Jumaat, 31 Disember 2010

Domain Dan Theme Blog Ku Akan Bertukar

Hari ini adalah hari terakhir sebelum masuk tahun 2011. Saya taip post nie tujuan nak umum kan domain Azwan2010 jadi Azwan2011 tak lama lagi. Saya akui kalau buat blog seperti ini berkaitan nama domain ditukar mengikut tahun mungkin sesetengah laman sesawang akan menjejaskan dari segi peningkatan traffik dan enjin search. Jangan risau post yang tahun 2010 best2 saya akan highlightkan berdasarkan pembaca blog dari ahli GengBlogger dan juga Catatan Popular Blogspot. (^_')

Dari segi reka bentuk theme blog saya akan tukar secara sedikit demi sedikit kerana ada komitment di tempat kerja, dan saya cuba nak reduce kan rekaan design blog dan buang yang mana patut tak pun asingkan widget atau banner jadi ringan agar pembaca-pembaca tak lah berat melawat blog saya.

Oh pasal azam baru saya untuk tahun depan??? Yang post saya taip tue berkaitan domain dan theme blog akan bertukar. Bab azam baru saya tak naklah taip kat blog personal kerana kadang2 situasi tue datang secara tak sengaja kat saya. Jadi saya hanya dapat taip dalam hati jee lah (Faham2lah ayat saya walaupun nampak kelakar tapi ada makna). Oklah... Saya nak ucapkan semua pembaca blog SELAMAT TAHUN BARU, semoga azam baru anda akan tercapai. (^^,)

-> InsyaAllah... Target sayalah untuk tahun depan di alam internet mungkin buat vlog tapi lain dari yang lain, juga jika ada masa terluang nak hasilkan animasi dalam bentuk 3D berdasarkan kisah saya dan lain2 genre.

Khamis, 30 Disember 2010

3 Filem 3D Animasi Tempatan Bakal Ditayangkan Tahun Depan.

Sebelum post ini saya ada menceritakan tentang Trailer Filem 3D Animasi Tempatan: SEE FOOD. Sebenarnya ada lagi 2 filem 3D animasi tempatan akan ditayang tahun depan. Antaranya Upin Dan Ipin Angkasawan, dan Alamaya. Memang meriah dan satu perkembangan baik dalam Industri filem 3D animasi tempatan di Malaysia. Apa pun kita saksikan 3 Trailer filem animasi 3D bakal ditayangkan tahun depan. :-D


Upin Dan Ipin Angkasawan. http://www.upinipinangkasa.com/




Akhir kata Maju lah animasi tempatan untuk negara. Filem animasi lah antara mampu menembusi pasaran luar berbanding filem berbentuk live action dengan syarat ia mesti berkualiti.

-> Esok cuti umum pasal sepak bola coz Malaysia kalah dengan Indonesia 1 - 2 tapi menang dalam agregat 4 - 2. Alhamdullilah tahniah Malaysia. So saya ada masa dan ruang nak ubah suai blog personal dan nama domain sebelum masuk tahun 2011. (^^,)

Selasa, 28 Disember 2010

Trailer Filem 3D Animasi Tempatan: SEE FOOD...

Mahu nak taip tajuk besar 'Finding Nemo Local Version' atau pun 'Sharks Tale Local Version'. Fikir balik tak perlulah... So ini antara filem 3D Animasi tempatan terbaru akan ditayangkan tahun depan yang setanding dari luar negara dan mampu menggugat filem dan siri 3D animasi tempatan yang sudah lama terkenal. Apa pun sokonglah filem dan siri animasi tempatan. (^^,)

Nak dapatkan wallpaper banyak2 layari http://www.seefood-themovie.com/


Sijil Itu Hanya Sebuah Perhiasan...

Apa ada pada sebuah kertas bernama sijil...

Ia tidak memberi erti..


Apa ada padanya..

Jika sombong bertali -tali

"aku graduan ekonomi Universiti Harvard..sudah tentu aku bijak ekonomi"

Maka sehelai kertas itu membawanya ke Neraka...


