Ahad, 31 Julai 2011

Esok Dah Masuk Bulan Ramadhan!!! \(^_^)/


Sedar tak sedar esok dah masuk bulan Ramadhan. So hari ini pada waktu malam bermulalah solat sunat tarawih secara berjemaah di Masjid.

Seperti biasa lah saya ingin menguncapkan Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Yang Penuh Mulia Dan Berkat. \(^,^)/

Oh ya... Saya ada nak kongsi satu video 3D animasi Haiya BidDoa untuk anda semua.



The month we have been waiting for. The month of barakah... (^_^)

Sesiapa ada FaceBook tue mari lah kita Like Fan Page Haiya BidDoa. Ia merupakan siri capsule animasi 3D 1 minit yang mengajak adik-adik berdoa.. Mari Berdoa dalam bahasa melayunya, mengisahkan perihal Habib dan sepupunya Zara. Masing-Masing 6 dan 5 tahun. Mereka ke tadika, mereka di rumah dan mereka belajar doa..!

Jumaat, 15 Julai 2011

3D Animasi pendek terbaru. Haiya BidDoa (Marilah Berdoa)

3D Animasi Terbaru Haiya BidDoa (Mari Berdoa)

Assalammualaikum... Sudah lama saya tak update blog personal saya kerana kerja pejabat dan rumah sangat ketat, lagi-lagi kesihatan saya agak terjejas kerana saya perlu berehat walaupun ada masa terluang nak berblog, hehee. (^_^)'

Alhamdullilah... Saya sangat bersyukur kerana ada berita yang sangat menarik nak kongsikan kepada anda semua. Satu 3D animasi pendek terbaru yang menarik, cute, dan lucu sesuai untuk semua peringkat umur. iaitu Haiya BidDoa (Mari Berdoa)

Haiya BidDoa merupakan satu siri animasi 3D mengajak anak kecil berdoa. Memperkenalkan adanya doa, mendengarkan doa dan menggalakkannya dalam kerja harian.




Sesiapa ada facebook tue apa kata anda like fan page Haiya BidDoa (Mari Berdoa) di https://www.facebook.com/pages/Haiya-BidDoa/136672186414839. Ia masih dalam proses lagi apa pun sama2 kita meriahkan di fan page ini... \(^_^)/

P/S:- Saya dan rakan sekerja juga turut menjayakan 3D animasi Haiya BidDoa (Mari Berdoa).

babab.net