Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Kejap2 dah masuk tahun 2010. Saya tak naklah taip kat blog personal pasal azam baru kerana kadang2 situasi tue datang secara tak sengaja kat saya. Jadi saya hanya dapat taip dalam hati jee lah (Faham2lah ayat saya walaupun nampak kelakar tapi ada makna). Oklah... Saya nak ucapkan semua yang baca blog saya SELAMAT TAHUN BARU, semoga azam baru anda akan tercapai.

Oh ya... Saya nak bagi tahulah domain blog saya akan tukar kepada 2009 ke 2010 mulai awal tahun depan. So jadi saya punya link url blog http://azwan2010.blogspot.com. Itu sajalah saya nak bagi tahu untuk semua pembaca blog saya... (^_^).

Selamat Menyambut
Tahun Baru 2010.
Semoga Azam Baru
Anda Tercapai...

P/S:- Saya agak kelam kabut gak kerana akhir tahun 2009 terlalu banyak kerja sangat...

Sabtu, 26 Disember 2009

King Of Fighter The Movie... Aduyaiii

Tentu anda pernah main video game K.O.F sejak tahun 1994 sampai sekarang. Ok... K.O.F The Movie akan ditayangkan tahun depan tapi banyak orang dah kritik dekat komen youtube pasal movie ini. Nak tahu tengok jee lah trailer bawah ini...





P/S:- Kalau nak tahu orang kritik trailer ini klik 2 kali dekat video atas...


Rabu, 23 Disember 2009

>>Nasihat Kehidupan<<

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

=> Nie saya dapat artikel kat member FaceBook kat nota 'Misz Roses', disiarkan kat blog di sini untuk renungan anda semua... :-)

Khamis, 17 Disember 2009

Kelibat KB Mall

Saya ingat nak taruk nama entri Hantu KBMall seperti yang tajuk kat youtube tue. So saya fikir2 taruk jee lah entri nie nama dia Kelibat KB Mall. Ini pun saya terjumpa daripada member bernama Tandinh kat laman web youtube pasal benda nie. Apa pun layan jee lah video nie...



Rakaman video ini semasa kejadian kereta jatuh kat KB Mall...

P/S:- Tempat saya membeli belah dulu2 kat KB Mall. Sekarang berada kat Selangor... =)

Jumaat, 27 November 2009

Salam Aidil Adha 1430 Hijriah

Masa saya duduk kat Kuala Lumpur dulu sejak tahun 2002, time nak raya korban mesti kena balik Kelantan kerana sudah menjadi kebiasaan. Sekarang dah tak balik kampung dah semua mak dan ayah pun dah mula duduk kat Kuala Lumpur nie. :-)

Oklah... Nampaknya saya terlambat publich entry pasal ucapan raya AidilAdha khas untuk pembaca kat blog saya kerana ada banyak hal2 saya kena perjuangkan. :-D

Apa pun saya ucapkan...

SELAMAT HARI RAYA
AIDILADHA...

Yang masih dalam perjalanan ke kampung tue ingatlah orang yang tersayang yea, So Berhati-hati Di Jalan Raya...Wink. Oh ya... Bagi yang naik kenderaan awam tue pastikan kita kena jaga barang, dan juga berjaga-jaga orang sekeliling kita. Jangan jadikan Hari Raya Korban bertukar kepada mangsa terkorban...

Oklah... Apa kata kita layan satu lagu nasyid dari kumpulan Raihan yang menarik nie...


P/S:- Entry nie pun ada hampir-hampir sama skit kat tajuk entry Selamat Hari Raya AidilFitri, dah macam kehabisan idea menaip ayat kat entry nie... :-P

Funscrape.Com
Funscrape.Com | More Hari Raya AidilAdha Comments


Rabu, 18 November 2009

DJ Cincai

This music was formulated by me in 2003 whilst in college... ;-)






If you need high quality music download this link:-

DJ Cincai - Think -> http://tinyurl.com/yff442b
DJ Cincai - Dream -> http://tinyurl.com/yecvea2
DJ Cincai - Calling -> http://tinyurl.com/ylf3rpg




Khamis, 12 November 2009

Pelakon Hollywood Terkenal Menunaikan Haji

Jangan tak tengok siapa masuk Islam... From Hollywood Actor... RUSH HOUR... Chris Tucker (Omar Regan)... :-D






Terima kasih Mohamad Fahizuan Amri bagi info melalui FaceBook pasal video nie... ;-)


Ahad, 8 November 2009

Negeri Sembilan 3 : 1 Kelantan

Semalam sempat juga saya melihat perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia diantara Negeri Sembilan dan Kelantan. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada pemain Negeri Sembilan begitu cool berhadapan dengan pemain Kelantan begitu ganas.

