Rabu, 17 November 2010

Salam Aidil Adha 1431 Hijriah

Assalammualaikum... Ikutkan kebiasaan saya, abang dan ayah balik kampung kat Kelantan sebelum hari Raya Aidil Adha. Hari ini saya hanya beraya di Selangor jee bersama adik cuma pada hari raya kedua pada waktu malam saya balik naik Bas.


Apa pun saya ucapkan kepada semua umat Islam...

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILADHA...


Yang masih dalam perjalanan ke kampung tue ingatlah orang yang tersayang yea, So Berhati-hati Di Jalan Raya...Wink. Oh ya... Bagi yang naik kenderaan awam tue pastikan kita kena jaga barang, dan juga berjaga-jaga orang sekeliling kita. Jangan jadikan Hari Raya Korban bertukar kepada mangsa terkorban... -> Isk.... Perenggan nie sama jee ayat di Entry tahun lepas. [Link] ;P

-> Sebelum nak publich entry nie saya nak buat ucapan raya dalam bentuk vlog lain daripada yang lain. Tapi sayang masih dalam proses lagi kerana ada teknikal yang perlu dikaji dari segi software dan lain2. InsyaAllah... Dalam masa terdekat 'mungkin tahun ini' akan jadi kenyataan.

Isnin, 15 November 2010

Video : Cemerlang Bukan Matlamat Utama

Satu video drama terbaik dan menarik saya ambil dari member FB untuk dikongsikan semua dan sesuai untuk pelajar. Kita saksikan... ;-)

Video drama yang berkualiti. Jalan cerita
terbaik dan menarik...

P/S:- Nak cari part one tak jumpa... Kalu korang jumpa bagi tau kat komen sini, nanti saya akan update entry... ;-)

Ahad, 14 November 2010

Kumpulan Hip-Hop Islamik Terkenal Dari A.S Native Deen BerPencak Silat.

Tentu anda jarang mendengar artis kumpulan Hip-Hop Islamik terkenal dari Amerika Syarikat, Native Deen. Artis kumpulan ini sudah lama bergiat dalam bidang seni sejak tahun 2000. Kebanyakan lagu lebih tertumpu pada masalah yang melibatkan orang Islam di Amerika Syarikat. Lagu terkenal masa dahulu ialah Not Afraid to Stand Alone.

Oklah... Pasal yang saya katakan Native Deen berPencak Silat tue korang tengok video klip terbaru di http://www.youtube.com/watch?v=ifCD8fh5v7M. Pada minit ke 3:58 aksi bertarung melibatkan seorang lawan lima. Saya lihat gaya seorang bertarung ada ala2 Silat. So... Saya saja teka kat komen Fan Page FB Native Deen pasal Martial Art, "I like fight scene... Erk... This Martial Art Pencak Silat or Aikido???". Komen Native Deen "Pencak Silat"...

Komen dari Native Deen. Jika korang ada akaun FaceBook lihat wall yang ditulis 'Its here! "I Am Near" video has been released!' di http://www.facebook.com/nativedeen

Apa pun kita layanzzz video klip terbaru dari Native Deen... (^^,)

Aksi bertarung melibatkan seorang lawan lima yang ada ala2 Silat lihat pada minit ke 3:58.

Apa pun kita patut berbangga Seni Mempertahankan diri Melayu 'Silat' sudah pun dikenali di seluruh negara.

P/S :- Betul ke saya bagi komen dalam Bahasa Inggeris di FB Fan Native Deen.

P/S/S :- Jika korang perasan gambar seorang artis nasyid bersilat lihat di http://www.al-azharsilat.org/ yang pegang kayu panjang.

Jumaat, 12 November 2010

Kutipan Filem Estet Memuaskan. :-D

Saya turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kat pengarah terkenal Malaysia Mamat Khalid telah berjaya mendapat kutipan RM250,000 dalam masa 3 hari dengan hanya cara promosi tradisional dan lain2. Boleh lihat artikal ini di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KutipanEstetmemuaskan/Article

Dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana hasil kerja Visual Effect saya dan kawan di DigiLogic dapat ditayangkan seluruh Pawagam Malaysia. :-D

Trailer Filem 'Estet' 2010.

Bagi saya 'Estet' memang paling the best filem melayu dan kelakar sampai nak pecah perut, korang tidak akan rasa rugi tonton filem Estet arahan Mamat Khalid. Ramai penonton memberikan komen positif citer ini, lihat di link Youtube http://www.youtube.com/watch?v=XF8otSCp8p0. Sekarang filem nie sudah pun mula ditayangkan. So cepat2 lah beli tiket untuk tonton filem ini. :-D

------------------------------------------------------------------------------------------------

PELUANG TERBAIK

Jika anda ingin menceburi pekerjaan di bidang 3D animasi dan modeling sama ada senior atau junior, dan juga Marketing Person. Boleh lah layari http://tulusfikir.blogspot.com/2010/10/jobs-available.html

Khamis, 11 November 2010

Nak Jadi Pelakon RoboCop!!! Upload Gambar Korang Kat Sini...

Gambar saya jadi RoboCop... ;-P

Nak jadi RoboCop!!! Jom upload gambar muka korang kat sini. Nak nampak cantik kena edit seperti 2 contoh gambar dibawah ini:-


Lepas siap edit atau korang ada gambar yang pose depan.... Klik butang Start In This Clip dan Upload Photo.


So... Layanz. (^_')

P/S:- Banyak widgets yang disediakan oleh Oddcast. Layari http://www.oddcast.com/widgets/ . Korang boleh buat widgets lain dari yang lain di blog korang sendiri. Cubalah... ;-)

Ahad, 7 November 2010

RoboWey!!! Bukan RoboCop.

Gambar saya jadi RoboWer bukan RoboCop. Aduh... Menyusahkan. :-P

Al-Kisah babak terakhir cerita RoboCop, entah ke mana Murphy pergi? So saya alihkan tugas untuk settlekan orang atasan. Tension... Tension... Haish... Betul-betul menyusahkan Si Murphy nie... :-P


P/S:- InsyaAllah... Next entry saya akan tunjukkan cara2 nak masukkan muka anda ke movie yang sesuai dan best. Simple jee... So tungguuuuuuu.... ;-)

Khamis, 4 November 2010

Arwah Mikaeel (Micheal Jackson) Sebut 'InsyaAllah'.

Saya saja2 search kat Youtube nak cari lagu remix dari Maher Zain terjumpa plak arwah Mikaeel (Micheal Jackson) sebut 'InsyaAllah'... (^^,)


babab.net