Ahad, 8 Mei 2011

Relevankah hari ibu disambut di kalangan umat Islam?

Siapakah yang paling utama mengingati dan mengenang jasa ibu? Jawabnya, sudah pastilah anak-anak.


Sambutan hari ibu menjadi satu keperluan di kalangan masyarakat Barat, lantaran berleluasanya keruntuhan institusi keluarga sehingga ibu tidak dihormati malah dilupakan. Ibu-ibu yang terlalu tua pula ada yang dianggap sebagai beban.


Dengan adanya hari ibu akan memberi peluang kepada anak-anak menunjukkan kasih dan hormat kepada mereka.


Hilang kasih sayang, hormat dan taat anak kepada ibu kerana majoriti anak-anak membesar di bawah jagaan pembantu rumah atau pusat asuhan. Sebab itu di Barat adanya apa yang dinamakan taman asuhan, sekolah makan (eating school), sekolah main (playing school), pra-tadika dan tadika.


Semua institusi ini tempat anak membesar tanpa mendapat kasih sayang ibu, secara langsung institusi tersebutlah merupakan ibu-ibu mereka.


Relevankah hari ibu disambut di kalangan umat Islam?


"Syurga di bawah tapak kaki ibu". Dalam Islam, anak mengenang jasa ibu bukan sahaja semasa hidup.


Dituntut anak menyantuni ibu bapa hingga perkataan "ah" pun dilarang. Seorang anak sudah dianggap tidak mengenang jasa ibu bapa sekiranya meninggalkan berdoa lebih dari seminggu. Doa anak yang soleh terus mengalir kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia.


Ikatan ibu bapa dan anak bukan sekadar pertalian darah dan zuriat. Lebih dari itu ada jalinan tersembunyi sehingga dosa anak memungkinkan ibu bapa turut menanggung bersama. Dan pahala anak juga turut menjadi saham kepada ibu bapa.


Bagi umat Islam, Hari Ibu sebenarnya disambut tiap-tiap hari. Jasa ibu dikenang hingga ke Akhirat. Tiada sebarang alasan untuk memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa walaupun mereka masih kafir sedangkan anaknya telah Islam.


Syurga di bawah tapak kaki ibu


Kredit :-

Mohd Fadli Yusof

https://www.facebook.com/mfadli11

http://www.facebook.com/note.php?note_id=420924481718

P/S:- Jika ada persoalan yang timbul dari artikal ini bolehlah anda terus ke FaceBook Ustaz Mohd Fadli Yusof.



Lawat Halaman Penaja:

Bestari Shop - Produk Pemakanan Sunnah - NR Bashirah

Berumrah bersama kami - Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan. Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

2 ulasan:

  1. Ya, jika berjauhan jangan tunggukan hari ibu baru nak telefon..kalau boleh tiap-tiap hari telefon..

    BalasPadam
  2. sy sememangnya tidak menyambut hr ibu utk mak sy, mak mentua atau diri saya sendiri sbgai ibu.bg sy, sy sayangkan kedua dua mak setiap hari dan sy mahu anak2 juga menyayangi sy setiap hari. sy boleh beri hadiah pd mak pd bila2 masa yg sy suka, boleh melawat mrk pd bila2 masa yg sy suka, boleh call mrk pd bila2 masa sy suka, boleh membawa mrk berjln2 pd bila2 masa yg sy suka...semuanya x memerlukan penetapan waktu yg sekian2. sbb sebenarnya mrk ada di dlm hati sy setiap hr, setiap masa...sy mahu anak sy juga mempunyai perasaan yg sama...

    BalasPadam

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net