Sabtu, 30 Mei 2009

Tragedi Bangunan Runtuh Di Petaling Jaya (Tempat Saya Membeli-belah...)

Dekat seminggu saya tak buat entry kat blog kerana kesibukan kerja-kerja kat office, dan juga hal-hal berkaitan dengan peribadi (Bukan peribadi pasal awekz. Hehehee... Saya pun masih belum ada lagi, ada tue pun kawan jee...;-p ).

Oklah... Saya amat terkejut juga satu kejadian bangunan runtuh berlaku di sekyen 14 Petaling Jaya bersebelahan dengan Digital Mall. Secara kebetulan sebelum saya nak masuk Digital Mall coz tengah cari kamera video. Saya sempat juga ambil gambo dengan menggunakan telefon mudah alih "Hand Phone", itu pun saya terpaksa ambil dari jauh kerana tidak mahu mengganggu kerja-kerja anggota Pertahanan Awam, Polis, Bomba, dan Ambulan tengah sibuk.

Jika anda ingin melihat gambo besar, anda klik sahaja gambo tue...

Untuk pengetahuan anda semua, bangunan itu sudah mencecah 30 tahun lebih. Tempat itu pada asalnya memang sebuah Super Market, kat bahagian bangunan runtuh tue tempat parking kereta jee, bahagian bawah "kaki lima" hanya kedai makan.

Masa dulu tempat tue lah saya selalu pergi untuk mencari atau membeli buku, barangan, dan juga bahan makanan. Selain itu ada juga makan kat kedai situ... Sekarang bangunan tue sudah runtuh sehingga berlaku kejadian tak diingini. Jika anda mahu perkembangan kejadian itu cuba-cuba lah search berita online kat berita harian, utusan, harakah, new straitt ime, metro, dan lain-lain.


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Rabu, 20 Mei 2009

Joel Armstrong 'Duck Man' Selamatkan Itik

Nie pun saya tengok kat TV3 semasa ending Buletin Utama. Menarik jugak... Sampai orang panggil Joel Armstrong 'Pekerja Bank' sebagai Duck Man. Kalau anda tak sempat menonton tue apakata anda layan video youtube nie...




Anda boleh mendapatkan sumber info ini di laman web http://www.dailymail.co.uk.



ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Ahad, 17 Mei 2009

Hafiz juara AF musim ke-7...!!!

Kalau nak ikutkan saya memang tak berapa layan sangat Akademi Fantasia kerana tak suka ambil perkembangan aktiviti-aktiviti diorang. Itu pun saya tengok hanya final jee kerana saya nak tahu siapakah pemenang untuk AF musim ke-7.

Secara kebetulan saya tengok kat TV betul-betul Hafiz nyanyi lagu tue. Apa yang saya tengok cara Hafiz nyanyi memang bersemangat. Saya suka tengok cara Hafiz nyanyi...

Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Hafiz telah berjaya menjadi juara AF musim ke-7... ;-)

Oh ya... Saya baru jumpa youtube nie. Saksikan detik-detik cemas semasa pengumuman juara AF 7... ;-)


Khamis, 14 Mei 2009

AVG 8 atau 8.5... Lebih baik pakai AntiVirus Lain.

Tentu anda pernah memakai program AntiVirus dari AVG. Ok... Kali ini entry saya nie berkaitan dengan AVG yang betul-betul membuatkan saya sakit hati. Memang hampir terbantut hasil kerja saya kat office. Tapi nasib baik office tempat saya kerja tue ada menyediakan Hard Box (External Hard Disk) mempunyai kapasiti 3 Terra Byte dan juga PC. Kira dapat diselamatkan fail/data kerja saya, dan juga dapat jalankan kerja walaupun ada curtain data kena support.

Sebab-sebab mengapa AVG membawa masalah ialah sejak saya mula update AVG version 8 dalam pertengahan bulan lepas (April). Sebelum nie memang tidak pernah berlaku saya update AVG. Sekarang, AVG sanggup memremovekan fail-fail format seperti .exe, jpeg, bmp, dan scr. Memang bagus AVG remove format tue untuk virus, spyware dan malware, tapi yang membuatkan saya naik hairan dan sakit hati ialah ia meremovekan program fail Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, 3D Studio Max, Maya Autodesk, dan Microsoft Office. dan juga sistem window pun dia ada remove. Saya terpaksa format balik PC, tapi bila install balik software lagi bertambah masalah.

Jadi kepada anda dah pakai AVG yang ingin update. Better jangan update lagi. Dan kalau anda masih baru lagi nak teringin sangat install AVG lebih baik pakai software AntiVirus lain. Ini antara saya syorkan perisian anti virus yang sesuai untuk anda:-

Anti-Virus: Shareware:-

ESET/NOD32 Anti Virus Recommended --> Saya dah pakai sekarang

Anti-Virus: Freeware:-

AntiVir Recommended

Kalau anda masih lagi pakai AVG, pakai lah... Tapi sekiranya dia ada tunjuk Infection seperti photoshop.exe, WINWORD.exe, POWERPNT.exe, FRONTPG.exe, EXCEL.exe, 3dsmax.exe, dan lain-lain program (Ada lagi selain saya tunjuk program yang AVG nak remove, cuma saya susah nak listkan kerana terlalu banyak AVG cuba nak remove fail program). Jangan anda tekan butang remove all tak salah saya. Jika menggangu lagi kerana infection tue elok uninstall...

P/S:- AVG pun remove fail screen saver Upin dan Ipin... Jangan terkejuk...:-p

P/SS:- PC kat tempat saya kerja tue jangkit sampai 4 buah PC kerana masalah AVG...