Sehelai kertas itu

hanyalah perhiasan dunia

Tidak mampu dibawa ke kubur apa lagi akhirat...


Mungkar Nankir tidak pernah bertanya

"kamu ijazah atau PHD?"

'kamu diploma atau Master?"

Tidak....sudah tentu tidak....


Sijil itu hanya perhiasan dunia...

menjadikan seseorang graduan dan mahasiswa

memberikan ilmu pengetahuan dan pekerjaan

namun jika tidak dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan

dan ditanam keangkuhan dan kesombongan

pasti Neraka memanggil pergi...

"Mari ke sini..kamu layak masuk !"


Betapa di sana sini manusia angkuh

kerna pendidikan tinggi..

"penyapu sampah itu malas dan tidak bersekolah,sebab itu dia hanya menyapu sampah.."

Itulah ayat sering dilontar manusia berpendidikan...

Betapa kesombongan lahir akibat tiada keimanan...


Ya Allah...

aku takutkan Neraka-Mu...

Jangan lalaikan daku dengan pendidikan

jangan lalaikan daku dengan sehelai kertas bernama sijil...


Sijil itu...

hanya tergantung di almari buruk...

ditemani debu-debu melayang ...

Sijil itu..

tidak pernah memberikanku pekerjaan..

ia hanya sebuah perhiasan...

sekadar perhiasan...


Kerna aku belajar dan belajar hanya untuk ilmu

untuk mengabdikan diri pada-Nya...

bukan mahu berbangga diri

atau menghina insan lain...


Ya Allah,jernihkan hatiku

Tanamkan keihlasan dan tawadduk

agar aku bisa menjadi manusia biasa

bukan manusia luar biasa...


Aku mahu bebas membaca

di bawah pokok ru

di Cameron Highlands

tanpa pengawal keselamatan

atau wartawan pengganggu...

inilah kebebasan yang aku mahukan...

sebagaimana Khalifah Omar bebas tidur di bawah pokok nan rendang

hingga menghairankan ketua panglima kerajaan Rom...

"Raja kami dilingkungi 10 lapisan pengawal...Khalifah kamu tidur seorang diri di bawah pokok nan rendang tanpa pengawal...."

Akhirnya si panglima masuk Islam....


Sijil itu...

hanya perhiasan dunia...

dan tidak mampu menolong kita...

di akhirat nanti.....


Hanya iman dan takwa

teman setia di akhirat.....


Saat Sulaiman:-

www.saatcham.com


-> Dapat info dari Fan Page Facebook di Kisah Teladan. (^^,)

Ahad, 26 Disember 2010

(Video Kata-kata Mutiara Dan Hikmah) - Semangat Rerumput | Roots Of Courage

Lama tak upload video di Youtube. Saya ada akaun Youtube pun nak share art work untuk tontonan semua cuma sekarang ada campur satu video ambil dari Fan Page Facebook dan upload di akaun ku. Nak tahu video bertajuk 'Iklan Solat Yang Tiada Di Malaysia Khas Untuk Muslimah...'. Sekarang jumlah view video nie sudah mencecah 10 ribu.


Ok lah... Dulu saya buat nie atas permintaan abang dengan menggunakan Macromedia Flash 6, ada pakai Action Script programming. Tak salah saya sejak tahun 2005 kot... Jadi sekarang fail-fail saya buat menggunakan program ini convert jadi video sebab dah ada laman sesawang video Youtube senang nak kongsi kepada semua. Apa pun layan video kata-kata mutiara dan hikmah...

\(^.^)/

Sabtu, 25 Disember 2010

Lagu Twinkle Twinkle Little Star Diterbalikkan Membawa Message Yang Sangat Menyinggungkan Orang Islam.

Rupa-rupanya lagu Twinkle Twinkle Little Star apabila diterbalikkan memberikan message yang memang menyinggung perasaan orang Islam. Cuba lihat dan dengar video di bawah ini...