Manokalo Klate sayo ucapke tahniah kerano berjayo masuk final walaupun kaloh, so cubo lagi tahun depe cumo kawe sebagai oghe Klate ingin nasihat la cubolah ubah sikap pemain jange lah main ganah2 apo untung sangat sehinggo tak tumpu perhatian sehingga Negeri Sembilan mene dapat 3 gol Klate dapat 1 gol, dan peyokong tue tok soh laa sampai lempar botol atau bendo2 mercun sehingga membahayo ke oghe lain. Pikir2 la weh... Kawe sebagai oghe klate raso malu kerano oghe klate suko gadoh2 kerana bola... (i_i)

Mung tengok lah sendiri video kat bawah nie. Renung2lah oghe Klate...

Negeri Sembilan 3 : 1 Kelantan


P/S:- Saya tengok perlawanan bola sepak Piala Malaysia melalui TV online sambil berchat kat FaceBook dan Twitter. Kadang2 terpaksa tengok TV gak coz online ada problem skit. InsyaAllah... Next saya akan buat entry pasal cara2 guna online TV tanpa menggunakan driver card TV... :-)



Ahad, 11 Oktober 2009

Berkahwin Pahala, Kukuh Iman

( Entry khas untuk wanita, lelaki baca entry nie tak salah pun... ;-) )

Berkahwin Pahala, Kukuh Iman

Anda perlu buka lorong untuk jodoh mudah sampai


Benarkah jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itu pendek, barangkali cepat jodohnya.

Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yang berusia 35 tahun pula tidak gundah jika sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecermelangan.

Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba.

Namun, tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalu memikirkan soal jodoh sehingga menggangu perasaan, ia bukanlah sesuatu yang baik.


Baik wanita yang berpandangan jauh, boleh saja menyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soal rezeki, jodoh, mahupun ajal.

Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi.

Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar.

Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh.

Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.


Persoalannya, apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atau ibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga?

Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan:

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Ia baik sebab ramai orang yang berkahwin hidpunya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutanya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu risau anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.



Harian Metro
Susunan Noriah Idris
Khamis, 4 Disember 2008






Rabu, 7 Oktober 2009

Buat E-Book (PERCUMA)

Salam sahabatku,

Saya baru saja membaca sebuah ebook yang bernilai amat tinggi yang bertajuk "Mari Buat Duit Dengan Ebook" hasil tulisan usahawan ebook terkenal tanahair iaitu saudara JaMaL.

Beliau yang sememangnya berpengalaman dalam menerbitkan dan menghasilkan banyak ebook telah mengongsikan pengalaman dan kejayaannya di dalam sebuah ebook PERCUMA tulisan dan terbitan beliau sendiri.

Apa yang anda perlu tahu mengenai penulis ebook ini:

- Beliau telah berjaya menghasilkan 5 ebook berbayar
dalam tempoh masa tidak sampai setahun

- Beliau berjaya menghasilkan jualan ebooknya lebih
5000 unit dalam tahun ini

- lebih RM200k telah berjaya dihasilkannya dari jualan
ebook

Siapakah beliau yang sebenarnya?

Beliau ialah Jamaluddin Bahari yang juga dikenali sebagai JaMaL di internet.

Usah tunggu lagi, semua rahsia kejayaan dan pengalaman beliau telah beliau kongsikan dalam ebook lebih 80 muka surat ini. Terus saja ke link download di bawah:

http://www.buatebook.com

oppps....selepas mendownload ebook dari JaMaL itu, anda juga boleh menjana wang dengan affiliate PPL (Pay Per Lead) yang disediakan...

50 sen untuk setiap orang download dari link affiliate anda....

Jadi, mari kita menjana wang di samping mendapatkan ilmu yang sangat berguna dari JamaL ini...

Sekian,
[Azwan2009]


Selasa, 6 Oktober 2009

Aku Dan Corntoz (Reject)

Sebelum upload video ini untuk masuk pertandingan "Corntoz Express Yourself". Saya minta pendapat daripada keluarga saya dan kawan-kawan. Tapi apa saya dapat ia memang tak sesuai untuk masuk pertandingan itu. Apa pun anda saksikanlah video ini...




