Selasa, 25 Januari 2011

Kucing Benci Justin Bieber!!!


Justin Bieber dalam beberapa bulan baru jadi popular tapi ada juga yang membenci. Bukan setakat orang yang membenci tapi kucing pun turut sama. Huhuhuuu... Masuk media TV tue. Nak tahu tonton video dibawah ini...

Kucing nie masuk Media TV tue... X-D

Nie antara bukti sebenar kenapa kucing nie benci Justin Bieber sebelum masuk media TV...

Apa pun sabar jee lah Justin Bieber itu hak orang dan haiwan sama ada minat atau tidak...

P/S:- Di katakan kucing nie betina. Hohohooo... Kucing sekarang educated. (^^,)

-> Kalau jadi ada masa mau cuba test kat kucing saya benci ke tidak artis nie. Saya cuba search di YouTube banyak kucing dan anjing membenci artis nie... ;-P

Ahad, 23 Januari 2011

Isu Lagu Terbaru Black Eyed Peas 'Someday' ada sebut "InshaAllah". Sebenarnya "In Shallow".

Ini pun saya perasan beberapa hari yang lepas sejak saja2 layari fan page Oh!Media ada isu berkaitan lagu terbaru Black Eyed Peas bertajuk 'Someday' ada menyebut "InshaAllah". Cuba dengar lagu betul-betul pada minit ke 1:28 yang dinyanyikan oleh Will.i.Am.


Selepas anda mendengar pada minit ke 1:28 adakah Will.i.Am sebut "InshaAllah" atau "In Shallow"??? Jika anda search internet berkaitan lirik lagu ini sama ada Google, Yahoo, Bing, dan lain-lain kebanyakan laman atau blog lirik tulis "InshaAllah", ada juga buat tanda ?*?, dan sedikit tulis "In Shallow".

Untuk mendapat kepastian saya cuba layari laman Black Eyed Peas memang tidak ada menyediakan lirik lagu tapi di forum ada cuma anda kena sign-up di http://www.blackeyedpeas.com/community/forum. Jika tidak mahu sign-up saya ada printscreen berkaitan topik 'Someday (The Beginning)'.

Image Hosted by ImageShack.us
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau layari http://img341.imageshack.us/i/isudanbuktibepsebutdanl.jpg/ dan klik butang berbentuk kanta tambah 'Click To Zoom'.

Jadi lirik betul di perenggan dua ialah:-

I'm bout to get it, bout to get, get, get it
Can't do it little cause i'm big, big Willy
I'm bout to do it just like Bill Gates did it
Cause i was born, i was born to kill it
Get in my dollars, get, get in my dollars
I need it bigger i'm too big for smaller
I keep on working like a blue collar
Im bout to get it, baby, in shallow
<-- Bukan "InshaAllah" sebenarnya "In Shallow"

Kalau nak tahu lagi sangat kena beli album terbaru dia dan tengok lirik lagu 'Someday (Beginning)'. Adakah "InshaAllah" atau "In Shallow"? Pendapat saya kalau lah Si Will.i.Am bagi kenyataan di mana-mana media mengaku sebut "InshaAllah" tanpa meminta maaf memang tak sesuai lah, tentu menimbul kemarahan dari orang Islam.

P/S:- Nie mesti tertarik dengan artis Islamik yang paling top ialah Maher Zain lagunya 'InshaAllah'. Apa pun tahniah Maher Zain kerana video klip 'InshaAllah' telah mencecah view sebanyak 7 juta lebih...

-> Saya ada bagi komen di fan page Oh!Media atau blog orang (dah tak ingat blog yang saya bagi komen...) "So 100% tak boleh harap sangat search di Google.com sebab ramai pereka web-site dan blogger (maaf saya cakap macam tue kat blogger) nak cari duit, maklumlah pandai guna keyword dan enjin SEO sampai keliru enjin search. Nak lebih secara mendalam better pergi web-site official artis punya harap dapat paling tepat maklumat..." sebenarnya maksud saya ajukan kepada pereka web-site dan blogger yang selalu sediakan lirik tanpa unsur periksa dan tidak memikirkan sensitif.

--> Maksud InshaAllah dalam bahasa melayu 'dengan izin Allah', Inggeris 'God Willing'...

Sabtu, 22 Januari 2011

2 Tahun Baru Dapat Duit Dari Nuffnang... ;-P

Baru saja saya tebus duit dari nuffnang. Maklumlah saya bukan tahu sangat cara-cara nak tarik pengunjung sejak tahun 2009 hingga pertengahan 2010, yang tahu masa tue pun buat duit dengan blog jee... ;-P

Sejak ada laman ping blog seperti Geng Blogger lah banyak saya baca blog dari orang-orang yang berpengalaman berbanding saya search sendiri ke laman forum dan ke blog orang yang belum tentu ia berpengalaman dan kadang2 ada juga menipu.