Di bahagian lirik lagu 'How I Wonder What You Are' diterbalikkan membawa makna sangat menyinggungkan iaitu 'I Wish There Were No Allah'. Lepas ini jangan dengar dan nyanyi lagu 'Twinkle Twinkle Little Star'.

Rabu, 22 Disember 2010

Kucing VS 2 Ekor Buaya Alligator!!!

Pertarungan Kucing VS 2 Ekor Buaya Alligator!!!

Satu aksi kucing sangat luar biasa yang berani bertarung dengan 2 ekor buaya Alligator... Manusia hanya sekadar melihat sahaja. Pelik!!! Apa pun korang saksikan video antara pertarungan Kucing VS 2 Ekor Buaya Alligator dibawah...

Selasa, 21 Disember 2010

[Repost Khas GB] Kisah Benar Penemuan Telur Masin Berwarna Kuning Bentuk 'Hati'.

Dulu saya ada post pasal penemuan telur masin yang pelik nie cuma nak kongsi di GengBlogger masa tue ada masalah Malware. Alhamdullilah... GengBlogger sekarang sudah bebas dan berjaya hapuskan Malware... Tahniah...

Ok lah... Nie saya repost khas untuk kawan2 GengBlogger pasal terjumpa satu telur masin yang berwarna kuning berbentuk Hati, dalam bahasa inggeris Love. Cuba lihat gambar dibawah ini:-

KEJADIAN

Pada bulan puasa '2010' lalu masa bersahur Mak saya ada sajikan telur masin. Saya dapat yang telur kuning hampir berbentuk 'Hati'!!! Memang cantik...

Bukti Telur Masin Berwarna Kuning Bentuk 'Hati' boleh tengok video dibawah ini:-


Isnin, 20 Disember 2010

Lawak Mesin ATM

Nie antara artwork ku dulu2 semasa tahun 2001 tak salah saya lepas dapat result SPM 'Lulus cukup makan'... ;-P. Sambil tue tunggu nak masuk kolej.

Ok lah... Apa pun layan kerenah seorang yang bernasib malang nak dapatkan duit di mesin ATM dan akhirnya... Huhuuu... So nak tahu layan lah komik nie. (^^,)

Chop!!! Saya terlupa satu kalau nak tengok gambar besar klik pada Part 1 dan Part 2 atau pun klik dibahagian gambar... (^_')

Ahad, 19 Disember 2010

[18 SG] Babak Aksi Bertarung Terburuk 'Worst Fight Scene'

Dulu saya ada buat post bertajuk 'Kesan Visual 'Special Effect/CGI' Paling Terburuk'. Ok kali ini pasal babak aksi bertarung terburuk. Biasalah filem dulu-dulu. Apa pun layan video bawah nie. L.O.L... X-D

Pertarungan perlahan, raksaksa tak ganas, dan angkat Batu macam ringan jee...

[18SG] Babak Yang Sangat Ganas Dan Kejam. Kalau tak boleh tengok darah next video...
Macam tak logik mula mata berdarah tapi kena air tak buta plak! Warna kulit tangan terkena pisau tak sama warna. Erk... Biar betul urat tangan boleh ikat???

Aksi bertarung tak logik. Tapi kira idea bagus bagi pengarah filem atau animasi buat aksi pertarung lebih baik dari yang ini. Betul tak... ;-P

Aksi bertarung lagi tak logik. Tendangan tak kena muka pun dah jatuh. Pada 0:38 saat macam mana dia boleh pusing menendang muka musuh, pelik betul!!!. Kesan bunyi macam lari bila kena seranggan.

[18SG] Babak Yang Sangat Ganas Dan Kejam. Kalau tak boleh tengok darah tak perlu lah...
Tengok macam biasa tak lah nampak sangat tapi kalau perhati betul2 memang ada silap... Aksi bertarung keras kecuali perempuan. Pada babak tumbuk muka macam saja bagi kena jee.

