Selasa, 28 Februari 2017

[ Review Filem ] Zashchitniki/Guardians - Nasib Baik Tiket Free


Dah 2 bulan saya tak menonton kerana fokus komitmen tugasan harian dan juga di blog saya review filem dulu2 pun tak letak sangat ranting filem. So kali pertama berkesempatan menonton filem dari Rusia 'Guardians' atau nama tajuk dalam bahasa Rusia 'Zashchitniki' dan juga pertama kali letak ranting bintang untuk filem ini.

Huhuhuuuu... Gambo bawah ni dapat tiket free sebab saya redeem kad MBO dengan stress tak ada mesin ATM di Space U8. Ermmm... Dulu ada jer mesin ATM sekarang dah tak ada maybe dalam kegawatan ekonomi kot lagi2 kedai di Space U8 hanya masih ada pun anggaran 17 kedai. Tak semeriah dulu.


SINOPSIS

Guardians mengisahkan projek Patriot yang dijalankan pihak USSR selepas perang dunia kedua. Projek itu menghasilkan manusia-manusia super yang bukan sahaja mempunyai kuasa luarbiasa, malah turut tidak dimamah usia. Saintis yang mengetuai projek ini, August Kuratov, telah mengenakan formula manusia super kepada dirinya sebelum melarikan diri apabila mendengan projek itu akan ditutup.

40 tahun kemudian pada masa kini, August Kuratov kembali dengan kuasa mengawal sebarang jentera atau robot menggunakan kuasa luarbiasanya dan mewujudkan askar klon dalam usahanya memusnahkan dan menguasai Russia. Sehubungan itu pihak tentera Rusia di bawah seliaan Maj. Elena Larina mencari semula subjek-subjek eksperimen projek Patriot dalam usaha mereka mewujudkan kumpulan manusia super bagi menewaskan August Kuratov.

Mampukah mereka menewaskan Kuratov? Segalanya akan terjawab dengan menonton filem ini di pawagam.


REVIEW

'Nasib Baik Tiket Free' itu tajuk saya lah kenapa free sedangkan stress mencari mesin ATM di Space U8. Ok... First saya katakan CGI dia not bad lah walaupun ada babak nampak pelik dan pergerakan kantoi watak superhero seorang beruang jadian (Arsus), macam tak pakai MOCAP (Motion Capture) jer guna pekerja animator buat animation untuk beruang ker? Maybe lah CGI filem ni bagi orang Rusia dianggap bajet tinggi kalau luar negara anggap low-budget. Selain itu action fighting dan prop pun menarik juga. So apa pun dianggap satu tindakan berani kru2 diorang ni menghasilkan filem ada taraf antarabangsa.

Dah puji bab CGI, Action Fighting dan Prop. Part tak best plak... Memang stress wooooooo... Storyline dia memang berterabur, tangkap muat dan passing cite pun cepat sebab kejar limit durasi dia pun 1 jam 40 minit ek? Dialog pun macam terlalu basic sangat dan tak boleh blah orang tu down (hilang semangat) dan bekerjasama pun senang giler dipujuk, rasa macam layan kartun WonderPet pun ada difikirkan balik "Apa yang penting kerja sama... Apa yang penting kerja sama... WonderPet... WonderPet... Yeaaaa!!!"😂😹.

Watak antargonis (watak jahat) tersangat mudah sebab sekoq jer tapi watak protagonis (watak baik) aduhyai mana satu watak utama? Confuse... Perana watak pun macam kurang. Cara lakonan pun biasa-biasa. Dia punya impact cite dia pun tak kuat. Sebelum tayangan ada buat andaian orang kata macam superhero Marver atau DC Comics. Saya plak kata dah macam anime atau team superhero Jepun pun ada sebab ada part guna serangan "KAME... HAME... HAAAA!!!".

KESIMPULAN

Nak menonton ker atau tidak? Macam ni lah kalu suka Action dan keindahan prop atau CGI boleh lah. Kalu bab cite ada kekurangan. So tu yang mampu saya cakap, korang nilai lah apa saya review kan nak menonton atau tidak. Oh ya... Selepas habis cite jangan balik lagi ada sekuel skit tau, dah macam MARVEL plak daaa. Kalau ada next sekuel pun maybe akan pi kot. Huhuhuuuu....

PENILAIAN:-

2.2/5 Bintang... Review ringkas cincai bingkai di Facebook dan Instagram saya bagi 2.5 bintang. Lepas menaip dan baca balik review so 2.2 bintang.😓

Sabtu, 25 Februari 2017

Kenangan Pertama Kerja 3D Animator Dan VFX Untuk TV & Filem

Cover hadapan 'Mega' ni dihasilkan dari Nazri Ghazali (Mike).

Dulu-dulu ruangan 'Mega' di akhbar 'Utusan' pada 12 September 2006. Dari syarikat ini lah saya bermula kerja sebagai 3D Animator dan VFX untuk animasi siri RTM dan juga Antarabangsa, kapsul animasi, iklan kempen dan buat VFX 1 filem melayu.

Sebelum kerja di syarikat yang ini banyak buat 2D animasi (3D pun tak banyak sangat) dan programming untuk tender kerajaan/swasta koswer pendidikan sekolah rendah dan menengah.

Tak lah popular pun cuma muka saya ada masuk akhbar ni. Tak ada cakap2 wartawan. Huhuhuuu...

Gambar saya dan kawan2 berdiskus tentang shot animasi sekadar lakonan. Huhuhuuu... Yang warna hitam tu saya terpaksa censorship atas sebab privasi.







P/S:- Sekarang tak tahu lah syarikat ini sudah berpindah katanya area Sungai Buloh? Wallahualam...

babab.net