P/S:- Jika anda nak tahu video yang saya masuk pertandingan nie layari http://adf.ly/eeB (Klik butang "Skip Ad" untuk terus melihat video)

PERHATIAN


Competiton nie sudah tamat. Pemenang sudah diketahui. Nak tahu layari blog saya http://adf.ly/eeQ (Klik butang "Skip Ad" untuk terus ke blog saya)




Jumaat, 18 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri

Kejap yea kita nak raya nie. Tanpa panjang lebar entry blog nie saya nak ucapkan....

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
DAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Nak balik kampung tue dah ada kenderaan sendiri ingatlah orang yang tersayang yea, So Berhati-hati Di Jalan Raya...Wink. Oh ya... Bagi yang naik kenderaan awam tue pastikan kita kena jaga barang, dan juga berjaga-jaga orang sekeliling kita.

Oklah... Apa kata kita layan satu video klip animasi yang menarik nie...








Sabtu, 5 September 2009

Lawak Iftar Di Bulan Ramadhan




Dua E-Book paling hangat dipasaran. Cepat sebelum harga dinaikan dan penjualan akan ditutup...

Sabtu, 29 Ogos 2009

Keputusan Muktamad Pertandingan Video Corntoz - Express Yourself

Baru dua hari lepas saya dapat e-mail daripada syarikat Mamee-Double Decker (M) Berhad pasal Corntoz Winner's Annoucement untuk Pertandingan Video Corntoz - Express Yourself. Ermmm... Nampaknya saya tak ada rezekilah untuk competition nie. Apa pun next competition kena buat lagi kemas. Bagi yang pemenang ketiga-tiga saya ucapkan tahniah kepada Hong ( 1# Action Corntoz), ericlai2020 (2# Can't Smile Without You), dan TVC paling saya suka tengok amitohhud (3# CORNTOZ!!!).

Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada penganjur yang mengadakan pertandingan video Corntoz - Express Yourself. Tak dilupakan kepada member2 office, kolej, sekolah, dan sedara mara turut menyokong untuk undi/vote video yang saya hasilkan. Dan paling saya tak jangka yang undi/vote saya bukan orang biasa-biasa jee, orang kenamaan pun ada seperti penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook (Nasrul Amri Samsudin "dia juga memberikan kata2 semangat kat saya"), Kartunis Ubi, Kartunis Gandum, Brader Joe, dan juga Editor Komik PTS Alif Firdaus Azis memberikan semangat. Disamping itu usahawan online dan offline pun turut undi/vote saya.

Oklah... Kalau korang nak tahu siapa pemenang video untuk Corntoz - Express Yourself layari laman-web http://www.corntoz.com.my. Oh ya... Kalu korang nak tahu video yang saya buat untuk pertandingan ini. Tengok kat bawah nie "Aku Dan Corntoz". So Layan... ;-)





Dua E-Book paling hangat dipasaran. Cepat sebelum harga dinaikan dan penjualan akan ditutup...

Isnin, 24 Ogos 2009

Promo Hari Kebangsaan Ke 52



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.





Dua E-Book paling hangat dipasaran. Cepat sebelum harga dinaikan dan penjualan akan ditutup...

Khamis, 13 Ogos 2009

Siri 3D Animasi Arnab & Kura-kura Disiarkan Jumaat

Dah sebulan saya tak berblogging kerana disebabkan kesibukan kerja-kerja office, dan juga buat part time secara online dan offline. Firstly saya memohon maaf coz baru nak reply pasal siri 3D Animasi nie hasil kerja kami "Termasuk sayalah...;-)" yang akan disiarkan pada 14 Ogos "Esok" pukul 8:30pg. Kalu anda sempat tue dapat laa tengok, kalu tak sempat tue jangan risau minggu depan ada lagi. Oklah... Apa pun support industri animasi dan industri kreatif negara...:-)



Ahad, 28 Jun 2009

Aku Dan Corntoz... Undilah saya

Selepas saya buat entry pasal filem Transformers Revenge Of The Fallen membuatkan saya jadi semangat macam Transformers.;-)

Oklah... Kali nie entry saya pasal contest "Aku Dan Corntoz". Baru semalam saya publich video ke dalam youtube dan terus masuk kat web Corntoz. Boleh katakan saya buat semua tue first time dengan upload kat youtube, dan lain-lain (dan lain-lain sebenarnya ada lagi saya nak bagi tahu, nantilah saya akan buat entry kemudian...).

