Jumaat, 25 Jun 2010

Muzik Industri Dan Mengapa Michael Jackson Dibunuh

Sekejap sahaja sudah masuk 25 Jun 2010. Oklah... Anda ada terbaca surat khabar Kosmos kelmarin berkaitan artis antarabangsa paling terkenal iaitu Micheal Jackson. Kalu tidak sempat boleh baca di Kosmos Online, klik tajuk ini -> Kematian MJ: Setahun kemudian

Mikaeel (Nama Islam)
Micheal Jackson (Nama asal Michael Joseph Jackson)
(August 29, 1958 – June 25, 2009)

Tiga hari lepas saya search ada terjumpa satu tajuk di YouTube, bagi saya ia menarik dan perlu kongsikan kepada semua pembaca berkaitan Muzik Industri Dan Mengapa Michael Jackson Dibunuh. Apa pun anda saksikan video dokumentari ini...




Untuk part 3 hingga part 8 saya tak jumpa. Jadi saya bagi yang part 9 sahaja...


  • Adakah ia satu kebetulan pemergian beliau ada kaitan illuminati??? Ada juga sesetengah pihak mengatakan disebabkan makan pil, dan Micheal Jackson meninggal disebabkan ada orang rancang untuk membunuh... Kematian Micheal Jackson menjadi suatu misteri.
-> Saya cadangkan anda layari Youtube Channel di FarhanK501'S. Banyak info yang bagus...

Selasa, 22 Jun 2010

M.U.G.E.N Enjin Game Khas Untuk Hasilkan Fighting Games 2D

Baru jee tukar theme blog personal 2 hari lepas kerana ada satu setting khas yang sangat best dan senang nak buat. Ok lah... Kali nie saya nak kongsi skit aplikasi2 yang saya explore sejak hampir 2 bulan lepas. Nak tahu ialah M.U.G.E.N.

Selalunya korang dengar MUGEN nie mesti kenderaan Honda. Tapi apa yang saya nak kongsi pasal aplikasi M.U.G.E.N ini korang boleh cari mana2 web-site untuk character pelik2 (cth :- ultraman, mask rider, ryu, ken, kyo, iori, wolfverine, superman, dll), stage, screen pack (Select Character), bar life atau Gauge, Introduction, dan lain-lain. Yang paling best korang boleh hasilkan sendiri. :-D

Naruto Vs Evil K

MegaMan Vs God Kyo

Dragon Ryu Vs UltraMan


Jika korang search kat Youtube taip "MUGEN". Terlalu banyak tajuk2 pertarungan antara character, dan power pelik2. ;-P

Korang nak main game nie firstly download aplikasi di http://www.elecbyte.com/mugen. Ia tidak perlu bayar, ianya PERCUMA.

Ok... Antara source korang boleh dapatkan tutorial dan download character2, stage, dll:-

Tutorial Untuk Setup dan buat sendiri:-

Untuk Download Character, Stage, dll:-

Forum khas untuk perbincangan:-

Itu sajalah saya nak kongsikan. Tapi bila diingatkan balik semasa saya tingkatan 5 dan semasa kolej kenapa lah budak2 nak sangat beli cd game jenis fighting2 yang ada character lucah. Bila saya lepas download dan setup game nie baru perasan dan teringat. Ia memang sama cuma diubahsuaikan.

PERHATIAN:-

Tujuan saya kongsikan berkaitan aplikasi M.U.G.E.N sekadar info sahaja. Jika ada sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk hasilkan permainan ini untuk berniaga, dan perkara-perkara negatif adalah tanggungjawab anda sendiri.

Selasa, 15 Jun 2010

Anime Naruto Menggunakan Simbol2 Illuminati

Dua hari lepas saya saja2 search Internet berkaitan isu-isu semasa. Secara tak sengaja saya search di Youtube ada ternampak pasal anime Naruto menggunakan simbol2 illuminatic. Saya amat terkejut juga apabila melihat 2 video menunjukkan simbol2 illuminatic yang tersembuyi anime Naruto nie. Jadi... Apa kata korang lihat sendiri 2 video nie:-




Kenapa anime menjadi popular??? Mungkin sesetengah anime menggunakan simbol2 illuminatic menjadikan tangkal bertujuan untuk tarikan penonton. Tengok lah artis antarabangsa sekejap jadi popular dan juga paling top menggunakan simbol2 illuminatic contoh Celine Dion, Hannah Montana, Dwayne "The Rock", Lady Gaga, Madonna dan lain2. Artis2 Malaysia dan Indonesia saya tak nak sebut coz korang mesti tahu punya...

So lepas nie cuba jangan layan mana2 movie dan kartun yang ada kaitan pertubuhan Freemanson sepeti Illuminati, B’nai B’rith, Bahaiyah, dan Kesaksian Yehova kerana inilah usaha orang2 Yahudi Zionist suka memuslihatkan, merosakkan dan memecah belah kaum, bangsa, dan agama lain...

