Khamis, 20 April 2017

Pengalaman Yang Pertama Kali Ke KL Tower Untuk Pelancaran Produk LUXONE International.

Ado gapo dengan KL Tower dan Produk LUXONE

Sepatutnya kebiasaan selepas event terus jer update post pada hari Isnin (17 April 2017) cuma ada tugasan perlu di selesaikan dahulu. Ok lah... Selama saya bekerja ini antara event lari bidang lah. Sebelum ini kebiasaannya event saya pergi pun pasal demo software, pra-tonton filem, pelancaran filem, bengkel, anugerah dan lain2 berkaitan dengan industri animasi dan filem. Kali ini event saya pergi bersama member2 opis sangat luar biasa bukan saja untuk press conference & Product Lauching tapi lokasinya di KL Tower!!! Awesome beb!!! Selama saya duduk Selangor dan KL ini kali pertama lah.

A post shared by Azwan Alamam (@azwanalaman) on

Asal nak naik kereta member. Tetiba sorang member bagi idea baik naik UBER sebab
dapat elakkan kesukaran dan cas agak mahal parking KL Tower. Naik Proton Exora.

Sudah sampai KL Tower tu diorg bagi tiket dan terus naik lif. Pergh!!! Selalu saya lihat nombor digit lif tu biasanya tunjuk berapa tingkap tapi yang ni tunjuk meter! Masa naik lif telinga dah berdengung beb. Sayang tak ambik gambo dalam lif. Huhuhuuu...

A post shared by Azwan Alamam (@azwanalaman) on

Hah!!! Tiket ke KL Tower kosong ringgit...😅

Lepas keluar dari lif tu sambil tunggu tetamu terhormat dan sebelum acara bermula. Apo lagi berkesempatan melihat bandar2 luar. Huhuhuuu... Aduhyai! Dah lah saya ni tak cukup tidoq rasa hampir pening dan lagi2 hampir rasa gayat. Yolaaa... First time siot pergi KL Tower tapi nak hilangkan gayat saya kena mindset kan yang saya first time datang ambik peluang.

Aduhyai!!! Dah lah saya ni tak cukup tidoq rasa 
hampir pening dan lagi2 hampir rasa gayat.😥

Erk... Sempat lagi ambik gambo mangkuk
jamban canggih. 😅

Owh... Ini ker Press Conference & Product Launching rupanya.
Masa ni VIP tengah On The Way lagi 15 minit sampai ke majlis ni. 😎

Ok... Lepas kedatangan tetamu terhormat. Pengarah filem muda dan kini tauke produk memberikan ucapan berkaitan produk bukan sahaja untuk kecantikan sahaja tapi ia juga untuk kesihatan. Dato' Rosyam Nor turut menggunakan produk ini mengatakan antara produk terbaik dan lain dari lain. Hohooo... Produk tu bernama... LuxOne Argan Oil. Untuk mengetahui selanjutnya berkaitan produk layari http://luxone.com.my/ dan tentang acara detail tu korang pergi di http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1349439.

Press Conference & Product Launching






Nak besar gambor klik jer mana2 gambo yea. 

Oh ya!!! Ini iklan TV produk kecantikan dan kesihatan.

Dah selesai upacara dan makan minum apo lagi jalan2 bersama member opis pergi 1 tempat tumpuan pelancongan dapat melihat pemandangan, barangan cederamata (Aduh! Cedera mata den), dan juga pakai teropong melihat pemandangan (siap member setting ngedap orang mandi daaa...).

Selepas selesai acara so makan dan minum sambil2 tu ambik gambo pemandangan
sebelum pergi ke satu tempat tumpuan pelancongan.


Nak besar gambor klik jer mana2 gambo yea.

Tempat Melihat Pemandangan, Teropong, Dan Barangan CederaMata
Antara Area2 Tumpuan Pelancongan.


Nak besar gambor klik jer mana2 gambo yea.

Heheheee... Top dan Bottom like gambo di instagram saya (https://www.instagram.com/azwanalaman/) ada 2 gambo. Huhuhuuu... Ada satu gambo laju dan meningkat beb. Satu lagi gambo tu ayoyooo 4 like jer gambo bangunan Ambank!!!

A post shared by Azwan Alamam (@azwanalaman) on
TOP nombor 1 beb!!! Banyak like plak gambo instagram saya yang ni. Gatai btoi korang yea... 😂😹

A post shared by Azwan Alamam (@azwanalaman) on
Alololooo... Yang ni sikit jer like? 😓

Ok lah... Selesai dah acara dan berjalan-jalan dalam KL Tower cuma kami pergi pun yang ini jer sempat. Yang Sky deck dan lain2 tu tak sempat pergi sebab kesuntukan masa member nak ambik anak, isteri dan apa2 urusan masing2 lah. Pergi dan balik naik Proton Exora (pemandu lain2) dengan hanya guna service UBER sangat mudah dan menjimatkan duit. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Skop Production, Viper Studio dan juga LuxOne International Sdn Bhd menganjak kami ke acara ini. Dan... Tahniah kepada Syafiq Yusof jadi tauke untuk produk yang lain dari yang lain semoga berjaya dalam berbisnes. 😎

Gambo selepas selesai acara dan berjalan-jalan area KL Tower.
Balik pun naik Proton Exora jugak!!!



Jumaat, 7 April 2017

Video Kata-kata Mutiara Dan Hikmah (Semangat Rerumput) Dibaik Pulih


Lebih 3 minggu saya berehat sekejap menaip blog personal kerana fokus tugasan harian. Ok... Blog entry kali ini pasal 1 video hasil kerja saya kena copyright sejak 10-September-2013 jadi tak ada langsung muzik. Dah macam sunyi sepi.

Aduhyai!!! Kena copyright daaa hantar melalui email saya... 😥

Sekarang ini sudah kembali pulih saya re-edit ambik muzik yang disediakan oleh Youtube bertajuk In Albany New York- The 126ers sejak akhir bulan lepas. Sebelum kena copyright muzik latar saya ambik dari Utada Hikaru - Final Distance. So apa pun layan video kata-kata mutiara dan hikmah...

\(^.^)/


TIPS

Elak kena copyright ni pakai jer apa2 lagu atau muzik yang disediakan dari Youtube atau selain itu pakai muzik yang free royalty boleh search Pak Cik Google jer. Tak effect orang buat duit Google Adsense. 😉

babab.net