Kalu nak ikutkan saya nak buat dalam masa 1 minit lebih skit, tapi apa nak buat coz sy sendiri agak kesuntukan masa dengan hal-hal lain, lagi-lagi last date dia 30/06/2009. Nie pun saya ikut cadangan dari staff tempat saya kerja minta saya buat hanya dalam 30 minit sahaja. Cepat edit, dapat buat correction secepat mungkin, dan dah kira standard iklan sebenar...

So... Saya minta pada semua para blogger undilah Aku Dan Corntoz. Cara nak undi layari laman web http://www.corntoz.com.my . Pergi menu "Video Gallery", dan cari ada nama "Aku Dan Corntoz". Klik kat vote/undi, atau ikon berbentuk cinta "Love" sebagai menyokong saya. Kalau tak keberatan tue bagilah komen video saya kat web-site Corntoz...;-)

Klik gambar ini terus ke address web Corntoz untuk undi saya...;-)

P/S:- Saya tidak akan meletakkan link youtube ke blog saya. Anda kenalah klik yang nie "Aku Dan Corntoz".

Transformers: Revenge Of The Fallen memang best...

Pada mulanya saya fikir selepas filem Transformer yang ditayangkan pada tahun 2007 kemungkinan tak berapa best. Tapi jangkaan saya tak tepat... Saya sendiri nak tengok sekali lagi jika ada masa terluang kerana masa saya tengok filem terbaru Transformers: Revenge Of The Fallen tue sebelum tayangan serentak (Pratonton).

Pratonton tidak sama yang anda lihat dengan tayangan serentak kerana jalan ceritanya agak lama, ada babak tidak dipotong kecuali satu babak tidak senonoh "lucah" (Malaysia, atau sesetengah negara). Intro atau Outro(Ending) ada tambah sikit, dan lain-lain...

Jadi kepada anda yang belum tengok filem tue beli cepat2 tiket. Dah ramai orang suka tengok filem tue... Saya sendiri nak tengok sekali lagi






P/S:- Lepas saya tengok filem tue buatkan saya semangat macam Transformers. Nak tahu klik kat sini...;-)

Isnin, 8 Jun 2009

Domain Terpaksa Ditukar Ke Blogspot

Sekarang saya terpaksa mengubah nama domain saya ke blogspot.com kerana mengalami masalah domain via.my. Saya sendiri tidak jangka yang domain ini mempunyai masalah. Selain daripada itu membuatkan saya tak berapa suka iaitu Page View dan Unique Visitor makin menurun.

Jadi kepada semua pembaca di blog saya... Saya memohon maaf atas kesilapan teknikal blog saya dari segi domain. Tapi sekiranya anda tidak dapat memasuki blog saya ke azwan2009.blogspot.com. Anda cuba gunakan domain via.my. Kalau tak jugak pakai blogspot .com coz saya dah ubah setting domain blog yang asal "Blogspot.com".

Apa pun nasihat saya kalau anda mengurus blog anda sama ada personal, business, information, dan lain2... Uruslah blog dengan betul-betul kerana pengguna Internet sentiasa mencari maklumat melalui internet, ada juga yang pembaca setia. Tapi anda jangan terkejut kalau kita serius menghasilkan blog sehingga pengguna internet tertarik dengan kreativiti, information dan lain-lain. Boleh dapat duit tue... :-)



P/S :- Saya ghairah dengan domain tue, sedar tak sedar saya punya page view atau page visitor terus menurun. Last2 pakai domain blogspot gak. Maklum lah suka sangat x-plore... ;-p

P/SS :- Ada satu projek saya akan buat untuk contest dari nuffnang. Sekarang dalam pembikinan. Bila dah siap saya akan post melalui blog ini. Saya harap bila saya siap sokonglah saya yea... :-)


Khamis, 4 Jun 2009

Mencari Bakat Baru

Ini ada berita baik untuk anda semua yang duduk kat negeri Kuala Lumpur dan Selangor. Kami di Digilogic (M) Sdn Bhd sedang mencari bakat Voice Over "Suara Latar" baru. Untuk cerita animasi Arnab & Kura-Kura musim terbaru. Seandai berminat boleh lah hubungi Emielza 016-2540081 atau Fariz 016-220 1930.

