Ahad, 31 Oktober 2010

Album Nasyid Terbaru Sami Yusuf Ada Versi Melayu... :-D

Selain Artis Nasyid Antarabangsa Terkenal dari syarikat rakaman Awakening Record seperti Maher Zain. Sami Yusuf antara paling awal sebelum Maher Zain, sekarang beliau bertukar ke syarikat rakaman ETM International.

Ok lah... Nie antara album terbaru Sami Yusuf Wherever You Are yang ada satu lagu versi bahasa melayu bertajuk No Word Is Worthy antara minit yang 3:35. Memang best dan merdu suaranya. Apa pun layanzzz... (^^,)


No Word Is Worthy Lyrics


(ENGLISH)
Searched for the words
To describe your beauty
No matter how I tried
No word seemed worthy
Struggled to find
The right words for You
Words just fail to describe
What’s deep inside

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar


(URDU)
Zemmeen Aseman, Jinn-o-Insaa bhi
(Earth and the Heavens, Jinn and Mankind)

Teri taa’reefein, Kartey bayan sabhi
(All praise Thee)

Bekhud huey, Dono jahan hi
(So both worlds become intoxicated)

Ruh se nikley, Jab ye kalma…Subhan Allah…
(When the soul recites this one word…Subhan Allah)

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

(FARSI)
Dar havaye To
(In Your remembrance)

Par migoshaayam
(I spread my wings)

Be omidi ke roozi
(In hope for the day)

Sooye To ayam
(I come to You)

Dar vasfe To
(In describing You)

Jomleha ra gashtam
(I searched sentences)

Kalameyi najostam
(I found no word)

Joz inke gooyam
(Except to say)

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar

(MALAY)

Ku mencari kata puji
(I searched for words to praise You with)

Buat menemani zikir hati
(Words to instill Your remembrance in my heart)

Namun tiada kalam yang pasti
(But no words are assuring enough)

Yang sesuci kalam ini
(As sacred as these)

Subhan Allah, Wa alhamdulillah, la illaha il Allah, wa Allahu Akbar


English Words : Sami Yusuf
Urdo Words : Mehboob
Farsi Words : Ustad Firooz
Malay Words : Yasin Sulaiman
Music : Sami Yusuf
Produced by : Sami Yusuf


P/S:- Teringin nak beli tapi belum berada di pasaran Malaysia. Kepada peminat Sami Yusuf nak beli secara online boleh layari laman sesawang beliau di http://www.samiyusufofficial.com/whereveryouare/.


-> Biografi Sami Yusuf http://www.islamiclyrics.net/sami-yusuf/.

Syukur Alhamdullilah... Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Syukur Alhamdullilah... Jika dibandingkan tahun lepas permainan bola agak teruk, hari ini saya berbangga cara permainan memang menarik dan tektik bagus pemain2 Kelantan. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan telah berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada masa kedua menyumbat gol ('57 Hairuddin Omar, '65 B.Radzi 'Kelantan') 2 - 1 (Penalti '13 Shahrunain 'Negeri Sembilan'). :-D

Sekarang Kelantan adalah Juara Piala Malaysia untuk tahun 2010. Yeah... Go More Klate Go More... :-D

Detik Kelantan 1 - 1 Negeri Sembilan

Detik Kelantan 2 - 1 Negeri Sembilan

P/S:- Kawe suko tengok pemain2 klate main elok dan jugo penyokong2 klate tak dok merusuh kat stadium Bukit Jalil maso permaine... :-D

Ahad, 24 Oktober 2010

Tayangan Perdana Filem ESTET 2010

Event nie sebenarnya saya nak publich entri pada hari khamis 21/10/2010. Tapi apakah dayanya kerana kesihatan dan kesibukan kerja2 banyak di office. Alhamdullilah dapat juga saya nak publich entri pasal event Tayangan Perdana Filem ESTET 2010 pada 25/10/2010. ;-P

Apa pun Alhamdullilah saya dan member2 pertama kali turut menghasilkan visual effect untuk menjayakan filem Estet. :-D

Saya Dan Mamat Khalid (Pengarah Filem Estat)
Sebelum Tayangan Perdana Filem Estat saya berkesempatan ambik gambar dengan pengarah terkenal 'Mamat Khalid'.

