Isnin, 14 Jun 2010

The Karate Kid (2010) Ada Bagus Dan Tidak Pun Skit Jee...

Kelmarin (Ahad) sempat juga melihat filem The Karate Kid (2010) saya katakan bagus dan ada juga yang tak bagus skit.

First apa yang saya katakan bagus filem ini ia ada mesej. Saya bagi point2 kenapa bagus:-
  • Erti sebenar seni beladiri bukan untuk bergaduh, menunjuk dan bertindak tiada belah kasihan tetapi seni beladiri sebenarnya untuk menambah ilmu, menguatkan jati diri, fokus, bertindak jika berlaku situasi bahaya, dan membalas dengan psikologi baik. (Sebenarnya terlalu banyak kebaikan seni beladiri tapi saya bagi point untuk filem ini sahaja)
  • Menghormati orang tua.
  • Terima hakikat dan budaya apabila berpindah ke luar negara.
  • Fokus betul-betul apa yang kita minat. Kepada kawan2 atau kekasih jangan kacau dan hancurkan minat seseorang, bagilah sokongan baik dan ambil tahu.
  • Ikut adat2 luar negara, bagi orang Islam ikut adat2 yang sepatutnya (Filem nie tak ada orang Islam cuma sekadar menambah jee).
  • Tanggungjawab seorang lelaki.
  • Jika ada kesilapan mengakulah. Jangan simpan, tunjuk ego bodoh dan biarkan. Yang penting berubah untuk lebih baik dan belajar kesilapan.
  • Sahut cabaran dan jangan mengalah.
Itu pandangan saya mesej2 bagus dalam criter nie. Ok... Apa yang saya kata tak bagus citer nie:-
  • Ada adegan watak utama dan awekznya mencium di tempat wayang kulit. (Biasalah... Filem Mat Saleh mesti ada selit adegan mencium... ;-P)
  • Seni Beladiri yang ditunjukkan bukan Karate-Do. 100% Kung-Fu, memang lari tajuk filem tue. Haish... Lain kali mengarah filem tue sepatutnya kena taruk The Kung-Fu Kid. Baik saya tengok filem The Karate Kid dulu2 dibintangi oleh Daniel Larusso dan mendiang Keisuke Miyagi (Meninggal dunia pada tahun 2005) kerana apa yang ditunjukkan seni beladiri memang betul. Filem The Karate Kid (2010) yang sekarang pengajar (Jackie Chan) pun Kung-Fu bukan Karate-Do... :-P
Itu jee lah pandangan saya berkaitan filem nie. Kesesuaian filem nie bagi saya digalakkan sangat budak2 remaja yang nakal2 dan lemah semangat tue tengoklah criter nie dan ambil pengajaran. Lepas layan nie joinlah mana2 persatuan2 bagus untuk membina Jati Diri yang baik. :-D

P/S :- Saya tengok filem nie ada sedikit sama budaya kita sekarang.
P/S/S :- Baru nak tayang kat Malaysia. Kat negara lain dah kuar VCD, DVD, dan Blu-Ray... :-P

The Karate Kid 1 hingga 4. Filem dulu-dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net