Setelah tarikh dipersetujui, kami akan buat satu screen test di studio kami.

Lelaki atau perempuan tak kisah. Mesti sekolah rendah atau paling-paling form 1. Suara belum pecah, dan minat nak berlakon.

Anda ingin melihat gambar lebih jelas. Klik gambar di atas...

P/S:- Siri 3D animasi Arnab & Kura-Kura pernah disiarkan di RTM2. Jadi... Rebutlah peluang ini yea... :-D

AMARAN

Anda jangan sama sekali membuat panggilan palsu. INGAT... Anda boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi & Multimedia.



Sabtu, 30 Mei 2009

Tragedi Bangunan Runtuh Di Petaling Jaya (Tempat Saya Membeli-belah...)

Dekat seminggu saya tak buat entry kat blog kerana kesibukan kerja-kerja kat office, dan juga hal-hal berkaitan dengan peribadi (Bukan peribadi pasal awekz. Hehehee... Saya pun masih belum ada lagi, ada tue pun kawan jee...;-p ).

Oklah... Saya amat terkejut juga satu kejadian bangunan runtuh berlaku di sekyen 14 Petaling Jaya bersebelahan dengan Digital Mall. Secara kebetulan sebelum saya nak masuk Digital Mall coz tengah cari kamera video. Saya sempat juga ambil gambo dengan menggunakan telefon mudah alih "Hand Phone", itu pun saya terpaksa ambil dari jauh kerana tidak mahu mengganggu kerja-kerja anggota Pertahanan Awam, Polis, Bomba, dan Ambulan tengah sibuk.

Jika anda ingin melihat gambo besar, anda klik sahaja gambo tue...

Untuk pengetahuan anda semua, bangunan itu sudah mencecah 30 tahun lebih. Tempat itu pada asalnya memang sebuah Super Market, kat bahagian bangunan runtuh tue tempat parking kereta jee, bahagian bawah "kaki lima" hanya kedai makan.

Masa dulu tempat tue lah saya selalu pergi untuk mencari atau membeli buku, barangan, dan juga bahan makanan. Selain itu ada juga makan kat kedai situ... Sekarang bangunan tue sudah runtuh sehingga berlaku kejadian tak diingini. Jika anda mahu perkembangan kejadian itu cuba-cuba lah search berita online kat berita harian, utusan, harakah, new straitt ime, metro, dan lain-lain.


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Rabu, 20 Mei 2009

Joel Armstrong 'Duck Man' Selamatkan Itik

Nie pun saya tengok kat TV3 semasa ending Buletin Utama. Menarik jugak... Sampai orang panggil Joel Armstrong 'Pekerja Bank' sebagai Duck Man. Kalau anda tak sempat menonton tue apakata anda layan video youtube nie...




Anda boleh mendapatkan sumber info ini di laman web http://www.dailymail.co.uk.



ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Ahad, 17 Mei 2009

Hafiz juara AF musim ke-7...!!!

Kalau nak ikutkan saya memang tak berapa layan sangat Akademi Fantasia kerana tak suka ambil perkembangan aktiviti-aktiviti diorang. Itu pun saya tengok hanya final jee kerana saya nak tahu siapakah pemenang untuk AF musim ke-7.

Secara kebetulan saya tengok kat TV betul-betul Hafiz nyanyi lagu tue. Apa yang saya tengok cara Hafiz nyanyi memang bersemangat. Saya suka tengok cara Hafiz nyanyi...

Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Hafiz telah berjaya menjadi juara AF musim ke-7... ;-)

Oh ya... Saya baru jumpa youtube nie. Saksikan detik-detik cemas semasa pengumuman juara AF 7... ;-)


Khamis, 14 Mei 2009

AVG 8 atau 8.5... Lebih baik pakai AntiVirus Lain.

Tentu anda pernah memakai program AntiVirus dari AVG. Ok... Kali ini entry saya nie berkaitan dengan AVG yang betul-betul membuatkan saya sakit hati. Memang hampir terbantut hasil kerja saya kat office. Tapi nasib baik office tempat saya kerja tue ada menyediakan Hard Box (External Hard Disk) mempunyai kapasiti 3 Terra Byte dan juga PC. Kira dapat diselamatkan fail/data kerja saya, dan juga dapat jalankan kerja walaupun ada curtain data kena support.