Sabtu, 9 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Entry nie untuk sempena Hari Ibu, cuma saya pelik tarikh sebenar untuk Hari Ibu, ada yang katakan 15 hari bulan, ada juga 10 hari bulan, kalau kat web-site wikipedia tulis 2 Mei kat jadual disitu. Yang saya tahu 10/05/2009 memang sambut Hari Ibu pun... Tapi bagi saya... Hari Ibu tak semestinya sambut hanya 10/05/2009, tiap-tiap hari kita kenalah ingat selagi ibu masih ada...;-)

Ada satu petikan teks dari masjid negara daripada pandangan Dr. Abdul Fattah ‘Asyur yang antara lain di dalam responnya “Perayaan Hari Ibu tidak boleh dikatakan salah satu hari raya bagi umat Islam. Namun demikian, ia tetap dikira sebagai satu peluang yang perlu diambil untuk menzahirkan kemuliaan kepada ibu, di dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan anak ini pada hari-hari yang lain. Dan sekiranya dipilih satu hari untuk anak-anak masing-masing memuliakan ibu mereka dengan cara tersendiri, maka itu tidaklah dicegah oleh hukum syarak. Bahkan kita mengadakan sambutan ini sebagai memenuhi perintah Allah s.w.t.”

Jadi... tak salah kan kita sambut hari ibu. Marilah sama-sama memberikan ucapan atau hadiah kepada ibu kita sama ada menghantar SMS, kad ucapan online/offline, atau pun Kek... :-)

Oh ya... Ini ada satu doa anda patut amalkan khas untuk ibu bapa:-


Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapa ku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
Doanya tidak lah panjang sangat, anda mampu menghafalnya. Gunakan doa ini selepas solat, dan saya teringat tips daripada pakar motivasi terkenal Dr Fadzilah Kamsah. Dia pun ada memberikan tips-tips yang bernas pasal penggunaan doa ini, tak semestinya doa ini hanya selepas solat, untuk sebelum nak keluar rumah, sebelum nak buat kerja, amalkan semasa kita bersantai, dan sebelum tidur pun boleh guna doa ini.

Beramal doa ini merupakan satu tanda anak yang soleh dan solehah. Jadilah hamba Allah yang sentiasa mengigantinya dengan tidak mensyirikkannya dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.

P/S:- Saya baru tukar entry sikit...
P/SS:- Saya ucapkan Selamat Hari Ibu khas untuk Mak saya....:-D

Selasa, 5 Mei 2009

Masak Telur Dengan CPU...!!!

Nie pun saya dapat dari web forumer Malaysia ejoe.net sejak tahun 2006 yang lalu. Pelik tapi saya belum cuba, cuma saya dapat rasa tahap kepanasan CPU apabila dionkan... :-p
Kalau anda sahut cabaran benda-benda pelik dan berisiko macam nie, dipersilakan... tapi segala risiko itu adalah tanggungang anda. Saya sekadar copy and paste informasi kat blog saya jee...
--------------------------------------------------
Jom Goreng Telur
Disebabkan minyak dan gas dh mahal, so tak payah guna dua benda tu.gunakan pc masing2.disamping membalas mesej di ejoe.net. telur pn dh masak.Caranya mudah je....


1.Buang cooling fan & Heatsink CPU, ganti ngan syiling

2. Buat bekas dari aluninium foil, pastu pecahkan telur dlm bekas foil tuh

3. turn on komp & tunggu telur masak

4. Apa lagi?? Makan la! Nyum...Nyum...

Artikel ini daripada layar_sambar di forumer ejoe.net...

Sabtu, 2 Mei 2009

Nasib baik... Dapat Settle bX-r1ezpk...

Pergh... Nasib baik... Itu yang saya boleh sebut pasal benda nie... Masalah yang saya alami nie adalah berkaitan dengan bX-r1ezpk. Perkara nie memang membuatkan saya panik. Tapi Alhamdullilah... Segala masalah dapat diatasi...

Tentu anda nak tahu kenapa saya mengalami perkara ini... Ok... masalah yang saya alami nie adalah perubahan domain yang saya baru pakai iaitu via.my... Apabila domain saya berubah blogspot ke via.my. Itu yang menyebabkan blogger.com menghantar mesej berkaitan masalah teknikal bX-r1ezpk.

Cara mengatasi masalah bX-r1ezpk ini sebenarnya banyak. Cara saya ialah terpaksa hantar mesej melalui blogger-help. Nak hantar mesej kenalah berbahasa inggeris... Saya tak pandai pun main copy paste dari minah Mat Salleh jee, pastue hantar jee kat address blogger-help. Dalam selang beberapa minit atau jam akan pulih balik blog... Tapi kalau anda mengalami masalah seperti saya, saya nasihatkan kalau anda menghantar mesej kenalah bagi link address blog agar mempermudahkan kerja dari pihak blogger.com... Kalau tak hantar mesej hanya sekadar menunggu blogger buat tue saya tak tahu lah...??? --> Lebih kurang buat aduan lerr...;-p

Satu lagi cara ini berkaitan masalah disebabkan mengubah layout atau template blog sama ada yang diambil dari internet secara percuma atau beli. Perkara ini saya cadangkan anda layari blog Mat Salleh di http://computerzhelper.blogspot.com. atau pun http://nvids.info.

P/S:- Kalau saya ada silap entry berkaitan benda nie ke... Tunjuk ajar saya yea... Nie pun saya buat entry berdasarkan logik saya jee...;-)

P/SS:- Address blog baru saya http://azwan2009.via.my/...


babab.net