Filem melayu pun ada babak2 pertarung yang terburuk dulu dan sekarang tapi memang susah dapat kerana apa yang saya search di Youtube hanya berkaitan lucah...

-> Drama aksi bertarung melayu dulu seperti Hati Waja, Semutar Hitam, Pendekar Kelana, dan lain2 memang lagi best yang diarah oleh pengarah yang ada berpengalaman dalam seni beladiri melayu walaupun ada sedikit gaya cina. Sekarang banyak main hentam dan mementingkan seni beladiri dari luar.

Jumaat, 17 Disember 2010

Best Dan Tak Best Menonton Filem Seorang Diri.

Pernah tak korang tonton filem di panggung wayang seorang diri? Kita terfikir selalunya orang yang tonton filem seorang diri nie orang yang putus cinta, tak ada kawan nak bersama tonton filem, dan kawan tak ada minat. Tahukah korang tonton filem seorang diri selalunya pengarah filem, pelakon, dan pekerja2 yang melibatkan dalam bidang seni.

Saya nak kongsilah pendapat dan pengalaman tonton filem di panggung wayang seorang diri ada best dan tak best:-

Best Tonton Filem Seorang Diri
  • Fokus menonton filem tanpa gangguan.
  • Peluang dapat seat mudah walaupun sudah SOLD OUT
  • Jika jumlah penonton sedikit sangat korang boleh nak berbaring, letak kaki depan seat, dan bersila atas seat sesuka hati. Nak letak barang pun ok...
  • Penonton simpati minta pindah tempat seat yang ok.
  • Jimat kos kerana beli tiket seorang jee... ;-P
  • Dapat elakkan dari perbuatan maksiat.

Tak Best Tonton Filem Seorang Diri
  • Kena control perasaan takut, ketawa, terkagum, dan lain-lain. Kalau tak orang sebelah tetiba mengata-gata pasal kita dan sanggup pindah seat lain.
  • Kejadian tidak diingini terutama seorang penonton wanita.
  • Nak bercakap pasal filem tue tak dapat sebab orang sebelah bukan kenal kita.
  • Dapat seat tak best atau orang sebelah buat peel, memang tak fokus menonton.
  • Termuntah sebab tonton babak yang sangat ganas tahap brutal, orang sebelah pun tak nak tolong.
  • Mungkin Gold Class tak dapat...

So... Terpulanglah korang nak layan filem seorang diri. Tak pun mahu bersama kawan ke, adik-beradik, BF or GF (Nasihat ku bawa lah adik beradik, mak ayah si dia atau kawan yang dipercayai. Bawa BF or GF jee tak bagus...), dan Suami Isteri (jika ada anak bawak jee kan nampak mesra bersama... (^_') ). Apa pun janji filem kita layan tue best dan tak merugikan...

Nak besarkan klik jee gambar... (^^,)

-> Semalam saya sempat menonton filem Tron Legacy. Memang best dan gempakz... 5 bintang. Rasa nak tonton sekali lagi cuma yang 3D IMAX.

Khamis, 16 Disember 2010

Kisah Benar Gurauan Membawa Padah [Motor Kawan Kena Curi]

Bila teringatkan kisah dulu masa saya menjalani latihan praktikal bersebelahan bangunan Hotel Sri Petaling sebagai Animator Authoring 'Penghasilan animasi untuk CD interaktif' membuatkan betul-betul sakit hati disebabkan gurauan sangat melampau seorang rakan sekelas tapi akhirnya menerima balasan yang teruk.

Kisahnya masa rehat rakan sekelas mengajak saya, seorang staff, dan manager pergi tempat makan tapi dia siap cakap saya "Pi lah pinjam helmet dekat kawan. Kita nak pergi makan tempat jauh". So saya pun usaha cari kawan yang ada helmet untuk dipinjam. Bila saya ikut rupanya bukan pergi makan tempat jauh, hanya depan Hotel Sri Petaling 'yang ada gerai'.