Sebab-sebab mengapa AVG membawa masalah ialah sejak saya mula update AVG version 8 dalam pertengahan bulan lepas (April). Sebelum nie memang tidak pernah berlaku saya update AVG. Sekarang, AVG sanggup memremovekan fail-fail format seperti .exe, jpeg, bmp, dan scr. Memang bagus AVG remove format tue untuk virus, spyware dan malware, tapi yang membuatkan saya naik hairan dan sakit hati ialah ia meremovekan program fail Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, 3D Studio Max, Maya Autodesk, dan Microsoft Office. dan juga sistem window pun dia ada remove. Saya terpaksa format balik PC, tapi bila install balik software lagi bertambah masalah.

Jadi kepada anda dah pakai AVG yang ingin update. Better jangan update lagi. Dan kalau anda masih baru lagi nak teringin sangat install AVG lebih baik pakai software AntiVirus lain. Ini antara saya syorkan perisian anti virus yang sesuai untuk anda:-

Anti-Virus: Shareware:-

ESET/NOD32 Anti Virus Recommended --> Saya dah pakai sekarang

Anti-Virus: Freeware:-

AntiVir Recommended

Kalau anda masih lagi pakai AVG, pakai lah... Tapi sekiranya dia ada tunjuk Infection seperti photoshop.exe, WINWORD.exe, POWERPNT.exe, FRONTPG.exe, EXCEL.exe, 3dsmax.exe, dan lain-lain program (Ada lagi selain saya tunjuk program yang AVG nak remove, cuma saya susah nak listkan kerana terlalu banyak AVG cuba nak remove fail program). Jangan anda tekan butang remove all tak salah saya. Jika menggangu lagi kerana infection tue elok uninstall...

P/S:- AVG pun remove fail screen saver Upin dan Ipin... Jangan terkejuk...:-p

P/SS:- PC kat tempat saya kerja tue jangkit sampai 4 buah PC kerana masalah AVG...


Sabtu, 9 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Entry nie untuk sempena Hari Ibu, cuma saya pelik tarikh sebenar untuk Hari Ibu, ada yang katakan 15 hari bulan, ada juga 10 hari bulan, kalau kat web-site wikipedia tulis 2 Mei kat jadual disitu. Yang saya tahu 10/05/2009 memang sambut Hari Ibu pun... Tapi bagi saya... Hari Ibu tak semestinya sambut hanya 10/05/2009, tiap-tiap hari kita kenalah ingat selagi ibu masih ada...;-)

Ada satu petikan teks dari masjid negara daripada pandangan Dr. Abdul Fattah ‘Asyur yang antara lain di dalam responnya “Perayaan Hari Ibu tidak boleh dikatakan salah satu hari raya bagi umat Islam. Namun demikian, ia tetap dikira sebagai satu peluang yang perlu diambil untuk menzahirkan kemuliaan kepada ibu, di dalam masa yang sama tidaklah menafikan kewajipan anak ini pada hari-hari yang lain. Dan sekiranya dipilih satu hari untuk anak-anak masing-masing memuliakan ibu mereka dengan cara tersendiri, maka itu tidaklah dicegah oleh hukum syarak. Bahkan kita mengadakan sambutan ini sebagai memenuhi perintah Allah s.w.t.”

Jadi... tak salah kan kita sambut hari ibu. Marilah sama-sama memberikan ucapan atau hadiah kepada ibu kita sama ada menghantar SMS, kad ucapan online/offline, atau pun Kek... :-)

Oh ya... Ini ada satu doa anda patut amalkan khas untuk ibu bapa:-


Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapa ku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
Doanya tidak lah panjang sangat, anda mampu menghafalnya. Gunakan doa ini selepas solat, dan saya teringat tips daripada pakar motivasi terkenal Dr Fadzilah Kamsah. Dia pun ada memberikan tips-tips yang bernas pasal penggunaan doa ini, tak semestinya doa ini hanya selepas solat, untuk sebelum nak keluar rumah, sebelum nak buat kerja, amalkan semasa kita bersantai, dan sebelum tidur pun boleh guna doa ini.

Beramal doa ini merupakan satu tanda anak yang soleh dan solehah. Jadilah hamba Allah yang sentiasa mengigantinya dengan tidak mensyirikkannya dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.

P/S:- Saya baru tukar entry sikit...
P/SS:- Saya ucapkan Selamat Hari Ibu khas untuk Mak saya....:-D

Selasa, 5 Mei 2009

Masak Telur Dengan CPU...!!!

