Jumaat, 26 September 2025

Komik Epik Lagenda Hang Tuah Akan Diterbit!

Lama tak update di blog personal hampir-hampir nak masuk 2 tahun kerana urusan kerja dan hanya fokus perkongsian di media sosial lain. 😅

Ok lah... Pada 24 September 2025 lepas saya berkesempatan pergi ke Pesta Buku di Sungai Petani, Kedah. Terjumpa komik terbaharu Hang Tuah sangat cantik dan kemas.

Saya ada lihat dalam komik kualiti lukisannya...... PERGH!!! Professional, sangat cantik, kemas, dan paling sangat-sangat saya puji ialah stroke lukisannya memang sangat tepat dengan identiti Malaysia!!! Sangat sesuai dijadikan koleksi dan boleh dijadikan khazanah. 🤯

Oh ya... Siapa tidak kenal yang melukis komik ini sangat terkenal dan memang lagenda lah. Kartunis Jaafar Taib. Pengasah Majalah Gila-Gila, Bambino, dan Humour.

Ikut kata penerbit, komik ini akan diedarkan ke sekolah rendah dan menengah. Ada rezeki saya nak miliki juga komik ini. Sebelum ini yang ada pun komik Ranjau dari arwah kartunis Zoy.

~> Bahagian dalaman komik ini saya tidak dikongsikan atas arahan penerbit buku. Untuk mengetahui harga boleh bertanya pihak ITBM (Institut Terjemahan Negara Malaysia) atau DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net