Rabu, 16 Februari 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya...

Kredit :- Dari Rakan FaceBook Dan blog Kaymama...

-> Alamak!!! Lepas nie kena taip betul2 kat sms...

PERHATIAN

Ramai yang keliru dan mempertikaikan sejak orang berkongsi artikel (termasuk sayalah) berkaitan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM' dari sumber yang kita tidak ketahui kesahihannya. Ini adalah jawapan dari rakan FaceBook yang baru saya buat post di blog personal saya, layari http://gengblogger.com/v/371984.

15 ulasan:

  1. assalamualaikum..trima kasihh atas info yg baik..em slama ni klau dkt msg tulis salam je..mm..

    BalasPadam
  2. info trbaik bro..nnti nk share , thx :D

    BalasPadam
  3. bagusla amat prihatin.. tapi kan jom baca blog ustaz Love, insya-Allah bermanfaat... fikir-fikirkan.. =)

    http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-as-salam-ke-salam/

    BalasPadam
  4. @Ahyad:- Mekasih berkongsi info... Jadi boleh gunalah perkataan salam.

    BalasPadam
  5. dah lame tahu , tapi ade juga yang degil . durang kate yangg merepek nak durang juga betul , manusia susah nak tetima kenyataan orang bukan :) apapun shared nih yang bagus setidak dapat memberi peringatan kepada kita :)

    BalasPadam
  6. aku baru tauu.. bagus la entry mc ni.. kalo x org melayu kite akan terus bergelumang dgn dosa je kan..

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum
    Thank you for sharing.
    Mohon keizinan untuk share info ini di dalam blog saya: http://www.inanur.com.
    Terimakasih.

    BalasPadam
  8. Aik tajuk ni popular ari ni? tengok blog aku
    (post 24 januari 2011)

    http://kaymamablog.blogspot.com/2011/01/perkataan-salam-apa-maksudnya.html

    BalasPadam
  9. Hurm tapi bukan yang penting niat kat hati kite ke? contoh babi kat spain = bayi. senang cite niat kite kot yg tentukan maksud perkataan. apa2 pon nice info. As salam..

    BalasPadam
  10. @Kaymama:- -> Saya masukkan link address blog kaymama punya pasal tajuk nie di bahagian kredit post blog saya...

    -> Baru tau pasal post nie. Dah lama rupanya...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Saudara, perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

    Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

    Lihat jawapan lengkap bertajuk Jawapan kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" di http://www.facebook.com/notes.php?id=1222273047

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas peringatan anda, ramai keliru dan mempertikaikan sejak orang berkongsi artikel (termasuk sayalah) berkaitan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN 'SALAM' dari sumber yang kita tidak ketahui kesahihannya. Ini adalah jawapan dari rakan FaceBook yang baru saya buat post di blog personal, layari http://gengblogger.com/v/371984.

    BalasPadam

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net