Nie pun saya dapat dari web forumer Malaysia ejoe.net sejak tahun 2006 yang lalu. Pelik tapi saya belum cuba, cuma saya dapat rasa tahap kepanasan CPU apabila dionkan... :-p
Kalau anda sahut cabaran benda-benda pelik dan berisiko macam nie, dipersilakan... tapi segala risiko itu adalah tanggungang anda. Saya sekadar copy and paste informasi kat blog saya jee...
--------------------------------------------------
Jom Goreng Telur
Disebabkan minyak dan gas dh mahal, so tak payah guna dua benda tu.gunakan pc masing2.disamping membalas mesej di ejoe.net. telur pn dh masak.Caranya mudah je....


1.Buang cooling fan & Heatsink CPU, ganti ngan syiling

2. Buat bekas dari aluninium foil, pastu pecahkan telur dlm bekas foil tuh

3. turn on komp & tunggu telur masak

4. Apa lagi?? Makan la! Nyum...Nyum...

Artikel ini daripada layar_sambar di forumer ejoe.net...

Sabtu, 2 Mei 2009

Nasib baik... Dapat Settle bX-r1ezpk...

Pergh... Nasib baik... Itu yang saya boleh sebut pasal benda nie... Masalah yang saya alami nie adalah berkaitan dengan bX-r1ezpk. Perkara nie memang membuatkan saya panik. Tapi Alhamdullilah... Segala masalah dapat diatasi...

Tentu anda nak tahu kenapa saya mengalami perkara ini... Ok... masalah yang saya alami nie adalah perubahan domain yang saya baru pakai iaitu via.my... Apabila domain saya berubah blogspot ke via.my. Itu yang menyebabkan blogger.com menghantar mesej berkaitan masalah teknikal bX-r1ezpk.

Cara mengatasi masalah bX-r1ezpk ini sebenarnya banyak. Cara saya ialah terpaksa hantar mesej melalui blogger-help. Nak hantar mesej kenalah berbahasa inggeris... Saya tak pandai pun main copy paste dari minah Mat Salleh jee, pastue hantar jee kat address blogger-help. Dalam selang beberapa minit atau jam akan pulih balik blog... Tapi kalau anda mengalami masalah seperti saya, saya nasihatkan kalau anda menghantar mesej kenalah bagi link address blog agar mempermudahkan kerja dari pihak blogger.com... Kalau tak hantar mesej hanya sekadar menunggu blogger buat tue saya tak tahu lah...??? --> Lebih kurang buat aduan lerr...;-p

Satu lagi cara ini berkaitan masalah disebabkan mengubah layout atau template blog sama ada yang diambil dari internet secara percuma atau beli. Perkara ini saya cadangkan anda layari blog Mat Salleh di http://computerzhelper.blogspot.com. atau pun http://nvids.info.

P/S:- Kalau saya ada silap entry berkaitan benda nie ke... Tunjuk ajar saya yea... Nie pun saya buat entry berdasarkan logik saya jee...;-)

P/SS:- Address blog baru saya http://azwan2009.via.my/...


Selasa, 28 April 2009

Event Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Entry ini hanya bersantai sahaja, tapi saja nak kongsi sikit pasal event Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 berlangsung di PWTC sejak minggu lepas. Saya sangat bergembira kerana banyak buku-buku baru dan lama jual masa event tue. Lagi-lagi saya dapat berjumpa orang ternama seperti Ustaz Zahazan, Azizi Ali, Eruwan Gerry Norsen, dan Yusnizam Yusoff. Tapi ada lagi nama-nama pengarang dan penulis buku terkenal cuma saya taip nama tue sebab saya dapat temubual, dan tandatangan...;-). Ambil gambar ada juga cuma dapat satu jee...

Saya (Sebelah kanan "Azwan") bersama seorang Pakar Lelong.com.my dan E-Bay. Eruwan Gerry Norsen (Sebelah kiri) selepas habis temubual...

Pasal saya berbual dengan Pakar Lelong.com dan E-Bay oleh saudara Eruwan Gerry Norsen, banyak dia bagi sedikit sebanyak rahsia, idea, dan teknik bagaimana nak jual beli barang-barang melalui lelong.com. Dan ada juga dia bagi tips bagaimana membeli barang secara berhati-hati di laman lelong.com. Selain itu, saudara Eruwan Gerry Norsen ada juga menceritakan kat saya berkaitan dengan Internet Market. Saya sendiri tak sangka... Rupa-rupanya Internet Market ini memang banyak cabang, bukan setakat buat duit blog, web-site, e-bay, lelong.com, dan Affiliate sahaja. Tapi lebih dari itu... Kalau nak cerita memang panjang pasal buat duit di Internet.