Member2 saya sedang menunggu sebelum dapatkan tiket.

Pak Lang (Ramlang Sulong 'Boss') memberikan tiket untuk tonton filem 'Estet'

Selepas selesai tonton filem 'Estet' saya berkesempatan ambil gambar dengan pengarah terkenal Afdlin Shauki.

Nie antara komen2 penonton selepas selesai Tayangan Perdana Filem ESTET 2010. Saya ada termasuk video nie masa kawan saya Emielza 'Ejaan salah tue bukan Imelda... :-P'. Huhuu... Buat2 dek jee depan kamera. ;-P

Komen saya 'Estet' memang paling the best filem melayu dan kelakar sampai nak pecah perut, korang tidak akan rasa rugi tonton filem Estet arahan Mamat Khalid. Tarikh tayangan akan bermula 04/11/2010.

Trailer Filem 'Estet' 2010


=> Thankz Amin Mukhtar sudi mengambil gambo. ;-)

Rabu, 20 Oktober 2010

Bangkitlah Muslim...

Cuba baca fakta-fakta dibawah, adakah ianya benar??
Kalau benar apakah tindakan kita sebagai seorang muslim??

Fakta tentang muslim sekarang.

1. Sejarah kegemilangan Islam sekadar dikenang dan dibanggakan.

2. Sedikit tak semestinya lemah, banyak tak semestinya kuat (kerana umat Islam tidak lagi mahu mengikut ajaran Islam).

3. Tak bersatu.

4. Tidak mendirikan solat secara berjamaah.

5. Tiada kuasa politik.

6. Politik Islam menang tapi tak dapat melaksanakan Islam secara yang diinginkan.

7. Selagi masjid tak dipenuhi waktu solat subuh sebagaimana solat jumaat umat Islam tak akan menang.

8. Ulama' hanya berceramah di masjid.

9. Lidi sebatang mudah dipatahkan tapi jika dah jadi penyapu boleh sapu sampai bersih.

10. Mengejar kekayaan dan pembangunan.

11. Kurangnya penerapan dasar aqidah di kalangan masyarakat.

12. Pemimpin yang bukan arif agama memimpin hal ehwal agama.

13. Memimpin agama sekadar untuk dapat gaji, pengaruh atau kedudukan.

14. Kawalan terlalu ketat.

15. Birokrasi untuk memberi pelajaran agama kepada masyarakat.

16. Banyak pemimpin yang memang tak endah fasal agama.

17. Ramainya insan munafik yang bergelumang.

18. Halal dan haram bercampur-aduk.

19. Ramai ulama' jahat.

20. Islam setakat nama sahaja.

21. Rata-rata umat Islam hari ini tidak mengamalkan sistem yang ada dalam Islam itu sendiri.

Tengok dan kaji balik benar atau tidak fakta diatas ni..
Kalau benar,apakah tindakan kita?
Kalau salah,sila bagi fakta dan bukti yang benar...(~_~)

-Fakta dikutip dari mSatar online-

Kredit:- Amer Husin

Rabu, 13 Oktober 2010

Kekuatan Nasyid Atau Islamik Muzik Yang Super Luar Biasa

Perkara biasa bila kita mendengar lagu2 membuatkan keluar air mata, bersemangat, menari, berbreak Dance, menjerit-jerit, mengelamung, angan2, dan lain-lain. Tapi ada juga lagu atau muzik yang keras turut pendengar layan sampai bila membaca dan memahami lirik, rupa2nya ada unsur yang tidak senonoh, kurang enak, dan paling teruk memuja syaitan...

Bagaimana dengan muzik yang berbentuk Islamik atau nasyid. Saya ada terdengar rancangan Malaysia Hari Ini sebelum interview Maher Zain (Time tue Maher Zain kelam kabut nak sampai ke studio MHI disebabkan kesesakan lalu lintas), Wardina memberikan fakta tentang seorang peminat Maher Zain dari Filipina tertarik dengan nyanyiannya sehingga memeluk Islam. Ada juga semasa saya pergi meminta tandatangan dan bergambar Maher Zain di The Curve, Non-Muslim turut meminatinya.

Artis Muzik Islamik Antarabangsa paling Top seluruh dunia. Salah satu lagu paling popular 'InsyaAllah' sekarang jumlah penonton YouTube terkini mencecah 2 Juta dalam masa 6 bulan.