Isnin, 14 Jun 2010

The Karate Kid (2010) Ada Bagus Dan Tidak Pun Skit Jee...

Kelmarin (Ahad) sempat juga melihat filem The Karate Kid (2010) saya katakan bagus dan ada juga yang tak bagus skit.

First apa yang saya katakan bagus filem ini ia ada mesej. Saya bagi point2 kenapa bagus:-
  • Erti sebenar seni beladiri bukan untuk bergaduh, menunjuk dan bertindak tiada belah kasihan tetapi seni beladiri sebenarnya untuk menambah ilmu, menguatkan jati diri, fokus, bertindak jika berlaku situasi bahaya, dan membalas dengan psikologi baik. (Sebenarnya terlalu banyak kebaikan seni beladiri tapi saya bagi point untuk filem ini sahaja)
  • Menghormati orang tua.
  • Terima hakikat dan budaya apabila berpindah ke luar negara.
  • Fokus betul-betul apa yang kita minat. Kepada kawan2 atau kekasih jangan kacau dan hancurkan minat seseorang, bagilah sokongan baik dan ambil tahu.
  • Ikut adat2 luar negara, bagi orang Islam ikut adat2 yang sepatutnya (Filem nie tak ada orang Islam cuma sekadar menambah jee).
  • Tanggungjawab seorang lelaki.
  • Jika ada kesilapan mengakulah. Jangan simpan, tunjuk ego bodoh dan biarkan. Yang penting berubah untuk lebih baik dan belajar kesilapan.
  • Sahut cabaran dan jangan mengalah.
Itu pandangan saya mesej2 bagus dalam criter nie. Ok... Apa yang saya kata tak bagus citer nie:-
  • Ada adegan watak utama dan awekznya mencium di tempat wayang kulit. (Biasalah... Filem Mat Saleh mesti ada selit adegan mencium... ;-P)
  • Seni Beladiri yang ditunjukkan bukan Karate-Do. 100% Kung-Fu, memang lari tajuk filem tue. Haish... Lain kali mengarah filem tue sepatutnya kena taruk The Kung-Fu Kid. Baik saya tengok filem The Karate Kid dulu2 dibintangi oleh Daniel Larusso dan mendiang Keisuke Miyagi (Meninggal dunia pada tahun 2005) kerana apa yang ditunjukkan seni beladiri memang betul. Filem The Karate Kid (2010) yang sekarang pengajar (Jackie Chan) pun Kung-Fu bukan Karate-Do... :-P
Itu jee lah pandangan saya berkaitan filem nie. Kesesuaian filem nie bagi saya digalakkan sangat budak2 remaja yang nakal2 dan lemah semangat tue tengoklah criter nie dan ambil pengajaran. Lepas layan nie joinlah mana2 persatuan2 bagus untuk membina Jati Diri yang baik. :-D

P/S :- Saya tengok filem nie ada sedikit sama budaya kita sekarang.
P/S/S :- Baru nak tayang kat Malaysia. Kat negara lain dah kuar VCD, DVD, dan Blu-Ray... :-P

The Karate Kid 1 hingga 4. Filem dulu-dulu...

Isnin, 7 Jun 2010

SIARAN ULANGAN SERI BUDI EMAS, SETIAP ISNIN, 10 pagi, RTM 1


Assalamualaikum dan Selamat pagi semua!

Pagi ni kami ada berita gembira untuk dikongsi bersama. Untuk pengetahuan peminat kartun 3D animasi Malaysia, mulai minggu ini setiap Isnin, jam 10 pagi, siri animasi SERI BUDI EMAS akan diulang tayang di RTM 1.

Seri Budi Emas adalah salah satu produk Digilogic (M) Sdn Bhd yang dulunya pernah bersiaran di RTM 1 pada tahun 2007.

Diharapkan dengan siaran ulangan siri SERI BUDI EMAS di RTM 1 ini dapat melepaskan rindu peminat animasi kepada Lagenda sanjungan kita seperti Mahsuri, Hang Li Po, Puteri Santubong, puteri Gunung Ledang dan ramai lagi.

Support Local 3D animation!!

EMIELZA
AWE a.k.a Azwan2010 (Ubah Suai dan Correction Skit)
31 Mei 2010

Selasa, 1 Jun 2010

Melukis Kucing Plak... ;-)

Semalam lukis orang dengan menggunakan mouse (Terlupa nak bagitau semalam... :-P). Ok lah hari nie saya melukis kucing dengan menggunakan Pen Table, senang dan cepat skit berbanding dengan menggunakan mouse. So bleh lah tengok step by step saya hasilkan lukisan kucing... ;-)








P/S:- Cuba korang slowkan speed seblum keluar teks. Saya ada buat animation skit, ada lawakz... ;-P

babab.net