Tengok gambar tentu orang kata sikit bagi saya banyak dah tue.

Apa pun terima kasih kepada nuffnang dan juga kawan2 Geng Blogger... :-D

P/S :- Banyak lagi saya kena belajar pasal blog, tarik trafik, dan promosi... (^^,)
P/S/S :- Lepas nie tunggu cek sampai jee lah. Dalam bulan depan dapat lah...

Jumaat, 21 Januari 2011

Stick Animation bercirikan Islamik Dari ProductiveMuslim.com

Kita selalu tonton stick animation 'kartun orang lidi' di internet melibatkan genre jenis pertarungan, keganasan, drama cinta, lucu, dan lain-lain.

Ok lah... Ini antara stick animation yang paling bagus dan terbaik sesuai anda berkongsi link URL video untuk kawan-kawan di laman sosial. Nak tahu stick animation bercirikan Islamik ialah dari ProductiveMuslim.com. Buat masa ini hanya ada 2 video stick animation yang dihasilkan. Apa pun layanzzz 2 video ini. :-D



P/S:- Anda mahu tips-tips nak jadi seorang muslim yang productif layarilah http://www.productivemuslim.com atau di channel Youtube http://www.youtube.com/user/productivemuslim.

-> Perisian yang menghasilkan stick animation tak salah saya Pivot Stick Figure Animator. Ia memang perisian percuma, anda boleh download. :-D

Rabu, 19 Januari 2011

Animasi Islamik "Syurga Di Telapak Kaki Ibu" Part 01 dan Part 02

Ini antara animasi yang patut anda tonton. Sesuai semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga tua. Hayatilah kisah pemuda yang menderhaka pada ibunya, semoga kita mengambil iktibar...





Isnin, 17 Januari 2011

Kenapa Hati Tidak BAHAGIA

1. PEMARAH
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. PENDENDAM
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHILl
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. CINTA DUNIA
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

KESIMPULAN:-
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara total disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH. Semakin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

"Wallahualam"


Sumber Dari Fan Page FaceBook:-

Ahad, 16 Januari 2011

3D Anime Siri 'Cat Shit One' Memang Propaganda.

Mula-mula saya tertarik dengan 3D anime siri nie, memang cantik watak haiwan, dan material diorang hasilkan. Namun apa saya tonton 3D anime siri sampai habis membuatkan saya betul-betul tidak berpuas hati. Nampak sangat watak utama 2 ekor arnab terer cuba menyelamat tebusan dan membunuh kesemua unta 'unta dianggap terroris Islam' di kawasan tue. Memang propaganda.


Sinopsis:-
This bold account follows the brave exploits of Sergeant "Packy" Perkins and his unit... of rabbits! Join Packy and Private "Bota" Botasky as they resolve an Iranian hostage crisis. Watch these commando-style bunnies through an anthropomorphic lens as events unfold and violence erupts.



Tonton 2 Part Video 3D Anime Siri 'Cat Shit One'.

Ini ada saya search di Google terjumpa satu laman sesawang http://www.neccel.com berkongsi 2 part video 3D Anime Siri 'Cat Shit One', layari http://goo.gl/ubUz4.

-> Kebanyakan anime siri atau movie ada terselit illuminatik, propaganda, lucah, dan lain-lain perkara negatif. Diharap awasi anak-anak anda menonton anime sebab ia ada unsur-unsur negatif contohnya Anime Gundam di NTV7 'ditayang waktu pagi hari Sabtu dan Ahad (Tak salah saya) sebenarnya memang ada terselit propaganda.

Sabtu, 15 Januari 2011

10 Carta Anti-Semitisme (Anti Yahudi)

Tak sangka Dr,Mahatir dan 3 laman sosial terkenal didunia 'Yahoo, FaceBook, dan Twitter' disenaraikan dalam 10 carta Anti-Semitisme. Lihat gambar dibawah ini:-

_.:(01):._


_.:(02):._


Untuk melihat lebih jelas klik pada gambar atau klik antara Imej 01 dan Imej 02.

Sumber dari:-
Anda boleh memuat turun fail berformat PDF, klik sini.

-> Adakah ia sekadar Teori Conspiracy atau benar???

Jumaat, 14 Januari 2011

Iklan Terbaru Produk Makanan Kit Kat Versi Bollywood.

Nampaknya India dah mula naik dalam dunia industri animasi dan VFX 'Visual Effect' tak kira lah sama ada filem, iklan, dan lain2. So apa pun layan satu iklan video produk makanan Kit Kat paling menarik yang baru saya jumpa 2 hari lepas... :-D

Khamis, 13 Januari 2011

Punca Pesawat Air Asia Terbabas Di Kuching.