Jom!!! Sokong Artis Islamic Song International Maher Zain cuba memecah rekod, tekan SINI. :-D

Saya teringat ada satu kumpulan Nasyid Malaysia dahulu paling Top, Raihan. Non-Muslim pun tertarik lagu nasyid kumpulan ini sehingga ada satu kisah semua keluarga memeluk Islam. Tapi yang paling luar biasa sehingga Queen Elizabeth turut meminati sehingga meminta Raihan datang ke England untuk membuat persembahan.

Masa saya sekolah menengah lagu nasyid melayu paling saya layan dan sekarang pun saya layan, Raihan - Iman Mutiara.

Jom!!! Sokong Artis Nasyid Malaysia, Raihan. Klik antara dua link:-

Kisah Benar Wanita Dari Belanda Memeluk Islam Bermula Dengar Nasyid.


Kisah benar wanita dari Belanda mendapat hidayah datang dari mendengar nasyid ini (dalam video ini), isi lagunya tentang maut, neraka dan syurga.

Dalam video ini muslimah baru dari Belanda berkata:

"Selama ini saya sangat bergantung pada dunia sehingga kadang-kadang lupa apa sesudahnya, dan lagu ini menyedarkan saya akan hakikat akhirat, bahawa kita pasti akan mati,"

"Kita hidup seolah-olah dalam kehidupan yang abadi, sekuat daya bekerja untuk masa depan dunia tanpa merasa bahawa mati akan datang kapan saja."

P/S:- Jika dilihat kekuatan dan keistimewaan lagu Nasyid dan Muzik Islamik terletak pada lirik, cara2 nyanyian seseorang, dan sebutan kalimah2nya. Paling jarang sangat ia melibatkan muzik.

Ahad, 10 Oktober 2010

Saya Dan Maher Zain di Rock Corner, The Curve... :-D

Memang ramai orang nak bergambar dan tandatangan Artis Islamik Muzik antarabangsa terkenal, Maher Zain. Memang sesak... So tanpa panjang lebar saya menaip entri nie lihat gambar event2 Meet The Fans Maher Zain Rock Corner, The Curve pada pukul 03:30pm, 09/10/2010 (Sabtu). :-D

Rock Corner, Hyper Market The Curve...
Masa tue Maher Zain masih dalam Perjalanan.

Masa ketibaan Maher Zain...

Maaf gambar tak jelas. Situasi nie time Maher Zain sedang tandatangan kepada peminat2. Begitu ramai ambik gambar sehingga saya main bedal tangkap gambar tanpa target.

Walau apa pun alhamdullilah saya ucapkan terima kasih kepada staff In-Team Record tolong ambil gambar saya dan Maher Zain. :-D

Selepas selesai tandatangan dan ambik gambar saya saja ambil dari atas dengan tangga eskelator. Pergh!!! Begitu ramai peminat2 Maher Zain...

Ingat nak mintak Maher Zain tandatangan kat bahagian cover kotak. Tapi tandatangan kat cover buku jee. Kira ok jee lah kan... (^^,)

So... Alhamdullilah saya dapat juga lah bergambar dengan artis luar negara buat pertama kali. Kejadian cam menjerit-jerit dan lompat2 terhadap muslim dan muslimah dapat dikurangkan coz pihak penganjur telah memberikan peringatan awal2 kepada peminat2 sebelum dan selepas beliau datang. Tapi saya ada juga terdengar ketidak puasan hati peminat kerana tertipu. Nak tahu boleh baca di blog ini http://tafsir-sipenulis.blogspot.com/2010/10/peminat-maher-zain-berang-rasa-tertipu.html.

