Rabu, 13 Oktober 2010

Kekuatan Nasyid Atau Islamik Muzik Yang Super Luar Biasa

Perkara biasa bila kita mendengar lagu2 membuatkan keluar air mata, bersemangat, menari, berbreak Dance, menjerit-jerit, mengelamung, angan2, dan lain-lain. Tapi ada juga lagu atau muzik yang keras turut pendengar layan sampai bila membaca dan memahami lirik, rupa2nya ada unsur yang tidak senonoh, kurang enak, dan paling teruk memuja syaitan...

Bagaimana dengan muzik yang berbentuk Islamik atau nasyid. Saya ada terdengar rancangan Malaysia Hari Ini sebelum interview Maher Zain (Time tue Maher Zain kelam kabut nak sampai ke studio MHI disebabkan kesesakan lalu lintas), Wardina memberikan fakta tentang seorang peminat Maher Zain dari Filipina tertarik dengan nyanyiannya sehingga memeluk Islam. Ada juga semasa saya pergi meminta tandatangan dan bergambar Maher Zain di The Curve, Non-Muslim turut meminatinya.

Artis Muzik Islamik Antarabangsa paling Top seluruh dunia. Salah satu lagu paling popular 'InsyaAllah' sekarang jumlah penonton YouTube terkini mencecah 2 Juta dalam masa 6 bulan.

Jom!!! Sokong Artis Islamic Song International Maher Zain cuba memecah rekod, tekan SINI. :-D

Saya teringat ada satu kumpulan Nasyid Malaysia dahulu paling Top, Raihan. Non-Muslim pun tertarik lagu nasyid kumpulan ini sehingga ada satu kisah semua keluarga memeluk Islam. Tapi yang paling luar biasa sehingga Queen Elizabeth turut meminati sehingga meminta Raihan datang ke England untuk membuat persembahan.

Masa saya sekolah menengah lagu nasyid melayu paling saya layan dan sekarang pun saya layan, Raihan - Iman Mutiara.

Jom!!! Sokong Artis Nasyid Malaysia, Raihan. Klik antara dua link:-

Kisah Benar Wanita Dari Belanda Memeluk Islam Bermula Dengar Nasyid.

video

Kisah benar wanita dari Belanda mendapat hidayah datang dari mendengar nasyid ini (dalam video ini), isi lagunya tentang maut, neraka dan syurga.

Dalam video ini muslimah baru dari Belanda berkata:

"Selama ini saya sangat bergantung pada dunia sehingga kadang-kadang lupa apa sesudahnya, dan lagu ini menyedarkan saya akan hakikat akhirat, bahawa kita pasti akan mati,"

"Kita hidup seolah-olah dalam kehidupan yang abadi, sekuat daya bekerja untuk masa depan dunia tanpa merasa bahawa mati akan datang kapan saja."

P/S:- Jika dilihat kekuatan dan keistimewaan lagu Nasyid dan Muzik Islamik terletak pada lirik, cara2 nyanyian seseorang, dan sebutan kalimah2nya. Paling jarang sangat ia melibatkan muzik.

3 ulasan:

  1. Allah SWT berfirman yang ertinya:-

    "Barang siapa yang Allah mengkehendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya dia (Allah) melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam".
    (Surah Al-An'am. Ayat 125)

    Maha Benar Allah atas segala Firman-Nya.

    BalasPadam
  2. memang benar,lagu nasyid ialah lagu yang dibenarkan dari agama islam,namun sudah hilang serinya dizaman ini.

    BalasPadam
  3. Btul tue Najib... Oh... Ada lagi kelebihan lagu nasyid dan muzik islamik nie. Isi lirik lebih kepada mesej ketuhanan. :-D

    BalasPadam

Sekarang anda boleh buat ulasan disini.

babab.net