Isnin, 28 Februari 2011

Rabu, 23 Februari 2011

Isu berkaitan artikel "JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM'"


Ramai yang keliru dan mempertikaikan sejak orang berkongsi artikel (termasuk sayalah) berkaitan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM' dari sumber yang kita tidak ketahui kesahihannya. Ini antara artikel saya dapat dari Mohd Fadli Yusof.

-------------------------------------------------------------------------

Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)


Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?


Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.


Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".


Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ


Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)


Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.


Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬


Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)


Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:


وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا


Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)


إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ


Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)


سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)


سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ


"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)


Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.


Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,


الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..


Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,


إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al Ahzaab 33:56)


“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]


Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?


p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.


Silakan Tag @ Share


-------------------------------------------------------------------------


Jadi boleh digunakan perkataan "Salam". Saya meminta maaf atas apa yang saya kongsikan beberapa hari lepas berkaitan artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM'. Apa pun sebelum saya nak kongsi artikel dari orang punya perlu periksa dahulu, dan jika saya terlepas pandang berkongsi info yang ada mengelirukan saya terima teguran dan kritikan membina dari anda semua.

Isnin, 21 Februari 2011

Biar Betul Ayam Ku Sudah Berusia 13 Tahun!!!

PERGH!!! Biar betul sekarang ayam saya sudah pun mencecah 13 tahun, sejak saya beli tingkatan 4 (tahun 1998) lagi. Belum masuk lagi dalam Malaysia Book Of Record atau Guinness World Of Record. Tak pernah bertelur (Hehee... Ayam Jantan laa tue). Bulu dan kakinya ada sedikit masalah. So ini antara gambar yang saya ambil....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ekor ayam yang masih elok sedikit walaupun sudah berusia 13.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah ayam saya yang sudah pun mencecah 13 tahun. Hehee... Gurau jee lah. ;-P
Ayam nie saya letak kat office jee coz kalu letak dirumah flat sewa tak ada tempat.

Nak tahu ayam sebenar paling tertua di dunia layari blog dari Indonesia:-

-> Elok lagi ayam saya nie cuma bahagian mulut tue ada sensitif skit. Boleh tercabut... ;-P

Sabtu, 19 Februari 2011

Buku Yasin Dari Pakistan Lebih Besar.

Kisahnya hamba Allah dari Pakistan lalu depan rumah menjual senaskah buku Yasin kepada ayah saya dengan harga RM5:00 sahaja. Memang besar...

Buku Yasin dari Pakistan lebih besar dari Malaysia...
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau Sini.

Muka surat pertama. Jika dibaca ada kelainan.
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau Sini.

Muka surat yang terakhir
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau Sini.

Buku Yasin bahagian belakang
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau Sini.

Kali pertamalah saya dapat lihat buku Yasin yang besar sebegini. Memang sesuai kepada orang tua atau muda yang ada masalah pelihatan untuk membaca Yasin seperti buku ini.

Khamis, 17 Februari 2011

Product Made In ???

Mula-mula beli gelas ini ingat buatan Malaysia kerana ayat ditulis 'Malaysiaku Tercinta', tapi bila lihat dibahagian tapak gelas ini ada stiker tulis 'Made In China'...

Cantik, murah dan ayat pun menarik gelas ini...

Tapi dibahagian tapak tertulis ???!!!???!!!

Apa pandangan anda?

Rabu, 16 Februari 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya...

Kredit :- Dari Rakan FaceBook Dan blog Kaymama...

-> Alamak!!! Lepas nie kena taip betul2 kat sms...

PERHATIAN

Ramai yang keliru dan mempertikaikan sejak orang berkongsi artikel (termasuk sayalah) berkaitan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM' dari sumber yang kita tidak ketahui kesahihannya. Ini adalah jawapan dari rakan FaceBook yang baru saya buat post di blog personal saya, layari http://gengblogger.com/v/371984.

Selasa, 8 Februari 2011

Transformers 3 Dark Of The Moon #Trailer 2

PERGH!!! Tak sabar saya nak tengok filem Transformers 3 Dark Of The Moon. Trailer pertama sudah pun keluar, sekarang trailer kedua dah keluar. Memang gempak woo... Apa kata korang tonton trailer nie... :-D


-> Belum tayang lagi... 01/07/2011 akan ditayangkan bukan bulan lepas. Huhuhuuu... Pandai Micheal Bay nak keliru peminat dan penonton. ;-P

Ahad, 6 Februari 2011

Video Klip Maher Zain InsyaAllah Versi Melayu Kena Tapis???


Beberapa minggu lalu lagu InsyaAllah versi melayu yang dinyanyikan sebenar dari artis nasyid modern terkenal masa kini Maher Zain sudah pun ada. Kali ini video klip Maher Zain InsyaAllah versi melayu saya baru upload 2 hari lepas mempunyai kualiti video terbaik 1080p HD 'High Definition' dan tiada logo Awakening Record. Nampak original tue tapi............. Kena tapis dan dapat separuh lagu bukan full. Kenapa ek???

Untuk mengetahui kenapa babak 'scene' video klip Maher Zain kena tapis dan hanya dapat separuh lagu apa kata anda tonton video ini...


-> Sebenarnya... Video yang saya edit dan tambah untuk belajar jee. Nak betul-betul tunggu album dan video klip terbaru Maher Zain... (^^,)

SEKADAR PROMOSI...

Oh ya!!! Maher Zain, Mesut Kurtis, dan Irfan Makki datang Malaysia untuk mengadakan konsert. Dan juga artis Nasyid tempatan InTeam turut menjayakannya. Beli tiket cepat2 secara online di http://www.tickethotline.com.my/events/maher-zain-live-in-concert/ dan juga kedai-kedai:-

Rock Corner@1 Utama
Rock Corner@The Curve
Rock Corner@Suria KLCC
Rock Corner@The Garden
Rock Corner@Ampang Point
Rock Corner@Subang Parade

Tarikh Konsert:- 25 & 26 Februari 2011.
Tempat:- Stadium Melawati Shah Alam
Masa:- 8:30malam
Tiket:- RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53

Khamis, 3 Februari 2011

Buih Sabun Mandi Bentuk Menyeramkan Atau Gembira??? [Kebetulan]

Di waktu pagi kelmarin selepas saya mandi nak ambil deodorant ternampak buih sabun berbentuk yang menyeramkan atau emotikon :-D ??? Terkejuk juga saya tengok buih bentuk macam tue. Lihat gambar dibawah ini...

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau Sini.

Anda nampak buih sabun itu menyeramkan atau emotikon :-D ???

-> Lama tak berblogging sebab komitmen dengan kerja di office. Apa pun alhamdullilah dapat settle. (^^,)

babab.net