Apa pun kita sebagai umat Islam sama2lah sokong Muzik Islamik dan Nasyid tak kiralah tempatan atau luar negara. Yang penting saling bantu membantu sesama umat Islam menyebarkan dakwah. :-D

Sabtu, 9 Oktober 2010

Apabila Maher Zain Pakai Baju Melayu... :-)

Smartkan bila Maher Zain berpakaian baju Melayu. Hehehee... Nice Guy. :-D

Gambar ini saya ambil dari Fan Page beliau di http://www.facebook.com/MaherZain

P/S:- InsyaAllah... Saya akan pergi The Curve, Rock Corner pada pukul 3:00ptg coz Maher Zain akan datang ke tempat tue. :-D

Jumaat, 8 Oktober 2010

Pertama Kali Beraya Aidil Fitri Di Singapura

Seperti saya janjikan sejak entry Video 3D Animasi Ucapan Hari Raya Aidil Fitri (T.T.S) cuma mintak maaflah saya lambat membuat entry disebabkan banyak urusan kerja di office yang terpaksa kejar dateline, tapi walau apa pun syukur Alhamdullilah dapat juga saya buat entry nie seblum masuk 1 Zulkaedah 1431 'Sabtu'. Cuma sayang saya tertinggal kamera di KL. Saya hanya mampu memberikan gambaran dengan menaip di entry blog saya.

Saya katakan memang best beraya di Singapore walaupun cara perayaan tidak sama di Malaysia. Waktu menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri saya, ayah dan datuk saudara terpaksa keluar pergi ke Masjid dalam pukul 6:30 pagi kerana di Singapore mempunyai bilangan Masjid tidak sebanyak di Malaysia. Sebab itu Imam membuat dua kali memberikan peluang kepada jemaah tidak sempat atau terlalu penuh jemaah untuk menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri. Jika nak tahu gambaran jemaah boleh lihat laman web ini http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1080451/1/.html.

Bab menderma di masjid saya lihat terkejut juga ada orang memasukkan tabung duit masjid dengan menggunakan duit Malaysia!!! Kebanyakan yang memasukkan duit ke tabung adalah terdiri dari Bangladesh Muslim. Apa saya dapat pengajaran ialah menggunakan wang untuk menderma tidak penting pada mata wang.

Jamuan makanan di Singapore untuk perayaan Aidil Fitri menjadi kebiasaan ialah Lontong tetapi jika nak bandingkan di Malaysia huhuuu memang jauhlah kesedapan sebab memang bermacam-macam. Selain lontong ada juga makanan melibatkan nasi, bihun, mee, dll tapi saya terlupa nak buat catatan nama2 makanan untuk juadah raya. Macam biskut biasalah hampir sama macam Malaysia, macam2lah. Kalu bab kuih raya memang kurang di Singapore, sebab2 kenapa kurang kuih Singapore saya pun tak tahulah cuma apa saya lihat harga kuih Singapore 80sen jika bandingkan Malaysia hanya antara 40 atau 50 sen.

Dari segi kunjung mengunjugi rumah saudara mara dan keluarga lebih kurang sama cuma di Singapore dalam 20 atau 30 minit next beraya ke rumah sedara lain. Mengabiskan masa kunjung mengunjugi kadang2 ada sampai 2:30pagi, jika di Malaysia memang jarang sangat ada macam nie Raya. Mungkin sebab cuti raya untuk Hari Raya Aidil Fitri di Singapore hanya sehari sahaja jika dibandingkan Malaysia.

Ok lah itu sahajalah saya dapat ceritakan dan minta maaf banyak2lah saya tak dapat nak ambik gambar family2 saya dan saudara mara disebabkan terlupa bawa kamera. Apa pun hari ini hari terakhir 29 Syawal 1431 mengikut Kalendar Islam dan Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin... :-)


Ahad, 3 Oktober 2010

Teringin Berjumpa Maher Zain... :-D


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera... Lama juga saya tak publich entry di blog saya kerana kesibukan kerja di office kerana kena siapkan sebelum dateline.

Oklah... Saya saja nak kongsi jadual perjumpaan dan persembahan Artis Nasyid Antarabangsa Terkenal di masa kini, Maher Zain.

Jadual perjumpaan dan persembahan

Tak tahu siapakah Maher Zain??? Ok lah... Saya cadang kan layari laman sesawang I Luv Islam, http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/889-siapa-maher-zain.html. Mula2 saya tahu Maher Zain nie bermula lagu Palestine Will Be Free tapi lepas dengar kurang sikit. Apabila saya dengar dan lihat video klip secara tak sengaja dari member FB yang publich URL di wall lagu Maher Zain - Insha Allah dan Maher Zain - The Chosen One membuatkan saya sangat tertarik sehingga saya terus beli album original. Dan sekarang saya masih dengar....

Bermula saya dengar dan meminati Maher Zain... :-)

babab.net