Ahad, 31 Disember 2017

Kisah Ku Cabaran Dan Strategi Selesai Hutang


Sebenarnya rasa nak cerita lama kisah bagaimana saya dapat selesai hutang sedikit demi sedikit cuma ada part perlu ditapis kerana hal-hal peribadi tak sesuai diceritakan. Di akaun media sosial saya lihat diorang ingat hanya 2 selesai hutang pinjaman pelajaran sahaja sedangkan ada 3 lagi hutang saya dapat selesai sebelum tahun ini.

Sebelum nak cerita 5 hutang selesai saya sejak dari Kolej hingga lah berkerja sekarang dipupuk sikap benci hutang cuma akhirnya terpaksa ada 2 situasi hal-hal peribadi terpaksa dilonggar syarat untuk buat pinjaman. Antara pinjaman saya buat:-
  • EasyRHB Pinjaman Peribadi RM4k.
  • EasyRHB Pinjaman Peribadi RM3k.
  • Pinjaman Pelajaran MARA RM25k++.
  • Pinjaman Pelajaran PTPK RM5k++.
  • Fee Guaman Perumahan RM650.


Nampak macam sikit tapi jumlah dalam RM37K++ tapi ada 2 lagi pinjaman saya tak senaraikan sebab masih bayar hutang besar jumlah.

Stress 5 Hutang Yang Menyeksakan Dan Tak Aman.

First saya buat EasyRHB Pinjaman Peribadi RM4k untuk settle urusan perumahan deposit 10% dan juga tunggakkan hutang rumah sewa dalam 5 bulan tak silap, kenapa jadi tunggakan bulanan sewa rumah tu tak sesuai saya ceritakan kerana melibatkan peribadi.

Next situasi... Lepas dapat rumah baru sendiri lagi hampir 4 bulan terpaksa buat 1 EasyRHB Pinjaman Peribadi RM3k kerana hal peribadi nampak sedikit tapi menyakitkan sampai satu tahap nak hampir tunda kahwin tapi alhamdullilah ada sumber lain macam freelance, pelaburan, dan duit kecemasan tanpa buat pinjaman.


Selepas kahwin dan selesai 3 hutang terpaksa lah 2 pinjaman pelajaran kena on balik daaa ada satu tahap penjamin push gila-gila saya selesaikan dan cuba penjarakan! Pelik rasa nak tergelak cuma terpaksa serius. Apakah dayanya penjamin tu adalah 2 anggota Polis pangkat tinggi. Nak atau tidak terpaksa teruskan jer lah tiap-tiap bulan bayar siap kena pelbagai cacian dan makian.


Masih Tak Mampu Bayar Hutang Sebab Gaji....

Saya ni tak lah macam orang kaya pun dan jugak gaji bukan lah tinggi pun. Saya start kerja pada pertengahan tahun 2004 secara kontrak pun RM1000 gaji pokok tapi nak selesai macam mana hutang gaji macam tu sehingga tahun 2005 berhenti kerja. Tak ada bayar 2 pinjaman pelajaran ketika itu kerana keadaan tersempit.


Sejak tahun 2006 pun gaji starting sangat ciput pada harga RM600 permulaan still tak mampu bayar. Betul-betul start pun tak silap tahun 2007 itu pun tunggang langgang bayar atas kemampuan siap kena maki.

Strategi Selesai Hutang.

Alhamdullilah... Kebetulan pada tahun ini MARA ada menyambut ulang tahun jubli perak beri diskaun sangat murah giler pinjaman bagi yang bertuah. Sedar atau tidak saya jugak tersenarai diskaun pinjaman sangat murah sehingga bulan 3 tahun 2017 tak silap saya selesai hutang untuk pinjaman MARA.

Dalam bulan 11 tahun 2017 dapat selesai hutang pelajaran PTPK dengan strategi agak lain sikit iaitu bantuan KWSP bayar rumah selama 11 bulan (limit tak silap 13 bulan). Ini pun saya baru tahu dari kawan kongsi bagaimana menggunakan bantuan KWSP bagi yang dah ada rumah sendiri bukan rumah sewa yea.

Lagi 3 tu bayar hutang (2 personal loan dan fee guaman perumahan) saya settle sejak tahun 2015 kebetulan dapat habuan agak lumayan tak sesuai saya ceritkan dari mana dapat sumber halal. Kalu ikutkan dapat selesai hutang dalam pertengahan tahun 2016.


Tinggal 2 Hutang Berat.

Selain 5 hutang saya dapat selesaikan. Sekarang tinggal 2 lagi hutang agak berat iaitu rumah dan kereta jer lah. Buat masa ni insyaAllah saya target 1 hutang cuba sedaya upaya selesai tahun 2018 sebab saya ada pergi kursus dan juga kawan-kawan kongsi tips tentang pelaburan membuatkan saya beranikan diri melaburkan yang High Risk (bukan skim cepat papa yea) dan juga kerja-kerja sambilan termasuk perniagaan.


Bestnyer Selesai Hutang Dapat Tenangkan Hati Dengan Aman.

Sejak selesai hutang walaupun tinggal lagi 2 tapi rasa tenang dan aman sikit. Saya dapat saving banyak-banyak duit dan dapat belanja keluarga, anak, dan kawan memerlukan bantuan. Nasihat saya nak bergaya atau berhipster tu ketepikan sementara tak best kalu masih buat pinjaman. Kena cuba sedaya upaya pegang prinsip diri 'AKU BENCI HUTANG' sebab tak tenang beb sampai susah tidur, dan jugak boleh menyusahkan orang lain. InsyaAllah azam tahun 2018 sejak saya belajar kesilapan, berniaga dan baru celik ilmu pelaburan akan datang bila anak saya besar tak nak buat pinjaman sedaya upaya selain dapat biasiswa. Boleh jer kita hidup bersederhana tak perlu kejar sangat gaya hidup mewah. Orang dulu-dulu pakaian pun nampak kerja petani atau buruh kasar tetapi mempunyai aset harta dan hartanah banyak.

Isnin, 4 Disember 2017

Artwork Animasi Ku Kena Banned Babak Pertarungan Di Program TV!!!


Menonton video ini perlu sign-in akaun Youtube kerana kategori Age-restricted

Ada beberapa artwork animasi lama saya kena banned cuma yang ini saya ingat dari siri animasi Puteri Hang Li Po untuk stesen TV di RTM. Babak pertarungan dari durasi minit 0:26 hingga 0:38 sekali disiarkan dalam stesen televisyen di RTM, tanpa tapisan beb!

Bila tayangan ulangan dipotongkan babak pertarungan ini. Mungkin staff RTM yang bahagian penapisan menganggap babak ini tidak sesuai dipertontonkan kerana ada unsur ganas dan kejam.

Dari segi jalan cerita ia berkisahkan sejarah kehidupan sri kandi Puteri Hang Li Poh berhadapan dengan rakyat di negeri Melaka dan juga kerjasama menghadapi musuh . Klasifikasi animasi ini bagi saya sesuai tontonan 13 tahun maybe untuk kanak-kanak bawah pengawasan ibubapa.

babab.net