Apa lagi dia berkata "HAHAHAAA!!! Aku gurau lah. Makan dekat depan hotel jee". Bertapa sia-sia pinjam helmet dan sakitnya hati saya sanggup dia bergurau melampau sangat. Ikutkan hati helmet yang saya pinjam tue mau nak ketuk kepala dia.

Saya hanya mampu berkata dalam hati "Dalam masa singkat dia akan menerima padah". Pada pukul 5:30 petang sebelum nak balik saya terpaksa siapkan separuh kerja tiba-tiba dia tension dan panik terus report kepada manager mengatakan motornya kena curi. Semua staff cuba menenangkan tapi ada seorang member perempuan pratikal dari UITM tetiba bela saya mengatakan "Itu lah... Lain kali jangan bergurau melampau terhadap orang lain. Kan dah kena sumpah motor curi". Terus diam rakan sekelas tue.


MORAL :- Nak bergurau tak salah cuma jangan melampau membuatkan kawan sakit hati. Itu yang membawa padah...

-> Perkongsian kisah ku dulu. Jika post nie ada kesilapan atau tidak faham saya minta maaf. Apa pun bagi tau yea agar dapat memperbaiki di mana silap ku dalam membuat post panjang lebar nie. Huhuhuuu... (^^,)

Selasa, 14 Disember 2010

Kesan Visual 'Special Effect/CGI' Paling Terburuk.

Dulu kita pernah tonton filem, movie, drama, atau iklan sama ada di kaca TV atau panggung wayang sejak sebelum tahun 2000 dianggap kagum hasil kerja melibatkan kesan visual 'Special Effect'. Sekarang bila kita lihat balik cerita-cerita lama membuatkan korang confirm tergelak sampai sakit perut dan terkentut... X-D.

Nie antara saya senarai video-video berkaitan 'Worst Special Effect':-

The Eden Formula
Lihat Pergerakan Dinosaur, Latar Belakang tak ngam, dan Kesan Api.

Kidnap The Movie
Cerita yang serius tapi........ Lihat pada masa 40 saat. Aksi yang confirm korang tergelak.

Shark Attack
Latar belakang tak ngam, dan mangsa kena makan jerung tak konti dari segi saiz.

Nama Iklan Kempen Tak Tahu???
Saya kagum iklan paling lama nie menghasilkan kesan visual cuma sayang ending dia nampak kelakar.....

Tak Tahu Tajuk Filem Hindustan Nie???
Pergh!!! Kuda nie ganas wooo.... Mula-mula saya tidak mahu taruk video di blog saya tapi tuan pengupload video nie mengkategorikan 'Worst Special Effect'. So saya kongsilah...

Golgo 13
Erk... Adakah kartun Keluang Man ambil konsep animasi ini???

Sebenarnya terlalu banyak video-video yang dikategorikan sebagai Kesan Visual Paling Terburuk. Cuma saya senaraikan yang paling terburuk dan kelakar. Saya ada berbual-bual kosong dengan pengarah atau boss berkaitan kesan visual dulu-dulu, katanya sebelum tahun 2000 kebanyakannya menggunakann koding programming sahaja nak hasilkan kesan visual. Pergh!!! Memang dasat... Sekarang semua ada cuma bajet, material dan kesungguhan jee....

-> Filem, drama, atau iklan Malaysia pun ada juga di kira 'Worst Special Effect'. Buat masa nie saya tak jumpa lagi... ;-P

Berfikiran Positif Melahirkan Positif.

Keajaiban akal dan hati adalah mampu mempengaruhi manusia sama ada melakukan kebaikan atau kejahatan. Akal dan hati juga boleh memberikan dosa atau pahala.


Ramai manusia tersilap cetusan dalam hati tidak memberi makna sedangkan ia didengari Malaikat Raqib dan ‘Atid dan mencatatnya. Apabila seseorang melihat wajah wanita yang hodoh dan berkata dalam hati “Alangkah buruk wajah wanita itu” pastinya dicatat sebagai dosa. Ia dikira dosa mengumpat dan adalah dosa besar.Jika tidak dimaafkan wanita tersebut mungkin kita terhumban dalam Jahannam.


