Selasa, 28 April 2009

Event Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Entry ini hanya bersantai sahaja, tapi saja nak kongsi sikit pasal event Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 berlangsung di PWTC sejak minggu lepas. Saya sangat bergembira kerana banyak buku-buku baru dan lama jual masa event tue. Lagi-lagi saya dapat berjumpa orang ternama seperti Ustaz Zahazan, Azizi Ali, Eruwan Gerry Norsen, dan Yusnizam Yusoff. Tapi ada lagi nama-nama pengarang dan penulis buku terkenal cuma saya taip nama tue sebab saya dapat temubual, dan tandatangan...;-). Ambil gambar ada juga cuma dapat satu jee...

Saya (Sebelah kanan "Azwan") bersama seorang Pakar Lelong.com.my dan E-Bay. Eruwan Gerry Norsen (Sebelah kiri) selepas habis temubual...

Pasal saya berbual dengan Pakar Lelong.com dan E-Bay oleh saudara Eruwan Gerry Norsen, banyak dia bagi sedikit sebanyak rahsia, idea, dan teknik bagaimana nak jual beli barang-barang melalui lelong.com. Dan ada juga dia bagi tips bagaimana membeli barang secara berhati-hati di laman lelong.com. Selain itu, saudara Eruwan Gerry Norsen ada juga menceritakan kat saya berkaitan dengan Internet Market. Saya sendiri tak sangka... Rupa-rupanya Internet Market ini memang banyak cabang, bukan setakat buat duit blog, web-site, e-bay, lelong.com, dan Affiliate sahaja. Tapi lebih dari itu... Kalau nak cerita memang panjang pasal buat duit di Internet.

Manakala, saya juga dapat menemubual penulis buku "Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya" oleh Yusnizam Yusoff. Banyak beliau menceritakan tentang buku tue... Selain itu beliau ada juga bagi idea dan cara sedikit macam mana nak jadi Tutor, dan Mentor.

Ok lah... Setakat ini sajalah entry saya. Kalau anda duduk negeri lain saya rasa ada event Pesta Buku tue, kenalah ambil tahu melalui surat khabar, TV, radio, banner iklan, internet, dan lain-lain... Oh yaa.... Kalau anda tak sempat atau busy disebabkan kerja-kerja dan hal-hal lain, atau pun tak sempat beli buku yang anda suka, lagi-lagi anda malas nak pergi kedai... :-p. Jadi saya cadangkan anda belilah buku secara online di kedai-buku.com kerana banyak buku-buku paling TOP, Best Seller, dan terbaru dalam web-site kedai-buku.com... Klik banner di bawah:-

Mudah dan Jimat!

Sabtu, 25 April 2009

Google Nombor Satu Dalam Ranking Alexa

Dulu top-website nombor satu di dunia adalah Yahoo.com... Sekarang ini google.com telah mendapat ranking nombor satu. Saya sendiri tak sangka... Nak tahu tengok gambar dibawah:-

Kalau nak tengok ranking ini sila tekan gambar diatas...

Kenapa google jadi nombor satu...???. Kalau anda ingin tahu layari laman web http://alexa.com/topsites atau pun klik gambar di atas. Di situ dia ada description berkaitan laman web.

Selain itu, laman sosial masa dahulu Myspace menjadi ranking paling teratas. Sekarang FaceBook dapat melintasi ranking Myspace menjadi nombor 4 (MSN pun duduk nombor 5) walaupun ada kontroversi yang mengatakan disebalik FaceBook adalah ejen CIA. Anda boleh downloand di sini.

Saya sendiri menggunakan google kerana banyak kemudahan, semasa saya sekolah menengah dahulu hanya menggunakan Yahoo dan MSN. Tak pernah lagi dengar web-site google masa tue...

P/S:- Minta Maaf kepada pembaca... Saya ada buat post artikal lalu pasal buat Duit Dengan Youthsay. Terpaksa buang artikal itu disebabkan percanggahan Ads Network dari Malaysia... Sebab itu saya tidak ada mood nak buat artikal ini...

Isnin, 13 April 2009

Layan YouTube Sampai Ngantuk...

Kebiasaan anda melayan youtube dalam jangka masa yang pendek, paling tinggi pun dalam 10:00 minit yang saya tahulah. Sebenarnya memang ada youtube berbentuk movie dengan jangka masa yang panjang hampir dalam 2:30 jam.

Antara muka Youtube berbentuk Movie

Perbezaan yang anda dapat melihat antara muka di youtube ini ialah anda boleh tekan butang berbentuk lampu untuk membuka atau menutup, ia akan mengelapkan bahagian-bahagian text comments, search engine, menu bar, related videos, featured videos, ranting, send video, view, Statistics & Data, dan Video Responses. Cuma satu tidak digelapkan iaitu iklan Google Adsense (Maklum laa youtube pun nak cari duit...:-p).

Ok lah... tanpa bercerita panjang lebar apa kata anda layan movie game Metal Gear Solid 4 Gun Of Patriot:-

MGS4 Part 01

MGS4 Part 02

MGS4 Part 03

MGS4 Part 04

MGS4 Part 05

MGS4 Part 06

MGS4 Part 07

Sebenarnya bukan setakat movie game MGS4 sahaja yang ada, anda boleh taip kat bahagian search youtube dengan menaip longplay. Diorang memang kaki main video game dan ia jadikan movie cam Halo 3, Ninja Gaiden, Final Fantasy, dan lain-lain. Siri Anime Yu-Gi-Oh pun ada juga masuk kat youtube dengan masa 25:00 minit, cuma saya tak tahu address dia...;-p. So cuba2lah search kat internet yea...

P/S:-Ini pun secara kebetulan saya search kat youtube nak tengok favorites game saya MGS.

Selasa, 7 April 2009

Artis Antarabangsa Yang Pro Yahudi Dan Pro Palestin

Daripada suka blogwalking sana-sini untuk cari ilham sampai saya dah naik pening kepala... ;-p. Ok... Topik kali nie saya ada terbaca laman blog daripada pengarah Filem Malaysia Mamat Khalid bertajuk "yg cerdik dan yang kambing". Saya sendiri tak sangka diantara artis-artis antarabangsa yang saya suka Keanu Reaves, dan Tom Cruise rupa-rupanya memang Pro Yahudi (Confirm Reject...). Nak tahu tengok gambar dibawah:-

Pro Yahudi

Pro Palestin


Jadi... bagaimana dengan anda...???. Jangan boikot barangan Israel jee... Kita kena boikot artis atau pun filem gak...

P/S:- Harap-harap Mamat Khalid tak marah saya ek ambik artikel nie...;-)

babab.net