Rabu, 20 Januari 2010

Pertama kali pergi rawatan Bekam

Asalnya saya fikir nak derma darah untuk tahun ini. Tetapi pada hari sabtu malam secara kebetulan saya berjalan-jalan dekat pasar Malam di Uptown Damansara terjumpa satu tempat baru ada buat rawatan untuk urut refleks, Urut badan, dan yang terbaru rawatan Bekam. Harganya murah bekam angin RM10 untuk semua point bahagian badan sahaja, bagi Bekam darah salah satu point dekat bahagian badan RM15. Saya fikir-fikir buat pada hari ahad kerana bawa bujet sikit masa itu. ;-P

Ok... Ini gambar-gambar saya kena rawatan bekam pada hari Ahad. Ops... Saya cover bahagian perut dan kepala. Hehehee... ;-)

Bekam angin hanya RM10 semua bahagian.

Selepas Bekam angin. Ada bekas badan terlalu merah itu tanda ada masalah penyakit saya.

Bekam Darah

Semua jumlah saya bayar hanya RM130 percuma satu bahagian badan untuk bekam darah dan urut badan. Ini sangat murah saya sudah tengok mana-mana kedai buat rawatan bekam satu bahagian untuk bekam darah RM20 atau RM50.

Untuk mengetahui kelebihan bekam ini anda layari blog ini http://promote5.blogspirit.com.

Bagi saya rawatan bekam paling bagus selain daripada rawatan yang saya kena sekali masa dahulu iaitu akupuntur. Saya dah rasa selepas rawatan bekam ia meringankan masalah sakit kepala, dan badan. Jadi anda cubalah rawatan ini walaupun nampak gerun kerana darah tetapi ia memberi kesihatan. (^_^)

P/S :- Kalau boleh saya nak cuba rawatan bekam dengan menggunakan lintah. ;-)

P/S/S :- Nasihat saya, orang yang sudah derma darah elok biar lepas 3 atau 6 bulan baru boleh buat bekam. Jikalau sudah buat bekam biar lepas 3 atau 6 bulan untuk nak derma darah. Tujuannya ia membentukkan kembali darah kita seperti biasa...





3 ulasan:

  1. erm.. bagus juga bekam nie.. nak cuba jugalah...

    BalasPadam
  2. Cubalah... Bekam lagi bagus dari akupuntur krn ia keluarkan darah kotor.

    Dulu pakai pisau kecil, sekarang menggunakan alat Pena Jarum (lancet device) rasa macam gigit semut. ;-P

    BalasPadam
  3. bekam darah pon ade kesan lebam merah jugak ke?

    BalasPadam

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net