Jumaat, 10 Februari 2023

KRU (Collaboration PEPSI) - Never Let The Spirit Die [Interactive CD-ROM '1998']


Antara album CD lagu melayu dari kumpulan artis rap terkenal, KRU. Masih saya simpan tetapi ia lain dari kebiasaan berbanding album lagu artis melayu biasa yang lain.

Album ini dikatakan release sebelum bersempena Sukan Komanwel, Kuala Lumpur 1998. Seperti biasa acara sukan berprestij akan ada lagu tema jadi beberapa artis turut menjayakan walaupun akhirnya ia lagu tema sampingan dinyanyikan oleh KRU bertajuk ‘Never let the spirit die’. Yang best kolaborasi Pepsi tuuu!

Album ini dikategorikan ‘CD Single’ atau ada panggil ‘Maxi Song’ tidak sama seperti kebiasaan album track dicampurkan. Kuantiti pengeluaran tersangat terhad ia hanya untuk DJ dan pengulas membuat promosi lagu.

Selain itu diselitkan interaktif CD atau juga panggil Koswer. Tidak terjangka program interaktif Macromedia (sekarang Adobe ambil alih semua pegangan) masih boleh dimainkan di Windows 11 walaupun dikatakan defunct.

Apa pun saksikan video ini tentang album CD agak lain dari yang lain ada apa dalam kandungan interaktif/koswer CD-ROM di https://youtu.be/0eYWnrqgQiA

babab.net