Kehidupan kita perlu dihidupkan dengan mentaliti positif sama ada akal atau pun hati. Manusia berminda positif akan melahirkan kehidupan yang lebih baik .


Contoh yang mudah adalah seorang suami mendapati isterinya lambat memasak. Suami yang negatif akan memaki hamun isterinya sedangkan suami yang positif akan sabar menanti dan berfikir isteri juga kepenatan bekerja dan perlukan rehat sebentar sebelum memasak. Malah suami positif akan mencari punca isteri lambat memasak iaitu isteri perlu menyelesaikan urusan rumah tangga seperti membasuh pakaian, mengemas rumah dan sebaginya, maka suami akan membantu isteri melakukan pelbagai urusan rumah tangga. Amat besar perbezaan manusia positif dan negatif.


Manusia negatif akan menghina orang lain apabila melihat kereta buruk di jalanan.” Buruknya kereta itu.....” Manusia positif akan bersyukur kerna diberikan kereta yang lebih baik dan berdoa kpd empunya kereta buruk itu agar bertambah rezekinya hingga mampu membeli kereta yang lebih baik. Nampak tak perbezaan?


Apabila melihat wanita yang berpakaian seksi tentu ramai berkata “Perempuan ini mahu ke Neraka?”

“Tidak beriman betul....”,” Perempuan maksiat...” dan sebagainya. Adalah lebih baik kita mendoakannya dalam hati agar dia mendapat hidayah dan menutup aurat dengan baik jika tidak mampu berdakwah dengan kata-kata...Itulah berfikiran positif.


Ramai ibu bapa menasihati anak-anak pabila bertemu penyapu sampah “Anak..nanti belajar pandai-pandai..kalau belajar bodoh nanti jadi penyapu sampah”...Sepatutnya menasihati anak “Tengok pakcik penyapu sampah itu..besar jasanya kepada kita. Kalau jumpa pakcik penyapu sampah,ucapkanlah terima kasih kerna mereka amat berjasa kepada kita”. nampak tak perbezaan manusia positif dan negatif?


Ramai manusia memiliki otak yang sihat dan sempurna tetapi sering melakukan perkara kurang bijak. Ini disebabkan seseorang itu tidak memahami fungsi otak. Antara fungsi otak ialah:-

  1. Otak adalah pusat maklumat kepada semua anggota badan.Semua pancaindera tidak akan berfungsi dengan baik jika otak mengalami kerosakan.
  2. Otak adalah punca segala kebijaksanaan dan kurang bijak.Otak membantu manusia membaca.Otak juga memimpin seseorang mencipta pelbagai virus dan pepijat untuk merosakkan komputer orang lain.Ini adalah bukti otak sumber setiap kelakuan manusia.
  3. Otak mampu memberi petunjuk antara kebenaran dan kepalsuan.
  4. Otak mampu memberi perbezaan perkara positif dan negatif.
  5. Otak membekalkan maklumat yang positif dan negatif.
  6. Otak memberi idea.
  7. Otak mampu memberi arahan.
  8. Otak memberi ketenangan.
  9. Otak memberi tekanan.
  10. Otak mampu menimbulkan kemarahan.
  11. Otak memberi tidur yang lena atau mengganggu keselesaan tidur.
  12. Otak juga mampu merangsang kemahuan seseorang.
  13. Otak mematikan keinginan dan kemahuan.
  14. Otak mampu melemahkan fizikal.
  15. Otak mampu memberi semangat.
  16. Otak mampu berfikir dengan baik.
  17. Otak menambah atau mengurangkan tekanan.
  18. Otak menjadikan manusia waras dan gila.
  19. Otak membuat manusia lupa dan ingat akan sesuatu.
  20. Otak adalah pakar kejahatan dan kebaikan.