Adakah punca Pesawat Air Asia terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebab ini???!!!

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau Sini.

-> Lama tak buat edit gambar lawakz2 cam nie. Huhuhuuu... Sekadar suka2 dan praktis buat grafik... Apa pun layanzzz. (^^,)

Isnin, 10 Januari 2011

15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
  1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
  2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. zakat dijadikan hutang
  4. suami memperturutkan kehendak isteri
  5. anak derhaka terhadap ibunya,
  6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
  7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
  10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. para artis-artis disanjung-sanjung
  14. muzik banyak dimainkan
  15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Copy Dan Paste dari:-

Ahad, 9 Januari 2011

Punk Dan Yahudi

Dari hilangkan boring saya saja-saja tengok New Feed di FaceBook terbaca pautan dari NGO - Melayu Islam Bersatu ada berkongsi satu blog ibnu yaacob berkaitan 'Blog Konspirasi Malaysia'. Jadi saya saja2 baca terjumpa satu tajuk yang patut dikongsi untuk pembaca semua iaitu 'Punk dan Yahudi'. Apa pun anda boleh layari ke link http://ibnuyaacob.com/?p=1156 tak pun baca di blog saya 'nampak sangat copy paste post dari blog orang tapi dah admin galakkan sebar artikal... ;-P' kalau malas nak klik lah.


ramones

Pengasas muzik PUNK adalah Yahudi, itulah hakikatnya. Muzik yang digilai ramai sejak 1990-an di Malaysia ini sebenarnya sudah lama bertapak di bumi Amerika cumanya pengaruh PUNK lambat sampai kerana himpitan dengan genre-genre muzik lain seperti heavy metal, rock dan ballard.

Zaman kegemilangan PUNK

Muzik PUNK adalah sejenis muzik bersahaja yang unik tetapi ada simfoninya ditambah dengan bunyi-bunyian yang agak bercelaru. Muzik ini menggunakan alat-alat muzik yang sama dengan genre muzik lain tetapi perbezaannya hanyalah pada pakaian si pemuzik.

PUNK mula diperkenalkan sejak 1976 di Amerika, Britain dan Australia. Ketika itu kebanyakan pemuzik jenis punk melakukan sendiri pembikinan album mereka bermula dari penciptaan lagu, rakaman, hinggalah kepada percetakan album.

Antara kumpulan yang dikatakan pengasas PUNK ialah Ramones. Kumpulan yang berasal dari Amerika ini diasaskan oleh pemain drumnya iaitu Tommy Ramones. Kejayaan kumpulan Ramones pada eranya lebih menonjol walaupun ketika itu diasak oleh kepopularan band-band lain seperti Sex Pistol dan The Clash.

(Gambar) Tommy Ramones (kanak sekali) dan ahli-ahli kumpulannya.

Keyahudian PUNK

PUNK dikatakan berasal dari Yahudi kerana pengasas band The Ramones iaitu Tommy Ramones adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Budapest, Hungary. Tommy bukan sahaja seorang Yahudi tetapi kini aktif dalam aktiviti-aktiviti komuniti Yahudi seperti YIVO Institute for Jewish Research di Manhattan.

Selain Tommy Ramones, antara pelopor PUNK era 1970-an yang lain ialah Lenny Kaye yang dahulunya gitaris kepada kumpulan Patti Smith Group.

Kini lagenda-lagenda PUNK era 1970-an bukan lagi bermuzik seperti lagenda-lagenda pemuzik di Malaysia, mereka bersatu di bawah YIVO Institute dan berbincang tentang hal ehwal politik dan halatuju muzik PUNK mereka.

Menurut akhbar Israel, Haaretz pada 21 Julai 2009, satu forum yang dianjurkan oleh YIVO telah membincangkan akan isu-isu berkaitan PUNK. Antara perbincangan yang hangat ialah berapa banyak pengaruh budaya Yahudi di dalam muzik PUNK.

Forum itu dipengerusikan sendiri oleh Lenny Kaye manakala ahli-ahli panelnya ialah bekas-bekas pemuzik PUNK era 1970-an seperti Tommy Ramones, Chris Stein dan Manitoba.

Selain persoalan masa depan Punk, forum itu juga membincangkan berkenaan artikel Steeven Lee Beeber yang bertajuk “The Heebie-Jeebies at CBGB’s: A Secret History of Jewish Punk”.

(Gambar) dipetik dari Harian Metro berkaitan Punk Tulen dan Punk Tiruan.

oleh:- Arman

Sumber:- ibnu yaacob

Link:- http://ibnuyaacob.com/?p=1156

Sabtu, 8 Januari 2011

PERGH!!! Besar nombor Plate Motor...

