuaaa... X-D





-> Sub-title entah apo2 entah. HAHAHAAA!!! X-D

babab.net