Manusia waras memiliki otak ,namun ramai tidak menggunakan otak untuk memiliki hati dan minda positif. Akibatnya ramai manusia berfikiran dan berminda negatif dan minda negatif akan melahirkan jiwa yang jahat dan keji.


Manusia yang tidak menggunakan akal dengan baik pasti ke Neraka kerna akal yang negatif akan melahirkan dosa sepanjang hidup.. Dosa yang ditimbunkan pasti membawa seseorang ke Neraka.


Quran menceritakan penyesalan manusia ke Neraka melalui firman-Nya :


“Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal amal baik untuk hidupku (di sini)!”


surah al-Fajr ayat 24.


Bertemu lagi insya-Allah..........................................


Saat Sulaiman


www.saatcham.com


-> Dapat info dari Fan Page FaceBook Kisah Teladan. Apa pun yang bagus kita kongsi bersama jika tuannya diizinkan... (^_')

Ahad, 12 Disember 2010

Pisau VS Payung... Rahsia Senjata Payung

Tahukan anda apa-apa material juga boleh dijadikan senjata untuk menghadapi musuh tidak dikenali atas keberanian dan persediaan kita. Kali ini saya terjumpa satu video disebalik rahsia penggunaan payung ia mampu mengalahkan senjata pisau.

Saksikan video dibawah ini tektik penggunaan payung apabila berhadapan dengan musuh menggunakan senjata pisau...


Juara Piala Emas Raja-Raja 2010 Milik Kelantan

Alhamdullilah... Tahniah kepada pasukan Kelantan telah berjaya menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan Penalty '4-3' di tempat sendiri Stadium Sultan Muhammad IV. Apa pun saksikan video dibawah saat2 mendebarkan masa penentuan sepakan Penalty...



P/S:- Nampoknyo pemain Klate bagus tahun nie. :-D

-> Terima kasih AzamTheHacker mengupload saat2 penentuan penalty di Youtube. :-D

Sabtu, 11 Disember 2010

[3D Animasi PeriBahasa] Belum Menetas Sudah Di Bilang...

Terer sangat tue lah jadinya. Nak tahu lihat video 3D animasi di bawah ini... (^^,)


P/S:- Saya tidak join penghasilan animasi ini coz ada keje2 kena settlekan yang lain. Jika anda berkenan dengan animasi nie boleh share kepada kekawan... (^^,)

[3D Animasi PeriBahasa] Berakit Ke Hulu Berenang Ketepian Bersakit Dahulu Bersenang Kemudian...

Berakit Ke Hulu
Berenang Ketepian
Bersakit Dahulu
Bersenang Kemudian...

Apa pun layan jee lah 3D animasi ini yang penuh pengajaran...

(^_^)


P/S:- Saya ada juga join buat animasi nie... ;-)

Next PeriBahasa layari laman blog saya di http://gengblogger.com/v/286072. (^_')

Jumaat, 10 Disember 2010

Trailer Terbaru Transformers 3 Dark of the Moon

Tak sabar saya nak tengok filem paling terbest skali iaitu Transformers akan ditayangkan tahun hadapan... :-D


Untuk mengetahui info berkaitan filem ini layari laman blog ini:-

-> Video ini dapat diketahui melalui member FaceBook... (^^,)

Khamis, 9 Disember 2010

Komik Lawak Khas Pelajar Sekolah Menengah Sedang Menjalani Peperiksaan

Nie antara art work komik saya hasilkan sejak tahun 2001 untuk hantar ke publishing majalah yang tidak terkenal, ingin mencuba nasib jadi pelukis komik sambilan. Tapi sekadar simpanan dalam fail jee... ;-P

So sekarang artwork komik yang saya simpan2 tue saya fikir elok upload jee kat blog personal saya nie dan khas diberi pengajaran kepada pelajar. Nak tahu baca komik bawah nie:-

Klik Gambar Ini Untuk Paparan Lebih Jelas

Apa pun Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan dengan penuh yakin dan tepat. Jangan jadi seperti 2 budak nie. Hahahaa!!! ;-)

Kucing Betina Paling Ganas Di Dunia!!! Anjing Kalah...