PERGH!!! Biar betul besar nombor plate motor nie. Siap tulis 1 Malaysia tue. Orang tua nie memang berani punya lah... (@_@)

Untuk besarkan klik pada gambar atau sini.

Kena saman JPJ atau Polis ke taruk nombor plate besar macam nie???

Kredit Foto:-
Asalnya rakaman video menggunakan kamera handphone dari sahabat tempat saya kerja. Jadi saya printscreen video, censored nombor plate, dan nama pengirim terpaksa dirahsiakan... ;-)

-> Saya ada hantar gambar melalui e-mail yang blog paling terkenal Oh!Tidak. Harap dapat tayang gambar nie... (^_')

Jumaat, 7 Januari 2011

Khamis, 6 Januari 2011

Video Klip Kartun Flash Lama '10 Budak Hitam'.


Jumpa juga lah fail berformat .*swf yang saya simpan dulu2 sejak tahun 2003. Ok lah... Asal video klip 10 Budak Hitam dihasilkan dengan hanya menggunakan perisian Macromedia Flash (Sekarang Adobe Flash). Apa pun layanzzz video klip flash kartun yang baru saya convert format flash (.*swf) ke video... (^_^)


10 Budak Hitam (Lirik)

10 Budak hitam...
Main tepi jalan...
1 kena langgar...
Dah tinggal 9...

9 Budak Hitam...
Main dalam sampan...
Satu jatuh sungai...
Dah tinggal lah 8...

8 Budak Hitam...
Makan gelojoh-gelojoh...
Satu dah tercekik...
Dah tinggal lah 7...

7 Budak Hitam...
Main tanam-tanam...
Satu tertanam terus...
Dah tinggal lah 6...

6 Budak hitam...
Kejar rama-rama...
Satu langgar pokok...
Dah tinggal lah 5...

5 Budak hitam...
Main lompat-lompat...
Satu jatuh gaung...
Dah tinggal lah 4...

4 Budak hitam...
Main tepi telaga...
Satu mati lemas...
Dah tinggal lah 3...

3 Budak hitam...
Main dalam gua...
Satu nak bertapa...
Dah tinggal lah 2...

2 Budak hitam...
Main tepi batu...
Satu kena hempap...
Alahai...
Dah tinggal 1...

1 Budak hitam...
Tinggal Sorang-sorang...
Kesian...
Gila Akhirnya...


-> Ingat nak upload di YouTube. Fikir balik pasal hak cipta elok upload di blog personal saya sebab tak tahu siapa yang hasilkan kartun flash. So sesiapa yang tahu atau pemilik bagi tahu melalui komen blog saya yea, nanti saya akan edit untuk tambahan kredit dan upload balik video. (^_')

Selasa, 4 Januari 2011

3 Video Iklan Lawak Sengal X Product... X-D

X Product

HAHAHAAA!!! 3 video Iklan entah apo-apo pasal X Product. Apa pun korang layan 3 video lawak sengal nie:-




P/S:- X Product tak ada di pasaran. YumiColors saja2 buat iklan X Product untuk tatapan penonton di YouTube. (^^,)

Anda boleh layari di:-

Isnin, 3 Januari 2011

5 Cara Dandanan Dan Menghias Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :

“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”

Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.

Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.

1. Mengunakan rambut palsu

2. Orang yang meminta kepada orang lain supayarambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara).Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.

3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.

4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.

5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.

Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam sama ada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara-cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.

Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbaik untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.

*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*

Info Dari Fan Page Facebook:- Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga.

Ahad, 2 Januari 2011

Video Selamat Tahun Baru 2011 Dan Post Menarik Tahun 2010

Target saya nak buat post dan video ucapan tahun baru 2011 semalam tak sempat kerana hal2 saya kena settlakan dahulu, cuma yang sempat hanya tukar domain http://azwan2011.blogspot.com. Walau apa pun saya buat post dan video jugalah walaupun dah masuk 2/1/2011. Ok nie antara post tahun 2010 paling menarik di blog saya berdasarkan pembaca dari GengBlogger. Yang ada nombor tue orang yang visit link saya:-




















Satu lagi berdasarkan pengunjung blog saya secara tidak sengaja, member follow blog atau sebelum dan selepas masuk GengBlogger:-











Untuk tahun ini InsyaAllah mungkin buat vlog tapi lain dari yang lain, juga jika ada masa terluang nak hasilkan animasi dalam bentuk 3D berdasarkan kisah saya dan lain2 genre. (^_')

Oh ya... Saya baru siap semalam edit video untuk tahun baru 2011. Apa pun saksikan video dibawah khas untuk anda semua. (^^,)


-> Theme blog saya akan designkan cuma makan masa lah skit. (^_')

babab.net