Ahad, 20 Mac 2011

Virtual Keyboard Dan EvoMouse Bakal Digunakan Dalam Tahun Ini.


Tak lama lagi kita akan pakai 2 alat terbaru paling tercanggih sekali iaitu EvoMouse dan Virtual Keyboard dengan hanya menyentuh di atas meja sahaja (Jika cahaya tue kena meja, dinding, atau lantai dan dapat kesan tangan, kaki, dan lain2 anggota badan).

Caranya mudah hanya pasang yang ada sambungan USB, dan juga sokongan bluetooth.

Kemungkinan besar dalam beberapa bulan atau tahun tak perlulah pakai keyboard dan mouse optical biasa. Apa pun saksikan 2 alat terbaru paling canggih abad ini... :-D

Design nampak anjing daa... Nanti ada design lain bila company tue nak pasarkan seluruh dunia.

Smart tue. Main tekan atas meja jee... :-D

P/S:- Ermmmm... Main game berbentuk First Person Shooter (Cth:- Counter Strike) lagi ok ke atau lagi menyusahkan??? ('_')

-> Low Yat, Imbi, Digital Mall dan lain2 kedai komputer dah ada keluar tak 2 alat nie?

Mengetahui info berkaitan produk ini layari http://www.celluon.com/.

Khamis, 17 Mac 2011

Kisah Benar Saat Akhir Kehidupan Sarah

Selalunya saya buat post berkaitan kisah benar melibatkan diri saya. Ok lah post kali ini kisah benar melibatkan seorang gadis kacukan Lebano dan Australia tentang saat kehidupan terakhir yang bernama Sarah. Apa saya nak kongsikan bukan dalam bentuk tulisan tapi dalam bentuk komik digital cuma ia dalam bahasa inggeris.

Ok lah... Saya harap anda (perempuan atau pompuan sangat sesuai baca komik digital ini) selepas membaca komik 'Sarah A True Story' ini ambil lah aktibar dan pengajaran.

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Front Cover

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Part-01
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Part-02
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Part-03
Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik Part-04 (Ending)

Kredit Komik Digital:- http://tuffix.deviantart.com/

Selasa, 15 Mac 2011

DealMates.com: Peluang Dapatkan SmartPhone Android HTC Desire HD. :-D

DealMates(DealMates)

Nie pun saya tahu melalui fan page FaceBook Oh!Media akhir bulan lepas. So saya mencuba lah join DealMates.com nie. Macam best jee kerana dah ada seorang yang berjaya dapat free Apple IPad 16Gb Wifi berharga RM1549. Lihat gambar di bawah ini...
Buzz Deal Winner

Minggu ini ada berita best dari DealMates.com nak bagi free gajet iaitu dapat SmartPhone Android HTC Desire HD. Hanya klik "BUY" tanpa perlu membuat pembayaran (memang free) dan anda layak untuk menjadi di antara yang bertuah menerima gajet ini. :-D


P/S:- Cuba jee mana tau antara korang bertuah dapat SmartPhone Android HTC Desire HD. Sign-up Free. \(^.^)/

Isnin, 14 Mac 2011

ArtWork 2D Animasi Dulu-dulu Tahun 2001 - 2005

Oh! Nie antara artwork saya dulu-dulu bermula dari kolej (2001) hingga sebelum dapat berkerja sebenar sebagai 3D animator dan visual effect pada tahun 2006.

Artwork 2D animasi saya hasilkan ada secara solo dan berkumpulan hanya 3 orang sahaja. Masa tue pakai perisian Macromedia Flash 5 hingga MX dan kadang-kadang ada pakai 3D Studio Max 3. Berformat .*exe dan .*swf. Semua artwork 2D animasi dihasilkan hanya screen saver, e-card, dan Interaktif.

Jadi sejak ada perisian convert SWF ke Video. Saya dah mula convert artwork dulu-dulu saya untuk jadikan kenangan. (^^,)


(Interaktif)

(E-Card)

(E-Card)

(Screen Saver)

Korang ada artwork animasi buat di Macromedia Flash atau Adobe Flash untuk convert ke video. Saya suggest pakai software Sothink SWF to Video Converter V2.4. Walaupun ada buat programming sama ada game dan lain-lain ia boleh diconvert secara captured dan frame by frame. :-D

Ahad, 13 Mac 2011

Oh! Hujan Dan Hujan Lagi...

Oh! Fenomena Hujan... Hujan dan hujan lagi.

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik

Untuk Melihat Lebih Jelas Klik Gambar Atau klik

-> Jarang beli Majalah Apo?. Huhuhuuu... Ada lawak pasal hujan terbaru (Hujan Part-02) so upload jee lah. Yang Hujan Part-01 punya saya ambik link dari http://solehahs.blogspot.com/2010/03/baju-hujan-dahulu-dan-sekarang.html. Apo pon den suko karya komik lawok dari Lambok. X-D

Ahad, 6 Mac 2011

Adobe Flash Versi 11 Bakal Sokong Aplikasi Java 3D API


Tentu anda biasa mendengar satu perisian interaktif dari Adobe Flash (dulu Macomedia Flash) untuk anda bermain permainan online dan juga tonton animasi.

Sekarang ini Adobe Flash bakal menyediakan satu sokongan aplikasi yang menjadi kenyataan tak lama lagi walaupun ia masih dalam proses iaitu 3D API. Jika anda ingin lihat anda perlu download Adobe Flash Player versi 11 (Incubator Build) di http://labs.adobe.com/downloads/flashplatformruntimes_incubator.html bahagian tajuk Flash Player Incubator Debug Installers cuma untuk aplikasi Google Chrome belum ada lagi. Mozilla Firefox dan Internet Explorer sahaja dapat sokong aplikasi ini.

Selepas anda download aplikasi driver anda boleh lihat beberapa sample Adobe Flash Player versi 11 yang sudah pun dihasilkan:-

MAX RACER

TANK ONLINE (Game Online)

Dan Lain-lain termasuk aplikasi game online, dan interaktif 3D.

Kepada yang suka mengkaji tentang aplikasi ini anda boleh layari ke http://alternativaplatform.com/en/download7/. Anda boleh lihat cara-cara dihasilkan 3D API di perisian Adobe Flash. Untuk cuba menghasilkan 3D model anda sendiri saya cadangkan pakai perisian 3D Studio Max dan download plug-in di http://alternativaplatform.com/en/16-12-2010/ (Anda kena isi form diorang sediakan)

Apa pun ia masih dalam proses lagi. Memang lambat nak lihat dan bermain game online yang menggunakan sokongan Adobe Flash Player 11. Jika siap sepenuhnya tentu ia menambahkan lagi kemudahan dan keseronokan untuk anda semua. :-D



P/S:- 3D API... Setahu saya ia asal dari Java 3D API untuk permainan dan interaktif di handphone.

-> Lama tak buat post blog kerana kesibukan kerja2 di office membuatkan saya perlu fokus dan kejar dateline. Walau bagaimana pun saya tetap akan kongsi info2 yang bagus untuk anda semua dan berhajat nak buat satu blog baru nanti. InsyaAllah... (^^,)

babab.net