Rabu, 29 November 2017

Kisah Ku Berhadapan Persepsi Orang Malaysia Dalam Industri Multimedia, Animasi & Kesan Visual



Assalammualaikum... Lama jugak saya tak update blog personal kerana busy kejar dateline sampai lebih 5 filem dalam dan luar negara tak sempat nak post review filem. Huhuhuuu... Teringat masa makan seorang diri di Restoran ada pasangan (saya tak kenal) saja-saja berbual dengan saya tentang 'Kerja apa?' terlintas nak post pasal berhadapan persepsi orang kita. Macam-macam orang kita yea... 😂

2001 - Pertengahan 2004

Mula-mula kerja secara practical, freelancer, part time (walaupun masih belajar kolej dalam sekitar tahun 2001 hingga 2003) dan kontrak sebagai Animator Multimedia Designer persepsi biasa saya berhadapan kawan berlainan bidang atau client ialah "koa pakai software apa utk edit gambo?", "koa buat kartun macam mana?" dan macam biasa lari bidang "Koa boleh tak format PC?".

Pertengahan April 2006 - Akhir Oktober 2014

Dari sini saya bermulanya kerja sebagai 3d animator di sebuah company tidak terkenal dimata masyarakat tapi dalam industri animasi dan vfx di Malaysia ramai mengenali cuma... Persepsi biasa masyarakat "Kerja animasi!!! Koa ker buat animasi Upin Ipin atau BoboiBoy?" Aduhyai... Walaupun saya bukan buat pun tapi ramai pak/mak cik, pelajar (Sekolah, Kolej dan Universiti) dan juga masyarakat selalu lah kata macam tu. Ada tak boleh blah di hospital masa gi buat rawatan checkup (lepas kena kemalangan) tukang registration tu baca tulisan saya diborang dan bertanya "Juruanimasi! Kerja apa tu?". Dah lah tengah sakit terpaksa explain plak tapi alhamdulilah ada kawan dia tolong explain kan. Huhuhuuu... Stress wooo.

Akhir bulan 11 2014 - Sekarang

Kerja sebagai 3D Generalist untuk buat animasi dan VFX filem dan drama persepsi selalu lah orang mesti akan kata "Pergh!!! Best macam tu hari2 jumpa artis terkenal" sampai lupa terus orang nak cite pasal kerjaya, artis punya pasal lah kan.

Wallahualam... Ini antara persepsi biasa saya hadapi jumpa orang kita lah. Huhuhuuu... Macam-macam lah orang Malaysia. Teringat dulu boss tempat kerja lama ada kata di Jepun masyarakat diorang sangat menghormati dan tabik spring orang bekerja sebagai Animator atau VFX.




babab.net