Jumaat, 6 Februari 2009

Mengenali Personaliti Melalui Jenis Darah

Sesetengah orang dengar pasal darah tentu rasa takut kan... Ok... Sekarang kalau anda nak tahu jenis darah???... Apa kata baca artikal di bawah ini kerana darah juga boleh mengenali personaliti. Kalau rasa ragu-ragu elok pergi jumpa doktor atau pun anda buat derma darah (Dapat pahala besar derma darah). So check it out...

Darah A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.

Darah B
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.

Darah O

Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.


Darah AB

Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.


Darah ABC

???... Suka makan Ais Batu Campur kot... Tengah kaji selidik tentang darah ABC... So siapa ada darah ABC, boleh komen sedikit kat blog nie... ;-p


5 ulasan:

  1. Kiter copy citer ni pastu share kat blog kiter ek... Jangan risau, kiter promote blog ni gak nanti...

    BalasPadam
  2. Ok...
    No hal lah Intan...
    Cara macam tue lg bagus...
    Sy buat blog nie nak kongsi ilmu dan pengalaman...;-)

    BalasPadam
  3. wow..info yg menarik....

    cm btul je ciri2 jenis B 2...
    hehehe...

    BalasPadam
  4. update kn lagi ttg darah ni bleh tak?hehe

    BalasPadam
  5. InsyaAllah...
    Kalu kalu ada masa saya akan post pasal darah...
    ;-)

    BalasPadam

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net