Rabu, 11 Februari 2009

Perbezaan Antara Ilmu Dan Harta

Pernah disampaikan oleh Ali r.a kepada 10 orang Khawarij yang bertanyakan beliau mengenainya.

Ilmu adalah warisan nabi-nabi, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Syidad atau Firaun.
Orang yang berilmu banyak kawannya sedangkan orang yang berharta banyak musuhnya.

Jika ilmu diberikan kepada orang lain ia bertambah. Tetapi jika harta diberikan kepada orang ia akan berkurangan.

Orang yang berilmu disebut Kariim (mulia) sedangkan orang yang berharta disebut bakhil. Harta minta dijaga daripada pencuri, sedangkan ilmu tidak perlu dijaga.

- Orang yang berharta dihisab, orang yang berilmu mendapat syafaat.
- Harta akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.
- Harta mengeraskan hati, sedangkan ilmu tidak.
- Orang berharta dapat mengaku sebagai Tuhan (kerana hartanya) sedangkan orang yang
berilmu mengaku sebagai hamba. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan.

Menurut Iman Mahdawi, ilmu-ilmu bermanfaat ialah:

- Ilmu yang mengetahui hak-hak waktu.
- Ilmu menjernihkan hati.
- Ilmu membenci keduniaan
- Ilmu untuk mendekatkan kepada syurga.
- Ilmu untuk menjauhi neraka.
- Ilmu untuk meningkatkan rasa takut kepada Allah.
- Ilmu untuk mengharapkan Allah.
- Ilmu untuk mengetahui akibat2 yang ditimbulkan hawa nafsu.
- Ilmu untuk membersihkan hawa nafsu.

Keutamaan Penuntut ilmu:

- Diangkat darjatnya.
- Dijamin rezekinya.
- Dimasukkan ke dalam syurga dengan mudah.

Ahad, 8 Februari 2009

Berkongsi Video Melalui www.lepak.tv

Selalunya anda berkongsi video hanya melalui Youtube.com kerana ia adalah salah satu laman web yang ke-4 paling popular di dunia. Selain itu ada juga laman-web yang hampir menyerupai youtube.com contoh metacafe.com, blaugh.com, video.yahoo.com, video.google.com, vodpod.com, dan lain-lain...

Kepada anda yang mahu kelainan untuk berkongsi video apa kata anda cuba ke laman web ini http://www.lepak.tv/. Untuk pengetahuan anda laman web ini telah dibina sejak Februari 2008. Ada yang memberikan gelaran laman web ini adalah youtube versi Malaysia. Kelebihan lepak.tv ini ia juga menyediakan link untuk blog dan web, share on facebook, bookmark, komen, add to playlist, create new playlist, add favorites, dan lain-lain.


http://www.lepak.tv/


Sumber maklumat yang diperolehi:-

http://www.musiclah.tv/aboutus.php

http://www.crunchbase.com/company/lepak-tv

http://www.pixelmedia-asia.com/



ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Jumaat, 6 Februari 2009

Mengenali Personaliti Melalui Jenis Darah

Sesetengah orang dengar pasal darah tentu rasa takut kan... Ok... Sekarang kalau anda nak tahu jenis darah???... Apa kata baca artikal di bawah ini kerana darah juga boleh mengenali personaliti. Kalau rasa ragu-ragu elok pergi jumpa doktor atau pun anda buat derma darah (Dapat pahala besar derma darah). So check it out...

Darah A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.

Darah B
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.

Darah O

Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.


Darah AB

Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.


Darah ABC

???... Suka makan Ais Batu Campur kot... Tengah kaji selidik tentang darah ABC... So siapa ada darah ABC, boleh komen sedikit kat blog nie... ;-p


Ahad, 1 Februari 2009

Hamster VS Kucing

HABIS...HABIS...HABIS LAA...

Berat laa kali nie dua ekor binatang nak gaduh...

Tapi...

Alahai... sekali sama-sama saling kasih sayang daa...


Entah laa... Saya ingatkan nak gaduh... Ok laa...


Alang-alang nak ambik gambar, tahu plak nak tengok kamera... Huhuhuu...

Kucing tu nama dia Fitri coz abang saya jumpa masa hari raya kedua kat depan Masjid Al-Bukhary di Kedah tahun lepas (2008). Sekarang nie Si Fitri tue family saya yang jaga...;-p

Si Hamster tue sebenarnya sepupu saya belikan coz untuk buat drama kat TV. Tapi tak der sapa nak jaga so bagilah kat saya...



babab.net