PERGH!!! Antara kucing betina paling ganas dan kejam di dunia. Pantang ada orang nak shoot video kucing nie... Memang betul2 dia serang gila2 sampai cedera parah dan ada sampai mati... Nie antara rakaman video yang sempat JuruKamera ambil...


-> RePost khas untuk GengBlogger kerana beberapa bulan lalu terlalu sedikit sangat pelayar blog saya untuk post nie disebabkan terkena Malware. Alhamdullilah... GengBlogger sekarang sudah bebas dan berjaya hapuskan Malware... Tahniah... :-D

Rabu, 8 Disember 2010

Elakkan Berkata 'Kalau'.


Huraian

1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

Kredit dari member FaceBook :- Pena Minang As-Salafy

Selasa, 7 Disember 2010

Teringin Menonton TV Hijrah Kerana Saya Jadi Lakonan Drama.

Assalammualaikum dan Salam Maal Hijrah 1432 kepada umat Islam Semoga keimanan dan ketakwaan kita makin meningkat kepada Allah Swt. Amin... (^^,)

Ok lah... Entry kali nie ringkas jee sebab saya memang menunggu sangat2 siaran terbaru iaitu TV Hijrah coz saya ada join satu drama. Cuma jadi pelakon tambahan 'Opsss... Minta maaf kawan2 buat suspen jee bukan jadi lakonan utama'.

Drama yang saya join nie saya tak boleh bagi tau lah tajuk dia coz masih dalam proses. Apa pun bila dah ada iklan keluar sebelum tayangan insyaAllah saya akan buat entry baru berkaitan tajuk drama mana saya join jadi lakonan tambahan. (^_')


-> 3D animasi siri, suara latar watak animasi, iklan, dan penghasilan kesan visual filem saya dah rasai. Kali nie nak cuba jadi lakonan cuma jadi tambahan dulu... (^_^)

Isnin, 6 Disember 2010

Layan 3 Movie Lama Jackie Chan Di YouTube Berdurasi 1:45:00

Ramai yang tahu di Youtube hanya tayang dalam durasi masa 15 minit. Nie saya baru jumpa movie lama dari Jackie Chan berdurasi masa hampir 1:45:00. Buat masa nie saya search di YouTube hanya jumpa 3 movie lama lakonan Jackie Chan. Sebelum nak layanzzz movie nie anda kena ada akaun YouTube jika tak ada sign-up jee. Free.... (^_')




Kalau nak tengok movie yang lama2 boleh layari channel YouTube nie :-

P/S :- Nak convert selain pakai Real Player. Layari laman sesawang nie http://keepvid.com/ cuma anda kena sabar lah masa nak download memang lama kerana movie nie berdurasi 1:45:00. ;-P

Ahad, 5 Disember 2010

Pelik Dan Jelik Mengenai "Couple" (Renungan Bersama)

Aku banyak melihat pasangan yang bercinta dengan cara yang salah. Aku malas nak tegur, sebab korang pun tahu yang mana salah dan yang mana betul, yang mana halal dan yang mana haram… semua dah besar …faham agama kan?

Hari ini aku highlightkan beberapa point berdasarkan pemerhatian aku.


Yang pelik….


Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah ….


Yang jelik….


Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun ….


Yang pelik….


Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….Ni aku nak bagitau kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni aku cakap kat semua perempuan termasukla Wanita Pertama dan my future gf kih…kihh.“Awak nak keluar awak boleh keluar.. keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah …tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih takde hak ke atas diri awak.”


Yang jelik….


Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ?


Yang pelik….


Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela…


Yang jelik….


Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang ….

Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.


Yang jelik…..


Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi.


Yang pelik….


Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.


Yang jelik….


Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.


Yang pelik….


Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala…


Yang jelik….


Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?


Pelik dan jelik ..tapi benar…


Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.


Err.. korang tak kan ?


Sumber : http://daliaalifmim.wordpress.com/


babab.net