Manakala, saya juga dapat menemubual penulis buku "Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya" oleh Yusnizam Yusoff. Banyak beliau menceritakan tentang buku tue... Selain itu beliau ada juga bagi idea dan cara sedikit macam mana nak jadi Tutor, dan Mentor.

Ok lah... Setakat ini sajalah entry saya. Kalau anda duduk negeri lain saya rasa ada event Pesta Buku tue, kenalah ambil tahu melalui surat khabar, TV, radio, banner iklan, internet, dan lain-lain... Oh yaa.... Kalau anda tak sempat atau busy disebabkan kerja-kerja dan hal-hal lain, atau pun tak sempat beli buku yang anda suka, lagi-lagi anda malas nak pergi kedai... :-p. Jadi saya cadangkan anda belilah buku secara online di kedai-buku.com kerana banyak buku-buku paling TOP, Best Seller, dan terbaru dalam web-site kedai-buku.com... Klik banner di bawah:-

Mudah dan Jimat!

Sabtu, 25 April 2009

Google Nombor Satu Dalam Ranking Alexa

Dulu top-website nombor satu di dunia adalah Yahoo.com... Sekarang ini google.com telah mendapat ranking nombor satu. Saya sendiri tak sangka... Nak tahu tengok gambar dibawah:-

Kalau nak tengok ranking ini sila tekan gambar diatas...

Kenapa google jadi nombor satu...???. Kalau anda ingin tahu layari laman web http://alexa.com/topsites atau pun klik gambar di atas. Di situ dia ada description berkaitan laman web.

Selain itu, laman sosial masa dahulu Myspace menjadi ranking paling teratas. Sekarang FaceBook dapat melintasi ranking Myspace menjadi nombor 4 (MSN pun duduk nombor 5) walaupun ada kontroversi yang mengatakan disebalik FaceBook adalah ejen CIA. Anda boleh downloand di sini.

Saya sendiri menggunakan google kerana banyak kemudahan, semasa saya sekolah menengah dahulu hanya menggunakan Yahoo dan MSN. Tak pernah lagi dengar web-site google masa tue...

P/S:- Minta Maaf kepada pembaca... Saya ada buat post artikal lalu pasal buat Duit Dengan Youthsay. Terpaksa buang artikal itu disebabkan percanggahan Ads Network dari Malaysia... Sebab itu saya tidak ada mood nak buat artikal ini...

Isnin, 13 April 2009

Layan YouTube Sampai Ngantuk...

Kebiasaan anda melayan youtube dalam jangka masa yang pendek, paling tinggi pun dalam 10:00 minit yang saya tahulah. Sebenarnya memang ada youtube berbentuk movie dengan jangka masa yang panjang hampir dalam 2:30 jam.

Antara muka Youtube berbentuk Movie

Perbezaan yang anda dapat melihat antara muka di youtube ini ialah anda boleh tekan butang berbentuk lampu untuk membuka atau menutup, ia akan mengelapkan bahagian-bahagian text comments, search engine, menu bar, related videos, featured videos, ranting, send video, view, Statistics & Data, dan Video Responses. Cuma satu tidak digelapkan iaitu iklan Google Adsense (Maklum laa youtube pun nak cari duit...:-p).

Ok lah... tanpa bercerita panjang lebar apa kata anda layan movie game Metal Gear Solid 4 Gun Of Patriot:-

MGS4 Part 01

MGS4 Part 02

MGS4 Part 03

MGS4 Part 04

MGS4 Part 05

MGS4 Part 06

MGS4 Part 07

Sebenarnya bukan setakat movie game MGS4 sahaja yang ada, anda boleh taip kat bahagian search youtube dengan menaip longplay. Diorang memang kaki main video game dan ia jadikan movie cam Halo 3, Ninja Gaiden, Final Fantasy, dan lain-lain. Siri Anime Yu-Gi-Oh pun ada juga masuk kat youtube dengan masa 25:00 minit, cuma saya tak tahu address dia...;-p. So cuba2lah search kat internet yea...

P/S:-Ini pun secara kebetulan saya search kat youtube nak tengok favorites game saya MGS.

babab.net